PEMANCING dan IKANnya


Bila kau telah memasangkan mata kail mu , dan mengumbannya ke dalam laut..Dengan harapan yang ianya akan mengena.. Tekadkanlah hatimu , yang kau tidak akan menyiakan umpan mu..

Apabila umpan mu sudah mengena , Janganlah engkau membuang ikan tersebut sia-sia,kerana dia sudah pun terluka mengena umpanmu..Luka yang telah engkau tinggalkan apabila umpan mu mengena..Bila sudah kau dapatkan seekor ikan.. kau buang begitu sahaja..

Kau memasang kail pula untuk seekor ikan yang lain..
Sedarlah... ketika kau sedang mencuba mencari ikan yang telah kau buangkan..
Ikan tersebut sudah pun terkena pada umpan si Pemancing yang lain...

Jangan kau gantung tali pancing mu tanpa sebarang kata putus...
Jika kau benar tidak memerlukannya.. Jangan kau humban mata kail mu ke laut...

Dan buat si ikan.. Jangan pula jika kau terkena umpan..
Kau pula membuat tohmahan ke atas si pemancing..
Mungkin ada sebabnya mengapa si pemancing melepaskan mu..
Tidak perlu kau berombak ribut menceritakan hal yang tidak terjadi..
Kerana si Pemancing dan seekor Ikan.. masing-masing mempunyai cerita sendiri..
Mungkin si Pemancing memancing pada masa yang salah... Mungkin juga si Ikan memakan umpan pada masa yang salah..

*********

TIDAK SEMUA INSAN ITU SEMPURNA.. KERANA SETIAP INSAN ITU BELAJAR DARI KESILAPANNYA~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...