Saya kata tidak kepada YES 4G !


Oh! Ok! Kali ni,entry Monat buat review pulak pasal internet berkelajuan tinggi! (kononnya..) yang tengah hangat di katakan disana-sini sekarang ini,dekat UPM sendiri pun adakan dia punya advertisement kunun?~ haaa~ Ni yang Monat nak cerita ni , betulka apa yang ditawarkan oleh YES 4G ni betul-betul berbaloi? lebih-lebih lagi buat siswa-siswi UPM ni,sekarang ada promosi kan? ok,baca dlu entry Monat sebelum korang buat keputusan....


"........Pre-4G / 3.5G ni adalah teknologi yang masih tidak memenuhi ITU-R keperluan asli daripada kadar data kira-kira sampai 1 Gbit / s untuk sistem 4G. Di Malaysia , kita masih belum ada 4G ye cik adik dan cik abang dan tolong faham yang diorang tawarkan tu bukanlah 4G tetapi PRE-4G / 3.5G / WIMAX ok?...."


Bila sebut pasal 4G... semua akan WOW! laju nie , ada promotion dari syarikat baru.. WOW! Murah ni,inilah masalahnya orang kita,bukannya nak cari maklumat dulu tentang produk yang dia nak beli,dengar saja cakap si penjual,oh ok! ini memang terbaik..nanti sudah terkena? barulah huru-hara nak sue sana..nak sue sini.. Ok! sekarang Monat nak ceritakan lah dekat korang ni.. Korang tahu tak apa tu 4G? sebelum-sebelum ni cerita pasal 3G pulak top kan? ok..4G adalah singkatan dari generasi keempat standard wayar jalur lebar (wireless) bimbit. 4G ni adalah pengganti kepada adik-beradiknya yang terdahulu 3G dan 2G, keluarga standard. Penetapan untuk kelajuan/keperluan perkhidmatan 4G adalah pada kelajuan download puncak pada 100 Mbit / s untuk komunikasi mobiliti tinggi (seperti dari telefon dan 1 Gbit/s untuk komunikasi mobiliti yang rendah.



Sistem 4G ni sebenarnya diwujudkan untuk memberikan penyelesaian broadband yang berpusat komprehensif dan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada semua-mobile IP untuk smartphone, modem komputer riba wayarles dan peranti mobile yang lain. Kemudahan seperti akses internet ultra-broadband, IP telephony, perkhidmatan game, dan streaming multimedia boleh diberikan kepada pengguna.Teknologi Pre-4G atau namanya WiMAX adalah keluaran pertama 3G evolusi jangka panjang (LTE) telah pun berada di pasaran sejak tahun 2006 dan 2009 , dan sering disalah tafsirkan sebagai 4G. Pre-4G / 3.5G ni adalah teknologi yang masih tidak memenuhi ITU-R keperluan asli daripada kadar data kira-kira sampai 1 Gbit / s untuk sistem 4G. Di Malaysia , kita masih belum ada 4G ye cik adik dan cik abang dan tolong faham yang diorang tawarkan tu bukanlah 4G tetapi PRE-4G / 3.5G / WIMAX ok?..Apa? ingat rakyat Malaysia ni buta IT ke?



Oh! masih guna WIMAX? sedangkan pakej 4G? emmm...




Jadi..fahamlah kan korang yang P1 4G dan YES 4G tu adalah penipuan,korang tak dapat pun 4G tu,mereka ni menggunakan 4G sebagai keterangan untuk Mobile-WiMAX dan LTE dalam pemasaran mereka saat ini.Berkenaan YES 4G ni lagi,plan yang diorang katakan murah? Setau Monat mahal adalah , mungkin korang pusing dan pening tengok banyak sangat angka yang rendah-rendah tu kan? 9 sen lah,6 sen lah..tapi korang perlu fikir,itu untuk setiap byte yang dihantar.. Ok! macam ni , misalnya korang tengah streaming lagu/video dari Youtube lah kita ambil.. File-file video dalam youtube tu misalnya 10MB (malah ada yang lebih besar dari itu , kita di alam HD la geng..), bayangkan jika 0.09sen (yang ditawarkan YES4G) untuk 3MB , kalau 10MB? anda perlu membayar RM0.30 sen untuk setiap video yang anda nonton/download? OMK! bapak mahal!

Tengok sen-sen ni mesti ingat murah kan?

Apapun , terpulang pada korang lah,sebab korang yang gunakan kan? Tapi bagi Monat , monat tidak akan subscribe untuk sesuatu seperti ini , kecuali lah , ianya memang betul-betul 4G! :) Oh! sekarang ni pun untuk mendapat kelajuan seperti yang ditawarkan oleh YES4G tu pun korang boleh dapat dengan DiGi broadband ataupun UniFi broadband by streamyx tu.... lagi murah dan stabil.. Renung-renungkan fikir-fikirlah dahulu okay... :) Korang search lah dekat pacik Google tu yang sentiasa membantu 24 jam sehari untuk korang buat perbandingan dan tahu mengenai produk yang korang nak beli......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...