BUKAN BUNUH DIRI - aku ingin jumpa tuhan -








Artikel kali ini mungkin agak serius sedikit kan? Kalau tengok dari tajuk entri pun , agak seram disitu - (tajuk entri kali ini sebenarnya adalah daripada poster teater interkolej Kolej 10&11 UPM , kredit untuk mereka) , tapi entri kali ini bukan lah untuk bercerita mengenai jalan cerita pementasan teater tersebut , sebaliknya bercerita mengenai Bunuh Diri itu sendiri.


Sejauh mana persepsi anda mengenai bunuh diri? Rata-ratanya mengatakan bunuh diri itu adalah perbuatan yang keji (memang) , dan beranggapan bahawa si pembunuh diri itu mensia-siakan kehidupannya (boleh jadi) , tapi adakah anda pernah terfikir bagaimana , sekiranya anda berada dalam situasi tersebut? Mampukah anda menanganinya? Adakah anda faham perasaan yang dialami? "Do you know how to walk in his/her shoes" ?

Di negara kita sahaja , banyak kejadian bunuh diri yang dapat kita lihat terpampang di dada akhbar , youtube , blog dan sebagainya , seakan-akan bunuh diri ini sudah menjadi satu kebiasaan dan seakan-akan tidak dibendung oleh pihak berwajib , masalahnya , adakah mereka / anda mengetahui jika seseorang itu berniat untuk membunuh diri? mungkin ya , mungkin tidak. Masih ingat peristiwa seorang remaja cina yang menulis di dalam blognya sebelum mendiang membunuh diri kerana putus cinta? atau kejadian di luar negara dimana seorang pemuda menjerut lehernya secara LIVE di internet dan disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia?

Apapun , sudah ternyata bahawa amalan membunuh diri itu merupakan satu dosa besar yang telah dinyatakan dalam setiap agama tidak kira Islam , Kristian mahupun Yahudi , bunuh diri itu adalah dosa besar dan neraka adalah tempatnya. Namun , manusia , sememangnya makhluk yang gemar menjatuhkan hukuman hanya dengan melihat mata kasar tanpa memahamai apa sebenarnya gelojak masalah yang dihadapi oleh orang yang melakukan bunuh diri tersebut. Bagaimana sekiranya anda berada dalam situasi tersebut? mampukah anda mengatasinya? - apapun sebabnya , berikut merupakan beberapa punca bunuh diri dilakukan oleh mereka yang telah hilang kewarasan dan tidak dapat berfikir akan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka -
" Pembentukan idea bunuh diri ialah suatu persoalan kesihatan mental yang dianggap sebagai kecemasan perubatan. Orang-orang yang telah menyatakan rancangan-rancangan mereka untuk memudaratkan diri harus dinilai oleh pakar-pakar kesihatan mental dengan secepat mungkin.  "
 
Tidak adanya satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab sejagat untuk membunuh diri. Bagaimanapun kemurungan merupakan fenomena yang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri. Faktor-faktor yang berkait adalah seperti yang berikut:
  • Sakit (umpamanya sakit yang amat sangat atau penderitaan yang tidak dapat dirawat)
  • Tekanan (umpamanya kesedihan selepas kematian orang kesayangan)
  • Jenayah (umpamanya mengelakkan hukuman dan penyahinsanian, atau juga kebosanan pemenjaraan)
  • Penyakit jiwa dan ketakdayaan (umpamanya kemurungan, gangguan dwikutub, trauma, dan skizofrenia)
  • Kecederaan yang membawa bencana (umpamanya kelumpuhan, kecacatan, dan kekudungan)
  • Penyalahgunaan dadah
  • Persekitaran yang tidak menyenangkan (umpamanya penganiayaan seks, kemiskinan, ketiadaan tempat berteduh, diskriminasi, pembulian, ketakutan akan pembunuhan dan/atau penyeksaan)
  • Kerugian kewangan (umpamanya ketagihan perjudian, pengangguran, kehilangan harta, kejatuhan pasaran saham, dan hutang)
  • Persoalan-persoalan seks yang tidak dapat diatasi (umpamanya lencongan seks,  cinta yang tidak berbalas, dan keruntuhan perkahwinan)
  • Untuk mengelakkan rasa malu atau aib (umpamanya dalam ajaran Bushido, jika seseorang samurai gagal mempertahankan maruahnya, dia boleh mengambil jalan keluar dengan melakukan seppuku.)
  • Sikap suka ambil tahu (umpamanya keperluan untuk mengetahui keadaan selepas seseorang mati)
  • Kebosanan (umpamanya ketakpuasan terhadap kehidupan boleh mengakibatkan kes membunuh diri yang lebih terancang)
  • Terorisme boleh juga merupakan motif untuk membunuh diri, khususnya pembunuhan yang berkait dengan yang berikut:
    • Agama (umpamanya pengeboman bunuh diri, dan kultus Pintu Syurga)
    • Nasionalisme berketerlaluan (umpamanya serangan kamikaze, Selbstopfer, dan Kaiten (senjata bunuh diri)


Rasional tak rasional sebab bunuh diri? hanya si pembunuh diri sahaja mengetahui apa sebenarnya dan sebab mengapa mereka membunuh diri , bagi kita yang berfikiran waras dan masih normal , mungkin saja bisa mengatakan , 'macam tidak ada jalan penyelasaian..' , 'kenapa tidak bawa berbincang..?' , atau macam-macam lagi , tapi bila kita berada di dalam situasi tersebut , mampukah memikirkan semua itu? apa yang cuba disampaikan pada artikel kali ini bukanlah galakan untuk membunuh diri , tetapi sebagai peringatan agar bantulah mereka yang kelihatan seperti / seakan-akan akan melakukan perkara sedemikian , bimbing mereka dan bukan memperlekehkan dan semakin diejek -

Apapun , perdebatan mengenai hal ini tidak akan penghujungnya , bagi mereka yang mempunyai pegangan agama , semua sedia maklum bahawa membunuh diri itu satu perbuatan yang AMAT DITEGAH , dan ada juga yang perpandangan bahawa bunuh diri itu adalah salah satu hak asasi manusia (dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakan hak untuk mati).Apapun ia - anda mampu berfikir - dan lakukan apa yang anda fikir betul - tiada insan yang ingin menyiakan kehidupan mereka - samada ianya penyakit mental atau kehendak - hanya di ATAS yang mengetahui kebenarannya - 

 
Suicide Poems by - Lisa French -

Suicide, suicide
Your presence is near
Suicide, suicide
I wish you were here
Suicide, suicide
Take me away
Suicide, suicide
Please make it today
Suicide, suicide
An answer, for me
Suicide, suicide
I need to escape, be free
Suicide, suicide
I’ve had too much
Suicide, suicide
Take me, do your touch
Suicide, suicide
Leave the rest behind
Suicide, suicide
You’re all over my mind
Suicide, suicide
Let me pass in peace
Suicide, suicide
I need to release


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...