CikPSP2000 - I♥U - Light Magnifier 1.6x - Besarkan skrin anda!

Naik Shuttle - bot dari Mines ke KTM serdang - best! nanti review pasal ni pulak ye?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua Monaters! Kita bertemu lagi pada entry kali ini (tentulah , kalau tak bertemu , tak post entry la Monat..hehe.).Ok,rasanya dah lama Monat tak cerita tentang gadget ataupun post panjang-panjang tentang apa yang terjadi terhadap diri Monat kan? Em! dan rasanya lama tak post tentang gadget Monat iaitu cikPSP2000 - *auwww - Ok! Sebenarnya , malam semalam , abang Monat telah mengeluarkan arahan untuk mendapatkan cd game PS3 (PES11 / FIFA11) disini , kerana di tempat Monat (Tawau) , ketiadaan stok , maka alternatif lain adalah dengan cara membeli disini dan menghantar ke sana , sini tu Selangor , Sana tu Sabah 


Peace yo! Jalan-jalan cari makan!
Monat sebenarnya dah minta tolong roommate kesayang untuk survey harga PES11 tersebut di Times Square / Low Yatt memandangkan roommate kesayang Monat berada disana , dan alhamdulillah dapat juga , tapi agak jauhlah untuk Monat pergi kesana. Ok,straight to the story , pagi tadi Monat pun keluarlah untuk mendapatkan cd game PS3 tersebut (maknanya , tak lama lagi , boleh lah Monat buat review pasal PS3...). Yah,yah..Mungkin Monat ketinggalan , tatkala semua makhluk2 dimuka bumi ini sudah terkhayal dengan PS3 yang dah lama keluar (dah keluar PS3 slim kan?) - hah.

Sesampainya Monat di Mines Shopping Mall tu , Monat terus pergi kedai Games dekat tingkat atas sekali , kalau korang tak tau , tempat dia berdekatan dengan Tropicana Life , area belakang tu ok.Ada dua kedai game dekat situ , dimana korang boleh dapatkan game untuk Wii , Xbox , PS2 - 3 , PSP dan PC serta macam-macam lagi. Dua kedai ni bersebelahan , (maaflah ye,Monat tak ingat nama kedai - lupa juga nak ambil gambar - walau pun selalu pegi...). Tanya kedai pertama , PES11 ada , FIFA11 dah sold out , Monat pergi pula kedai sebelah  tanya , Alhamdulillah , wujud juga kedua-dua game tersebut - 
Macam mana rasanya FIFA11 dekat PS3 ye?


Tanpa berlengah Monat bertanyakan harga dan meminta abang pembantu kedai tu untuk cuba cd game tersebut , dan abang kedai tu tersenyum *adik , ni original , mana boleh cuba , nak buka kotak dia? - oh! Monat agak tersipu malu disitu , al-maklumlah , baru nak menjinak-jinakkan diri dalam game PS3 (bukan Monat punya PS3 pun , cuma tumpang sekaki abang punya..haha...) . Tapi abang tu bagi juga try tapi yang pirate punya , Monat bukan apa cuma nak try yang mana satu lagi best - Monat dah main kedua-dua game ni dekat PSP , dan nyatanya kali ini memang FIFA11 telah meninggalkan PES11 (sapa - sapa yang tak setuju , maaf ye, Monat peminat FIFA11..) . 1st impression untuk PS3 wow! grafik memang lawa - macam depan mata ja Rooney sumbat gol sebijik! - Tanpa berlengah terus beli cd PS3 tersebut - harga RM219 - akhirnya! (*kawan Monat kata , kalau dekat Lowyatt boleh dapat murah , dan kalau yang pirate lagi murah...). Tak apala , buat kali ni, dapatkan yang original janji puas hati!.

Lepas dah dapatkan game untuk FIFA11 , tetiba beg Monat bergerak dengan sendirinya - oh! lupa~ cik PSP cemburu yah? huwm , Monat pun terfikir , "dah usang PSP ni.." , Monat pun survey lah casing , tapi takda yang berkenan .. dan akhirnya bersetuju untuk menyarung Crystal case biru saja pada Cik PSP Monat , tak cukup dengan itu , Monat dapatkan pula game yang baru untuk cik PSP ni , game baru? takdalah baru sangat , Monat saja yang baru main game ni , game Infected | Wolverine | Ressurection Retribution - 3 game ni adalah game terbaru dalam PSP Monat - **auww - mcm mana nak main , final exam makin dekat woi!


Nielah Crystal case dan Light Magnifier untuk Cik PSP.

Dalam menunggu abang kedai tu bagi masuk .ISO dalam PSP Monat , Monat ushar-ushar jugak barang-barang dia dekat dalam kedai (PSP) , tetiba jumpa pulak benda alah ini , iaitu PSP Skreen Magnifier - Magnify 1.6x skrin PSP anda. Wow! Menarik! Apa benda ni? Ok! Benda ni digunakan untuk korang yang rasa skrin PSP korang tu tak cukup besar (dah namanya portable takkan nak besar macam gedabak TV PLASMA?) , dengan harga yang berpatutan , wow! RM5! Monat beli , yes! hebat! Cik PSP semakin gembira! suka sangat dia yah?! -

*auww , hari ni memang best , sebab kelas semua dah takda - cancel dan dah habis - esok *whole day plak kelas - OHMAIII!! - takpa yang penting dah puas hati hari ini jalan - Semakin sayang pulak Monat dengan Cik PSP ini , maknanya , lepas ni - lebih terjagalah Cik PSP 2000 ni yea? - Tapi bila dah pakai Crystal Case ngan Skrin Magnifier ni , PSP Slim pun dah jadi mcm PSP Phat dah! haha- Ok! Apapun , kalau Monaters ada pertanyaan apa-apa sahaja mengenai PSP , jangan malu dan segan untuk bertanya dengan Monat dan sama-sama kita berkongsi ilmu ok?
p/s : Lantak korang nak cakap Monat dah tertinggal zaman (yelah NGP kan tak lama lagi nak keluar ...) peduli apa orang kata yang penting PSP adalah portable yang tiada tandingannya :) Nintendo DS? Goodbye! HIDUP PSP! :) 

Light / Skrin Magnifier 1.6x for PSP200
Membesar!!!

Lekat dekat Belakang tu ok! memang besar gedabak!

Ngaum! Ngaum! memang best lah! ops! itu FIFA11 lah! :)



off topic :
Dah ada Custom Firmware yang terbaru kan? Iaitu 6.37 - Me , - Monat tak seberapa pasti lagi tentang ini , tapi Monat akan cuba review kemudian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...