# Kerana Aku memerlukan Laptop.


Assalamualaikum dan Salam Cyber buat semua Monaters yang sudi lagi melawat blog Monat ni.Well , pertama sekali Monat nak mintak maaf lah dekat korang , sebab Monat dah berapa hari dah tinggalkan blog ini usang tidak berpenghuni dengan entry baru.Janganlah marah , bukan Monat saja-saja tak nak upload entry baru , tapi Monat baru sahaja pulang ke kampung halaman , iaitu Tawau , daerah ku yang indah permai ini.


Bak kata orang , baru sahaja nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru ni. Semenjak dah balik ni , aktiviti blogging Monat agak terkekang sedikit memandangkan sekarang cuma HP Mini 210 sahaja yang menjadi jentera Monat untuk melakukan kerja-kerja blogging Monat *siyesly wa cakap , macam nak buang pegi laut ja ini barang!. Bagi korang yang memang banyak buat kerja dekat PC / Lappy , bila korang dah berpindah ke netbook , memang korang akan rasa kebengangan dan dunia menjadi terlalu lambat **oh apalah nasib aku ni.

Lagi satu , kalau dekat UPM dulu , Monat selalu buat kerja-kerja design / blogging dekat PC cyberlab tempat Monat tu. Yerla , dah guna CPU , dengan RAM 8GB + Intel Core i-5 memangla best dan laju , bak kata orang kampung **Smooth Criminal... lancar saja.. , bila dah guna HP Mini 210 ni , err , agak kureng sikit.Jadi harap korang fahamlah yea kenapa Monat kurang blogging dan nak lakukan kerja-kerja berat macam Photoshop tu pun *boleh tapi terbatas sikit.

Hajat di hati ni , nak sangat ada PC / lappy supaya senang sikit nak buat kerja untuk assignment , design atau blogging ni. **kot-kot ada reader yang baca dan baik hati nak bagi Monat PC / lappy baru! WAH! Alhamdulillah! :) hahaa , well who knows right? Rezeki itu datang daripadaNYA. Jadi disebabkan kekangan inilah Monat agak slow sedikit daripada sebelumnya dalam ber-blogging , lagipun baru sahaja balik ke kampung halaman , kenalah round sana , round sini nak tengok apa perkembangan baru dan nyatanya , banyak cerita baru yang Monat nak cerita dengan korang semua ni.. Ahai!


Rasa janggal pulak untuk update entry pada kali ini , yelah nak seru semangat untuk blogging kembali tu bukan mudah , susah jugakla *bagi Monat. Apapun , cuti semester Monat 4 bulan ni , yang pastinya , Monat takkan sia-siakan , dan rasanya Monat akan kerja kot? Sambil cuti boleh buat duit kan? , nak jadi freelancer in graphic design lagilah! well! contact Monat kalau ada yang nak ok! :) Chill! stay tune! entry seterusnya akan berupdate terus sudah! Sayang korang semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...