Ya , mata anda tidak tersilap bila membaca entry ini. MyVi 2011 ataupun lebih dikenali dengan nama timangannya MyVi Elegance kini telah sampai ke daerah tercinta kita ini , Tawau. Entry penebas lalang bagi blog Monat pada kali ini Monat berkisarkan keadaan semasa majlis pelancaran MyVi Elegance di pusat jualan kereta (official) Perodua , Sabindo Square.
Monat dengan member sorang , Khairul nama dia , nak pegi makan , berhenti dekat traffic light tu , nampak riud rendah orang dekat pusat jualan kereta Perodua tu , nampak pulak banner "Ada lagi Hebat.." , ingatkan diorang nak bagi kereta percuma ke apa , sebab bukak kedai kereta sampai malam macam ni , dah pukul 9 malam pulak tu.
Apalagi , Monat dengan Khairul berbekalkan perasaan ingin menyibuk nak tahu apa yang riuh rendah sangat ni , pun parking kereta dan menerjah masuk ke pusat jualan Perodua ni. Masuk-masuk saja , "ohmaii.." inilah rupanya adik kepada MyVi , iaitu MyVi Elegance. 1st impression Monat memang MyVi kali ini nampak "cool" dan sempoi , bahagian dalam pula kelihatan mewah , memandangkan dah semua digital kan.
Tanpa buang masa , terus ambil buku / catalog MyVi elegance senashkah dan belek-belek. nak cerita panjang-panjang pun , bukan Monat nak beli , sekadar nak menyibuk tengok orang ramai sibuk sangat , haaa.. rupanya pelancaran MyVi Elegance ni. Kalau nak tahu lebih lanjut , boleh la korang datang terus ke pusat jualan Perodua ni.
p/s : oh ya , kaler MyVi Elegance ni memang kiut , warna purple , tapi korang cuma boleh dapatkan kaler yang ni bermula Ogos. :)