#ULTRAS MALAYA , Pemain Ke - 12 Harimau Malaya , Jatuh? BANGUN SEMULA ! Esok Hari Penentuan!

Credit : Fadzlie Ahmad

Terima Kasih Ultras Malaya! Terima Kasih Ultras Malaya! Terima Kasih Ultras Malaya! ! Anda ! Penyokong ! Merupakan pemain ke-12 yang turut memberikan impak kepada pasukan Harimau Malaya . Entri ini aku keluarkan atas dasar KECEMBURUANku , jeles tidak dapat bertandang ke Bukit Jalil kerana duduk jauh di Sabah , andaikata sekarang musim pengajian di UPM , oh! Sudah pasti aku turut serta dengan komrad-komrad Ultras Malaya untuk bersorak 90 minit (tidak termasuk masa tambahan tu ya..) ,hanya doa yang kami kirimkan buat skuad negara , dan menonton di skrin besar , bersorak dari jauh. Tinggal esok hari sahaja , sebelum Harimau Malaya akan berdepan dengan Singa Tiruan di Stadium Bukit Jalil , Stadium keramat buat pasukan negara kita , pasukan Malaysia , iaitu Harimau Malaya. Kenapa ianya Keramat ? kerana mengikut statistik , berdasarkan rekod dan sumber daripada Wikipedia (yang dikongsikan di dalam laman facebook MOKHTAR DAHARI SuperMokh :

"Sejak 2008 (berdasarkan wikipedia) kita tidak pernah tewas dengan mana2 negara dalam pertandingan/kejohanan antarabangsa (Merdeka tournament 2008, AFF Suzuki Cup 2010) , pada tahun 2009 , pasukan negara menggunakan Stadium Shah Alam "




  Selepas kekalahan di Stadium Jalan Besar , 5-3 terhadap pasukan Singapura , bukanlah satu penamat buat Harimau Malaya , kerana perlawanan timbal balas akan diadakan di Stadium Bukit Jalil , kita cuma perlu mengikat agregat , dengan menjaring kan 2 gol di Bukit Jalil tanpa balas untuk melayakkan diri ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014 Brasil. Hal ini tidak mustahil , dan aku yakin , pasukan negara kita , jika bermain dengan sebaik mungkin , Singapura mampu dibenamkan di Bukit Jalil. Esok merupakan malam penentuan bagi masa depan pasukan Harimau Malaya , selepas bangkit di AFF Suzuki 2010 , kita terus mengorak langkah untuk terus maju kehadapan , disamping kehadiran Ultras Malaya yang terus menyokong dari dahulu hinggalah sekarang , tanpa putus , tanpa mudah beralah , tanpa gentar , Ultras Malaya lah ekor Harimau Malaya kita.

 Ketiadaan Safiq Rahim untuk bermain di Bukit Jalil nanti merupakan satu kehilangan buat skuad Harimau Malaya kita , tetapi aku betul-betul berharap yang K.Rajagobal akan membuat percaturan yang terbaik dan betul-betul menurunkan kesebelasan utama yang memang terbaik lah katakan!. Bercerita mengenai pemain , baru-baru ini , akhbar Harian Metro melaporkan mengenai tahap kesihatan penyerang kebanggaan kita Safee Sali yang dikatakan demam dan dikhuatiri menganggu prestasinya pada malam Jumaat nanti , petikan dari akhbar tersebut :

The Legend! the Legend! The Legend!

“Saya sudah berjumpa dengan doktor dan mengambil sedikit ubat, Insya Allah saya akan sihat dan dapat bermain Khamis ini. Apa yang terjadi saya tetap mahu bermain menentang Singapura.

“Misi untuk menang dengan Singapura bukan mustahil kerana kita memiliki rekod baik di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya yakin kita sebenarnya boleh menang lebih daripada dua gol jika semua pemain memberikan aksi terbaik,” katanya.

 Aku harap Safee Sali dapat pulih sepenuhnya Khamis ini (ESOK LAH!), dan skuad Harimau Malaya kita dapat membenamkan Singa di Bukit Jalil. Daripada sumber di laman facebook Harimau Malaya , sebanyak 60,000 tiket telah habis dijual sejak mula kaunter dibuka pada pagi semalam. Stadium Bukit Jalil yang berkapasiti 90,000 itu pasti menjadi neraka buat Singapura malam jumaat ini selepas PEMAIN KE-12 , Harimau Malaya bertekad , laluan Singapura untuk ke pusingan ketiga , bukan satu langkah mudah , aku kata ? Langkah dulu Harimau Malaya , baru masuk pusingan ke tiga , itupun kalau dapat , Harimau Malaya pantang menyerah tau Singa Tiruan!.

 Salut dan bangga dengan penyokong Malaysia yang sanggup menyeberang Selat Tebrau untuk memburu Singa di Temasik ,lepas baca entri daripada Honey Isyqi , memang sebak dan terharu jugak dengan penyokong Malaysia yang pergi kesana , gua tabik sama lu orang ! Harap nanti gua dapat join lu orang pulak sama-sama menyorak! 

Sebak & Nangis bila Malaysia score merapatkan jurang
jaringan gol di Stadium Jalan Besar Singapore , nak tau kisah dia ?
Baca entry  : Honey Isyqi
 Untuk semua fans Harimau Malaya , samada Ultras Malaya  atau tidak , yang turun ke Bukit Jalil nanti , korang semualah PEMAIN KE-12 , skuad Harimau Malaya yang akan membantu skuad kebanggaan kita untuk terus mara ke pusing seterusnya. Bersoraklah selagi bersuara , bersama komrad-komrad yang lain , bila aku dah sampai dekat sana nanti , ada match , aku pasti aku join korang ! Nak sangat rasa sama-sama menyokong dekat Curva bersama Ultras Malaya. HIDUP MATI SEORANG MALAYSIA! HANYA KITA WARGA MALAYSIA DI DUNIA NI , KALAU BUKAN KITA YANG SOKONG SKUAD KITA SIAPA LAGI ! CHANT! CHANT! CHANT UNTUK 90 MINIT ! HIDUP HARIMAU MALAYA! SEMOGA BERJAYA DI BUKIT JALIL!
 

Kalau boleh , tiap sorang , score satu gol , even Khairul Fahmi ! bagi benam
Singapura di Bukit Jalil !


Dekat sini aku Kongsikan beberapa Video daripada Ultras Malaya dan fans Harimau Malaya :













Hmmm : Yang kita dekat Tawau , mau tengok bola dimana ? Skrin besar ? Kedai Mamak? duduk rumah sama family? Ramai-ramai bagi sokongan dengan skuad negara kita, walaupun jauh , dan aku yakin , orang2 Tawau semua sporting dan sayangkan skuad kita , dan tak mustahil kalau Bukit Jalil tu dapat dipegi , mesti pegi kan?! Apapun , semoga berjaya skuad Harimau Malaya di Bukit Jalil esok! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...