#Takziah buat mangsa kebakaran rumah di Kg.Jawa , Tawau (Photo)



Selepas berterawih semalam , kecoh sebentar bila terlihat kepulan asap di kawasan berhampiran , aku dan member yang ada disitu , bergegas ke lokasi kebakaran , kerana kawan aku juga tinggal berhampiran kawasan tersebut. Sesampainya di kawasan kebakaran , memang tak dapat nak letak kereta berhampiran sebab jalan ditutup bagi memudahkan pihak Bomba mengawal kebakaran dan sebagai langkah berjaga-jaga.

 Setibanya aku disana , pihak bomba sudah pun berjaya mengawal api , dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya api merebak ke rumah berhampiran. Mengikut sumber , sebanyak dua buah rumah hangus terbakar dalam kejadian ini , kejiranan berhampiran semua bersiap-siap menghadapi kemungkinan api akan merebak , pindah barang dan tinggalkan rumah. Tapi , kecekapan pihak Bomba (tahniah!) , berjaya mengawal api daripada terus merebak.

 Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini , dalam bulan Ramadhan lagi , berat mata memandang , berat lagi bahu memikulnya , usah berspekulasi lebih , jadikan ini sebagai iktibar agar kita lebih peka dimasa hadapan. Apa yang mampu kita bantu , kita bantu. InsyaAllah. Aku sertakan sekali beberapa gambar yang sempat aku ambil , sorry , kualiti gambar tidak seberapa baik , hanya menggunakan Nokia C3.















Hmmmm : Daerah Tawau , seingat aku , tiap-tiap tahun , dalam bulan Ramadhan , mesti ada kebakaran , jangan berspekulasi lebih , ini semua human error , apa yang telah terjadi kita jadikan tauladan untuk masa hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...