# 10 Wishlist Kehidupan ku | Target dalam Kehidupan Penting Beb!


 "Kita hanya merancang , tapi tuhan yang menentukan.." , rasanya kita semua pernah dengar kata-kata ini , dan sememangnya ianya benar. Dalam kehidupan seharian kita , kita tak lepas dari merancang segala perkara untuk kita lakukan sekarang , kemudian atau masa depan. Mengenai apa yang lepas , biarkan ia berlalu dan fokus ke hadapan. Begitu juga dengan aku , aku juga mempunyai target dan hala tuju dalam kehidupanku , setiap orang mahu mencapai sesuatu dalam hidup mereka , baik kecil mahupun yang besar , pencapaian diutamakan (macam slogan Pak Najib pulakk nih..cheitt. haha). 

 Sepanjang kehidupan ku , aku juga meletakkan target dalam kehidupan supaya aku nampak apa yang akan aku capai jika aku berusaha , ye lah , asyik duduk tengok orang lain berjaya , hidup senang , dapat itu dapat ini , diri sendiri ni bila pulak ye tak? Kalau dia boleh , kenapa aku tidak ? Dia makan nasi , aku makan nasi (kalau dia orang Malaysia lah , kalau orang putih , dia makan roti.. aku makan roti sikit-sikit ja.) Sebenarnya entri ni aku keluarkan sebab nak berterima kasih kepada korang yang LIKE status aku semalam dan bagi support untuk aku capai apa yang aku inginkan satu hari nanti :) , terima kasih sebab bagi sokongan dan sama-sama mendoakan kejayaan yeah! sayang korang semua.

 Sebab tu lah , aku keluarkan entri ni , disini , aku senaraikan beberapa target aku dalam kehidupan ini , ada yang sudah tercapai dan ada yang INSYAALLAH akan tercapai juga nanti , jika aku berusaha dan tuhan mengizinkan :) Nak letak target dalam kehidupan tu , mestilah kena dengan keupayaan , kalau letak target yang tak logik akal , macam kata orang putih "TOO GOOD TO BE TRUE" , memang haram kau tak akan tercapai lah , ukur baju dekat badan sendiri dan usaha , insyaAllah akan tercapai. Kalau aku letak target nak beli negara Jepun , aku usaha pun mungkin keturunan ku yang ke-18 baru dapat beli. mak aiii..., apapun , ini dia target dalam kehidupan ku :

1. LAPTOP / NETBOOK

  Inilah benda pertama yang aku ingin miliki dalam hidup dan alhamdulillah dah tercapai , tak perlu lah laptop / netbook murah mahal , sekadar boleh laksanakan kerja / assignment / freelance aku dah cukup . Laptop pertama aku adalah Compaq Presario , tapi dah hangkang , entah apa pulak masalah dengan Motherboard. Sekarang ni bertemankan dengan cik HPMini 210 yang comel :)

Updated (2013) : Netbook ni dah tak diguna dah , padahal waktu awal-awal dahulu , Netbook ni lah yang paling banyak berjasa :) Terima kasih atas jasamu Netbook !

2. PlayStation Portable (PSP)

 Masa PSP keluar dulu , memang haram lah aku akan miliki benda alah ni ,sebab aku bukan dari keluarga yang senang , tumpang kawan punya atau tengok budak-budak kecik memang cemburu gila nak ada benda ni . Abang aku beli benda ni , dan serius aku memang jeles gila , nak pinjam pun alahai , macam aku akan makan jerla benda ni kalau aku pakai . Tapi alhamdulillah , akhirnya , bila dah study dekat UPM , rezeki pun bertambah , dapatlah jugak aku beli sendiri PSP , memang kembang hidung aku lah bila dapat benda ni (eleh , padahal benda ni dah lama baru aku pakai.. ahh!! peduli! tak kisah , janji aku rasa.. hehe..)



Updated (2013) : Benda ni pun dah berlalu :) Tercapai juga Alhamdulillah ,dah hadiahkan dekat anak buah kawan , sebab asyik minta PSP...PSP...:)

3. Handphone NOKIA C3
Aku bukanlah penggemar handphone yang mahal dan super duper power sebenarnya , sekadar boleh pakai telefon dan mesej pun dah ok , tapi kalau ada rezeki tu , nak juga guna telefon yang sedikit punya canggih , boleh WiFi , Email , Facebook , Twitter , kira baguslah , senang sikit aku nak buat kerja atau online dimana-mana yang ada WiFi kan. Nokia C3 ni aku jatuh hati bila aku baca review daripada blog famous super duper macho KHAI , lepas tu memang pasang impian nak ada telefon ni , akhirnya lepas berusaha dengan freelance sana sini , akhirnya dapat juga rembat sebijik. Alhamdulillah. Iphone? Blackberry? menarik , tapi aku tak gemar sangat , aku tak pernah cuba , kalau ada nak hadiahkan boleh jugak. hehe.

Updated (2013) : Phone pertama yang guna duit sendiri ,memang puas hati waktu dapat beli telefon ni guna duit sendiri , hasil titik peluh sendiri :) Sekarang phone ni dah tak ada , dah ganti dengan phone lain :)


4. FREELANCE TYPIST / GRAPHIC DESIGNER

 Memandangkan minat aku dalam dunia IT dan Komputer memang semula jadi , wahceh! , dari umur aku 17 tahun sebenarnya aku dah mula belajar sendiri mengenai designing dalam komputer , ni pun sebab ketagih dengan game , suka sangat dengan grafik komputer , lepas tu aku mula belajar sikit demi sikit macam mana nak guna photoshop dan software-software lain (alah sekarang ni budak kecik pun tau guna photoshop...). Walaupun belum bergelar Graphic Designer yang professional , tapi alhamdulillah , niat aku nak jadi seorang Graphic Designer berdasarkan minat aku , tercapai  dan aku masih teruskan hingga hari ini. Makin banyak yang aku belajar , makin banyak yang aku tak tahu , sedar tak sedar rupanya aku bodoh jugak dalam bidang ni. HAHAHA!

Updated (2013) : Perkara pertama yang aku buat selepas habis sekolah. :) Sampailah sekarang.


5.SAMBUNG BELAJAR KE MENARA GADING , IJAZAH & MASTER.


 Result SPM aku dulu , takdala teruk atau baik sangat , cukup-cukup makan saja , memang kena BEBELAN TAHAP LANGIT KETUJUH lah dari mak. Lepas tu sambung masuk STPM , pun lagi aku buat peranagai , tapi alhamdulillah lepas menerima hidayah untuk berjaya dalam hidup + sepak terajang untuk menyedarkan , akhirnya aku masuk ke menara gading di Universiti Putra Malaysia dalam Bidang , Ijazah Sarjana Muda , Bahasa Inggeris Linguistik. Ni kategori separuh tercapai lah ni , insyaAllah , 2013 nanti panjang umur dapatlah aku mengenggam segulung Ijazah dengan pointer 3.5 ke atas insyaAllah. Lepas tu aku cadang nak sambung MASTER pula , nak buat sejarah dalam keluarga , orang pertama ambil MASTER dari 7 keturunan Haji Said. HAHAHAHAHAH!!

Updated (2013) :Dah nak graduate. InsyaAllah , hujung tahun ini panjang umur dan murah rezeki dapatlah bergraduat :) 

6. KAMERA DSLR | CANON / NIKON

 Ini benda yang aku masih tak tercapai dan InsyaAllah satu hari nanti aku akan dapatkan kau wahai kamera DSLR! , selama ini asyik pinjam abang punya (abang punya lagi...... hummm..) dan macam biasa , macam aku nak makan ja la kamera ni. hahahah!. Bukan untuk bergaya atau apa , kamera ni pun ada pentingnya bagi kerja-kerja designer dan freelance aku tu kan. Sekaligus dengan benda ni, boleh buat pendapatan tambahan / sampingan. Betul aku cakap dekat kau , ingat aku tipu ke! . Kau jalan pegi mana-mana kiri kanan budak-budak gantung benda ni dekat leher diorang , budak lebih jauh muda dari aku pulak tu ! Chiss! cemburu! takpa , nanti aku usaha lebih untuk dapat benda ni.

Updated (2013) : Baru dapat tahun ni , alhamdulillah , hadiah daripada mak. Terima kasih mak ! :) Aku dapat Nikon D3100 , pastu terus beli lens + flash light bagi lengkap terus :) Nak tambah bidang freelance wedding photography pulak tahun ni in sha Allah.


7. PC / iMAC dari APPLE Inc.
 Serius nih ! Ini pun penting jugak bagi aku , dan aku memang berusaha nak dapatkan benda ni , kalau ada rezeki , haish! kaulah yang aku nak angkat wahai iMac. Dengan kuasa yang ada padamu , maka lancarlah perjalanan kerja-kerja freelance ku ini. Apakan daya , duit ku tiada untuk melamar mu lagi , tunggulah , satu hari nanti  aku akan datang berjumpa tauke kedai itu dan melamar terus kahwin dengan kau bawak tidur dalam bilik ! Baru kau tau aku siapa ! hehe. Bukan nak bergaya atau apa , dari beli Desktop , baik terus beli iMac , spesifikasi mantap dan kena pada harga juga kan. InsyaAllah , aku lamar kau satu hari nanti.

Updated (2013) : Part yang ni pun dah tercapai , tapi target lari sikit , target iMac , tapi ambik Rig PC Custom , puas hati juga lah , lagi senang buat kerja-kerja editing + dual monitor. Sekali lagi. Misi tercapai.


8. COMPANY / SYARIKAT SENDIRI. MONAT INC. (coming soon in sha Allah)


 Yeah! Ini impian / cita-cita yang terbaik dan aku harap akan aku capai nanti ! aku nak ada sebuah syarikat sendiri. Syarikat apa ? Macam mana aku nak capai ? aku dah fikirkan dan dengan usaha insyaAllah , aku dapat capai , amin...amin...amin ya rabbal alamin!. Bila aku dah capai ni , sapa-sapa nak kerja boleh datang jumpa aku yah ? hehhe , tak apa , siapa - siapa yang nak gelakkan aku sekarang , gelaklah , aku tau sekarang aku tak punya apa-apa lagi , tapi insyaAllah , satu hari nanti aku akan menjadi manusia :). Syarikat MONAT. hehehehee.

9. UMRAH DAN HAJI. (coming soon in sha Allah)


 Serius ! Aku cakap dengan kau , kalau dah ada duit dan berkemampuan , mestilah nak menunaikan Haji dan sekali sekala umrah kan. Target aku untuk ini pulak , aku nak naik Haji bersama-sama dengan ibu tercinta , Rubayah Said.Yang ni , aku nak perbelanjaan semua daripada aku , dan hasil titik peluh aku , jadi mak aku tak payah susah-susah nak fikir cari duit. Haji dan Umrah berdua (kalau aku belum kahwin la time ni , kalau dah kahwin  dengan isteri lah sekali..InsyaAllah. hehehe). 

10. ISTERI. (ini target utama!) haha


 HAHAHAHAHAHA! PART NI AKU GURAU OK! meskipun aku gurau , hehe , apa salahnya kan , nak cari isteri yang cantik dan solehah sebagai target dalam kehidupan , yelah , jodoh , ajal , maut dan rezeki tu di tangan tuhan , tapi tak salah kan kalau kita mencuba dan berusaha. Adoi! ayat aku tak boleh blah , sila muntah sekarang! Alah , sebenarnya tak perlu cantik macam Hana Tajima , comel macam Lisa Surihani , hot macam Megan Fox pun tak apa , yang penting hati cantik dan solehah kan , kalau boleh nak yang bertudung lah. hehehe. sekarang tak bertudung , nanti dia bertudung lah tu. hahaha.

Itu saja lah target besar dan utama dalam kehidupan aku pada masa ini , insyaAllah , semuanya di tangan tuhan , aku cuma mampu merancang dan berusaha , the outcome of what I've struggle and kick off for , leave the rest to God , cause I really believe , HE , will granted what you wish for , if you struggle enough to achieve what you really desire.Happy Ramadhan all , thanks for reading.

Hmmm : Untuk mencapai impian , jangan takut untuk jatuh dan gagal , Colonel KFC dulu pun , dalam percubaan yang ke - 60 baru berjaya menghasilkan rempah KFC yang ada macam hari ni , kalau gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kan , aku tahu , untuk capai semua ni , mungkin aku akan tempuh pelbagai halangan , mahu atau tidak , haruslah JADI LELAKI DAN CUBA LAGI !

Updated 2013 : Sedar tak sedar , dah 2 tahun berlalu lepas aku publish entri ni , dan sedar tak sedar juga , sikit-sikit , target aku ni sebenarnya aku capai tanpa aku sedari. Alhamdulillah ya Allah ! Benar kata cikgu di sekolah dulu. Kalau nak berjaya , harus ada matlamat hidup. Jatuh , Bangun , jangan mudah gentar dengan cabaran.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...