# A DAY TRIP TO IPOH : Ipoh Mali talak sombong !

  Cuti Deepavali untuk budak-budak UPM dah mula sejak hari Sabtu yang lalu lagi , maka dengan itu berduyun-duyunla siswa/i UPM meninggalkan UPM untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Bagi student-student Borneo yang macam aku ni , cuti cuma seminggu dan tiket nak balik pulak mahal , memang tak balik lah jawabnya , tak terdaya nak berenang merentas Laut China Selatan tu yah. Macam biasa , bila dah ada cuti macam ni , inilah masanya untuk aku menghabiskan masa cuti ni dengan menyiapkan kerja-kerja yang menggunung macam gunung Kinabalu tu , tapi sebelum buat kerja , mesti release stress dulu kan , jadi aku pun ambik lah keputusan untuk ke Ipoh ,Perak , again?!! ,

  Bagi yang dah lama ikuti cerita ceritu dalam blog ni , mesti pernah terbaca mengenai trip aku ke Ipoh , tahun lepas rasanya , tak ingat , apapun , boleh baca trip sebelum ni disini. Itu adalah trip semalaman aku ke rumah member aku Syafiq Mazalan. Kali ini aku pegi rumah member aku gak. Saja nak melawat , member dari zaman aku sekolah menengah dulu  iaitu Aliff Aminudin dan Aswan yang menetap di Cempaka Sari , Ipoh , Perak.  Sama seperti sebelum ni , trip Sehari  , Semalam ni semata-mata nak jumpa member gila kentang aku ni. Sekaligus release stress dengan kerja tugasan yang menggunung tu.


  Bertolak dari UPM seawal 8.00 pagi , dengan dua orang member aku , Akram dan Farhan , sorang balik Kelantan , sorang lagi balik Terengganu , tapi diorang naik flight , kitorang membawa hala tuju masing2 di stesen Bandar Tasik Selatan , plan asal ingatkan nak naik bas ke Ipoh dari Terminal Bersepadu Selatan , tapi yang paling awal adalah pada pukul 3.00 petang , mak aih , memang lambat gila la macam tu. Waktu nak beli tiket tu , akak tu siap kata "Belilah dekat Pudu dik , dekat sini satu bas je.." .

 Aku terus pegi naik KTM ke KL Sentral , tiba-tiba dapat idea nak try naik Electronic Train Service (ETS) , train laju lah katakan , terus pegi beli tiket ETS , kalau korang nak tau lebih lanjut pasal ETC , disini. Secara gelojohnya aku membeli tiket hingga terlupa untuk menunjukkan kad matrik pelajar , tak pasal-pasal bayar tiker RM25 KL Sentral --> Ipoh. Kalau ada kad pelajar , lagi murah lah tiket ETS ni.
Tiket ETS , Silver.

  Bertolak pada pukul 12.40 tengah hari dari KL Sentral dan tiba di Ipoh pada pukul 3.30 petang , sepanjang perjalanan ke Ipoh menaiki ETS tu , memang seronok juga , tak bosan , kenapa ? Sebab dalam ETS ada TV yang dia pasang kartun Looney Tunes the movie tu , sekurang-kurangnya tak juga bosan asyik tengok iklan yang sama diulang-ulang. Satu perkara yang paling best aku rasa tentang ETS ni adalah , setiap tempat duduk tu akan ada "plug-in" electric , jadi memang best lah! . Untuk makhluk yang macam aku kena buat kerja itu , ini daripada membazir masa dalam perjalanan , memang best dapat buat kerja dalam ETS , dengan suasana yang nyaman.

Ada TV , taklah bosan sangat

Sesampainya di Ipoh , aku terus di jemput dengan 2 orang member aku Aliff dan Aswan dan terus ke Cempaka Sari , rumah mereka dan kawan-kawan mereka. Macam yang aku cakap , datang ke Ipoh kali ni cuma nak jumpa member , so , sehari semalam memang tak sempat la lagi aku nak explore lebih mengenai Ipoh ni. Disebabkan kekangan kerja yang melampau-lampau (metafora sangat). Aku terpaksa balik awal. 

With Akram and Farham at Serdang Station

Perjalanan Beribu batu , ye ke beribu batu? 

IPOH Station , ETS Train

Infront IPOH station.

Hotel Setesen , Ipoh.

HANDSOME - TANGAN SESUATU.

The view infront Hotel Setesen 

Engineering Marineer Houses. Alif and the gang

My little HP210 mini kinda "menyibuk" between his brother and sister lappys. haha
Apapun , trip kali ni memang banyak dugaan , dengan tertinggal train waktu nak balik ke UPM , tertinggal train Ipoh - KL Sentral pulak tu , dahla aku kena balik malam tu jugak , train terakhir dah jalan waktu aku sampai di stesen Ipoh , terpaksa patah balik ke stesen Bas , naik bas balik ke KL m, sepanjang perjalanan balik tu punyala azab kesejukan , dah tu aku tak bawa 'sweater' memang beku atas bas , nak terkencing2 , waktu sampai di Stesen Pudu tu jangan cakapla betapa besar langkah ku nak cari tandas yang tak jumpa-jumpa (terpaksa menumpang tandas di restoran Maulana depan Pudu tu..). Memang merantau sangat dah kali ni.

 Dekat KL Sentral plak terkejar-kejar train terakhir ke Sg.Gadut yang akan melalui Serdang , dan akhirnya alhamdulillah , aku selamat juga sampai ke Serdang , yakni Kolej Pendeta Za'Ba , UPM tepat pada pukul 11.20 malam. Alhamdulillah. Memang penat - penat - penat , sampai-sampai terus buat kerja untuk jengjengjeng.... Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...