# Ini perutusan dari Blog yang BISU.



"Bukan semua benda yang kita buat tu orang akan setuju , dalam banyak perkara yang kita lakukan , tidak semua yang akan menyokong , sudah tentu ada 1 - 2 titik hitam yang cuba menoda keputihan ikhlas." - dari AKU-

  Perutusan daripada blog yang lama membisu dari sebarang entry. Salam Indah seindah tersergamnya Taj Mahal , amboi !. Mungkin kali ini entri ini adalah , entri yang sepatutnya menceritakan kenapa blog ini membisu beberapa ketika , dengan pelbagai peristiwa yang sepatutnya aku muatkan dalam entri-entri blog ini. Terpanggil untuk update entri pada kali ini memandangkan ruang masa yang aku ada pada ketika ini membenarkan aku untuk memasukkan entri ringkas ini.

 
Tidur dekat KLIA , apa ada hal ?
 Dalam 2-3 minggu semenjak bermulanya semester pengajian di Universiti Putra Malaysia , sememangnya aku terlalu sibuk dan terkejar - kejar masa yang tidak pernah menunggu sesiapa pun . Dengan jadual kuliah di semester ke-3 tahun ke-2 pengajian , dengan MTM , dengan program dan macam-macam lagi , rasanya , aku terpaksa mengenepikan minat untuk blogging buat sementara waktu.
 
 Dalam masa kesibukan yang teramat (tahap langit ke-7 , belum campur penat + kurang tidur) rasanya inilah cabaran bagi seorang siswa/siswi yang cuba mengejar impian dan cita-cita untuk berjaya (ayat klise tak boleh masuk otak nih!). Pernah juga rasa ingin mengalah , tapi apa gunanya kehidupan tanpa cabaran kan? apa gunanya kehidupan jika ianya berlalu dengan perkara yang sama setiap hari , mesti membosankan. 
 
 
 Sepanjang berada di UPM (sekali lagi untuk semester ini) , banyak benda yang baru aku belajar kebelakangan ini. Aku sebenarnya ingin bercerita dengan lebih panjang tentang apa yang aku alami selama berapa minggu dan bulan disini , tetapi masa amat-amat mencemburui aku. rasanya dengan beberapa keping gambar daripada berjuta-juta gambar yang aku simpan , aku cuba selitkan cerita dalam beberapa keping gambar ini.

Bagi korang yang terlibat dalam Program Mempromosikan Universiti Putra Malaysia , pedulikan apa yang suara-suara sumbang ingin katakan , kita sudah lakukan yang terbaik , dalam setiap benda kita lakukan , sentiasa ingat , tidak semuanya akan berjalan dengan baik , mesti ada yang menentang. Jadi kita rileks dan kool , sebab kita dah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya :). Gambatte! Jumpa lagi dalam entri akan datang....

Kolej Pendeta Za'Ba & Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK TAWAU

Lompat tinggi - tinggi nanti kita jumpa lagi ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...