# Adidas Tango 12 - Bola rasmi Euro 2012

"Inspired by tradition, made for today's game..."
 Baru - baru ini , Adidas telah pun mengumumkan bola rasmi yang akan digunakan untuk kejohanan Euro 2012 , Ukraina & Poland pada tahun hadapan. Anda semua tentu sudah tahun kan , bahawa setiap kejohanan terbesar bola sepak dunia , mesti bola rasmi akan digunakan , contohnya , Fevernova untuk Piala Dunia 2002 , Piala Dunia 2010 Afrika Selatan baru-baru ini menggunakan bola rasmi yang diberikan nama Jabulani. 

Untuk kejohaan Euro 2012 pada tahun hadapan  , Adidas telah mengumumkan bahawa bola yang akan digunakan adalah Tango 12. Bermotokan Inspired by tradition , made for today's game.. , bola ini merupakan kesinambungan daripada bola tango yang dijadikan bola rasmi Piala Dunia 1978, tetapi Tango 12 telah diperbaiki dan diperbaharui dengan teknologi zaman moden , macam mana rupanya bola Tango 12 ni ? 


Selepas Adidas mengumumkan mengenai Tango 12 , penjaga gawang di setiap pelusuk benua pasti akan bersiap sedia untuk menjalani latihan menggunakan bola Tango 12 ini , lebih-lebih lagi pasukan yang akan beraksi di Euro 2012. Kehadiran Tango 12 menggantikan Jabulani yang digunakan di Piala Dunia 2010 yang banyak menimbulkan kontroversi kepada pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2010 , kerana dikatakan , bola Jabulani tersebut mudah melantun dan sukar untuk diramal.


Turut digunakan dalam kejohanan Euro 1980. Tango yang asal.
Bola ini telah pun di uji dan Daily Mail melaporkan bahawa bola ini telah dihantar ke Chelsea, Milan, Bayern Munich dan Real Madrid untuk melihat dan meneliti pendapat pemain-pemain yang telah menggunakan bola Tango 12 . 16 buah negara yang bertanding dalam Euro 2012 akan dibekalkan dengan bola Tango 12 bagi menyesuaikan pemain untuk beraksi menggunakan bola Tango 12.


Video lanjut , penerangan mengenai Bola Tango 12 oleh Adidas :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...