# HELLO & GOODBYE

Siswa Siswi Borneo , semangat untuk pulang ke kampung kelahiran masing-masing :D EPIC!

Semester ketiga di tahun kedua pengajian di Universiti Putra Malaysia akhirnya berakhir juga. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya ,aku masih mampu untuk menempuh cabaran sepanjang berada disini. Dalam seminggu dua ini , nampaknya blog themonat.com terbengkalai seketika , untuk memberi laluan kepada peperiksaan akhir yang amat penting buat aku.

Hello buat masa cuti semester selama sebulan dan Goodbye buat kehidupan yang sibuk dan agak tertekan dengan tugasan , kerja , tanggungjawab dan juga pembelajaran di Universiti. Selama sebulan ini dapatlah semua siswa-siswi merehatkan otak kanan dan otak kiri dari terus tertekan dek kerana asakan bertubi-tubi cobaan untuk mengingat segala bentuk formula dan juga segala jenis mantera untuk menjawab kertas soalan peperiksaan akhir.



Macam mana semester ini bagi aku ?
Semester kali ini memang agak naik dan turun , kenapa ? Ahhh , tak perlu berdolak dalih memberikan alasan , bak kata pepatah , orang berjaya mencari kejayaan , orang gagal mencari alasan. Meskipun aku sibuk itu ini , tanggungjawab itu ini , program itu ini , meeting itu ini , alhamdulillah , aku berjaya tempuhi semester ini (*walaupun "carrymark" Spanish Language Level III yang boleh memutuskan nyawa).

Takkanla final exam tak boleh nak score 10 markah kan ? Tak mustahil tapi , kalau dah berusaha , takkanlah Dia yang Maha Kuasa tak memberikan kan ? Apapun , ini adalah entri warm-up aku selepas sekian lama tak update blog kesayangan ini.  Aku nukilkan entri ini secara ringkas (*tengah duduk dekat McD KLIA , tunggu boarding flight ke Tawau). 

Stay tune , dalam cuti sebulan ni , insyaAllah , lagi keraplah aku update blog seciput jamban ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...