#Tiada masa lagi untuk Hu-hu Ha-ha

 Assalamualaikum buat anda semua. Dah lama tak update entri di dalam blog ini bukan ? Al-maklumlah , makin hari makin sibuk dengan kerja dan tugasan yang ada. Alhamdulillah atas rezeki dan kurnianya. Meskipun diri ini sedar yang diri ini tidak lah se-sempurna mana , usaha untuk terus memperbaiki diri itu ada.

Bagi anda yang telah lama mengikut blog ini sedari awal kewujudannya , sedikit sebanyak mesti telah mengetahui liku-liku perjalanan themonat.com dari awal kewujudannya hinggalah sekarang bukan. Dikesempatan ini , saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap saya sepanjang blog ini wujud.

Terlalu banyak catatan hidup bermula di blog ini hinggalah ke hari ini . Semakin hari kehidupan makin ke hadapan , (mestilah kan? takkan kebelakang pulak?). Catatan hidup dari lepasan sekolah , masuk ke alam pekerjaan , ke hobi , freelance dan sampai lah ke alam Universiti , semuanya termaktub di dalam blog yang juga semakin hari semakin meningkat umurnya.

Dari jatuh , bangun semula , susah senang sampailah ke hari ini. Alhamdulillah themonat.com terus kekal dan relevan dengan peredaran zaman semasa. In sha Allah , pada penghujung tahun ini , ber-graduat la themonat.com daripada Universiti Putra Malaysia sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda. Banyak perancangan yang telah dibuat selepas sahaja menamatkan pengajian di sini.

Tapi segala perancangan itu juga berjalan atas kehendak-Nya bukan. Jadi selepas ini harus bekerja dengan lebih keras lagi untuk kahwin. Eh , belum apa-apa lagi dah fikir kahwin.  Apapun , moga lepas ini hidup akan terus melangkah kehadapan !












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...