IBARAT EMAS dan BARANG TIRUAN

Ibarat barangan tiruan dan Emas / Intan berlian
      Monat nak kongsikan satu cerita pulak yang Monat terbaca dalam sebuah majalah yang Monat pinjam dari rakan,majalah tu DARA nama dia.Tertarik dengan sebuah cerita yang terdapat dalam majalah tu yang bertajuk Ibarat Emas dan Barangan Tiruan.Tujuan Monat berkongsi cerita ni bukanlah nak menunjukkan yang Monat ni berlagak baik,niat Monat cuma sekadar berkongsi cerita,dan kalau ada yang tak suka dengan entry Monat kali ini,korang tentu saja tahu apa yang boleh korang lakukan kan? (Ada satu butang "X" dekat atas sebelah kanan browser korang,klik butang tu...hehehe..). Sekurang-kurangnya Monat berusaha untuk berkongsi sesuatu kepada pembaca-pembaca setia blog Monat ni. Ok! Jom masuk cerita...


  Dipendekkan cerita,ada seorang gadis yang baru memeluk Islam yang ingin tahu mengapa sebenarnya Islam menegah perbuatan mendedahkan aurat dan setelah berapa ramai ustas yang ditemuinya,masih tidak lagi ditemuinya jawapan yang benar-benar menjawab persoalan gadis tersebut.Sehinggalah pada suatu hari,ditakdirkan Allah S.W.T,rakan kepada gadis berkenaan membawanya berjumpa dengan seorang ustaz muda , pada awalnya gadis tersebut keberatan untuk menerima pelawaan sahabatnya itu kerana baginya,sudah ramai ustas yang tidak dapat menjawab pertanyaannya,cubaan mereka itu hanya membuang masa sahaja,namun rakannya terus sahaja meyakinkan gadis itu,lalu gadis itu bersetuju..Mereka pun datang berjumpa dengan ustaz muda tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.
p/s  : Insaf dan melihat keadaan diri Monat sendiri yang sentiasa dalam kekurangan,mohon agar kita semua di berikan hidayah dan rahmat dariNYA ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...