PEMAIN KE-12 | Harimau Malaya


Pemain ke-12. Ya itulah gelaran bagi mereka yang mendukung perjuangan Harimau Malaya pada setiap kali perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangan kita Malaysia. Mungkin saja gelaran ini sinonim dengan Ultras Malaya yang menjadi tulang belakang kepada skuad kesayangan senegara. Harimau Malaya. Aku tidak menggelarkan diri aku sebagai Ultras Malaya , tapi aku boleh katakan yang aku turut bangga menjadi pemain ke-12 untuk Harimau Malaya. Lebih-lebih lagi ketika AFF Suzuki Cup 2012 ini berlangsung. 

Setiap kali perlawanan berlangsung , aku rasa itu dah jadi tanggungjawab aku sebagai seorang yang memegang kad pengenalan warganegara Malaysia untuk menjadi pemain ke-12 kepada pasukan ini. Tak kiralah , depan TV ? , dekat kedai mamak ? , bilik TV ? , Skrin Besar ? , ke Stadium ? , Gate 1Q ? atau dimana-mana sahaja anda berada , segala bentuk sokongan itu juga menjadikan anda sebagai pemain ke-12 bagi skuad Harimau Malaya.



Siapa yang boleh nafikan rasa kecintaan dan kebanggaan untuk memberikan dukungan 100% pada Harimau Malaya kita ? , mungkin itu cara anda , dan cara aku berlainan dalam memberikan sokongan kepada skuad kita , tapi akhirnya , kita tetap sama dan satu hati dalam memberikan sokongan padu untuk skuad kita. Pemain ke-12.

Sebagai pemain ke-12 , aku lebih suka berada di dalam kelompok "geng lilitan kuning" ini. Dimana ? Ya , anda tahu jawapannya. Di Gate 1Q. Tempat dimana berkumpulnya pendukung skuad Harimau Malaya , iaitu Ultras Malaya. Sebagai pemain ke-12 , dengan kudrat dan kemampuan yang aku ada untuk menggalas tanggungjawab aku menyokong skuad negara , aku lebih suka dengan cara Ultras Malaya memberikan sokongan padu , berbanding hanya datang ke stadium dengan burger dan kuaci dengan sekali sekala memaki hamun "player" yang tak perform (*aku tak kata salah , mungkin itu bentuk sokongan kamu).

Dan kalau-kalau ditanya , pandangan aku mengenai isu "chants"  , pada perlawanan pertama Skuad Harimau Malaya mengenai isu "Singapore / Indonesia itu Anj*ng" , dimana seluruh rakyat Malaysia terkesima dengan laungan ini. Apa yang aku boleh katakan , dalam dunia Bola Sepak manakah yang penyokongnya tidak melakukan provokasi / ejekan pada penyokong / pasukan lawan ? 


Atau mungkin rakyat / penyokong di negara kita baru sahaja ditampar dan sedar akan keadaan di dalam stadium dalam dunia Bola Sepak yang sebenar ? Kalau tiada provokasi / ejekan itu , dimanakah hadirnya kata yang lawan gerun untuk bertandang ke stadium kita ?. Ya , mengikut budaya Asia kita dan lebih-lebih lagi adat Melayu dan beragama Islam pula tu , tidak dinafikan menghina / mengejek itu salah. 

Dan aku juga pasti , yang ejekan itu cuma berbentuk provokasi di dalam stadium dan rakyat Malaysia kita tidak terbawa-bawa hingga ke luar stadium. Keesokan harinya , aku pasti juga yang kamu juga layan lagu Sleeq , pegi Universal Studio Singapore , layan lagu Nidji , Padi dan sebagainya. Apa yang aku cuba sampaikan ,  ini adalah Bola Sepak , dan provokasi dan laungan chants itu tidak lebih hanya untuk menjatuhkan moral lawan. Noktah.

Sebagai pemain ke-12 , apa yang ada dalam skuad Harimau Malaya kita sekarang , itulah yang kita dukung sepenuhnya untuk mempertahankan kejuaraan kita. Bertelagah sesama sendiri ? Amatlah kurang bijak. Kau tak perlu bersetuju dengan apa yang aku tulis disini , sebab ini adalah pandangan aku , dan mungkin bagi kamu , pemain ke-12 itu lain pula. Tapi apa yang pasti , pemain ke-12 itu menyokong Harimau Malaya , jatuh dan bangun. Lagipun , Busuk - busuk pun , Pahlawanku , kan ? Salam 1 Mental.

p/s : 9 Disember , hadirkan kegerunan kepada Gajah Putih untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bangunlah. Bangkitlah. Sehati Sejiwa , padukan sorakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...