kerana aku LELAKI ~

Lelaki Biasa 
    Hm,topik kali ni macam hangat sikit..pada wanita-wanita diluar sana dan si jejaka,MONAT bukannya apa,cuma terkadang tu,terasa diri ini terlibat sama juga dalam hal-hal yang MONAT senaraikan dibawah tu :).Bukannya MONAT nak bersikap seksis disini,tapi asyik lelaki saja yang kena faham wanita,sesekali,kaum adam ini mahu juga difahami hati dan perasaan mereka kan?.MONAT taulah,sebab MONAT pun lelaki.Selalunya,lelaki akan berubah bila dia menemui buah hatinya,dia (lelaki) akan lebih caring tentang pasangannya,dan selalunya bagi si lelaki,buah hatinya lah jantung dirinya :) (bercakap berdasarkan pengalaman ke MONAT?).Apapun,inilah tanda-tanda bahawa seorang lelaki itu memang benar-benar menyintai anda para wanita-wanita diluar sana,kalau boyfriend anda tidak melihat tanda-tanda seperti yang MONAT senaraikan dibawah,wallahhualam la kalau-kalau kekasih korang takda perasaan...


Kenapa LELAKI anda bersikap demikian... :

   ♂ kerana LELAKI sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.

    ♂ kerana LELAKI sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)

    ♂ kerana LELAKI banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.
    ♂ kerana LELAKI yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.

    ♂ kerana LELAKI yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI yang mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.

    ♂ kerana LELAKI menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

    ♂ kerana LELAKI yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

    ♂ kerana LELAKI yang sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.

    ♂ kerana LELAKI yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

    ♂ kerana LELAKI yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada  urusan yang penting dengannya.

    ♂ kerana LELAKI yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.



DAN!! yang paling penting, tidak semua insan bergelar LELAKI sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.Jadi perempuan-perempuan diluar sana,bila si LELAKI sudah tidak lagi seperti sedemikian,ehem-ehem.. berjaga-jaga..MONAT tidak juga menggalakkan sang LELAKI ni terlalu cemburu buta atau kuat merajuk kerana sebagai seorang LELAKIkita sepatutnya menjadi khalifah bukan? tapi asyik-asyik kita yang makan dalam,bahaya jugak tu kan? Mana yang MONAT higlight kan merah di atas tu,MONAT akui adalah sikap MONAT sendiri (rasanya banyak sangat MONAT highlight) :) Terima kasih kerana membaca.. jadi adakah anda LELAKI?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...