#NOKTAH terhadap Liverpool - Kami CHAMP19N


"In 94' You told us to come back when We already 18th ,
Now we are here , sitting at your perch with our 19th title."

Salam Cyber Monaters , Selamat berhujung minggu dan berada di samping keluarga dan insan tersayang ,mesti korang semua pun dah tau kan ? , tau apa ? alah.. janganlah pura-pura tak tau lagi. Untuk penyokong-penyokong / kipas susah mati Manchester United , pada pagi yang indah ni , mesti korang semua bangun dengan senyuman dari telinga kiri ke telinga kanan kan?

Yelah , mana taknya , semalam baru sahaja Pakcik Alex Ferguson kita mengesahkan kedudukan sebagai Juara Liga BPL , Manchester United yang ke - 19 KALINYA , lantas menghapuskan rekod sejarah LIVERPOOL , yang pernah menjadi juara sebanyak 18 kali.Keputusan seri menentang Blackburn Rovers pada perlawanan semalam (1-1) sudah cukup buat United untuk mengesahkan tempat mereka sebagai RAJA Liga Bola Sepak Inggeris.

Season 2010 / 2011 memperlihatkan kesungguhan United untuk merampas kembali gelaran Juara Liga BPL , selepas tewas pada Chelsea pada season lepas , tapi apa ada hal kan Monaters ? itu season lepas dan sekarang United sudah berjaya , bangga dengan kejuaraan ke-19 pulak tu , Monat memanglah gembira dan bangga tahap hidung kembang tak kempis dengan lalang-lalang yang asyik dengki dengan United ni.

Apapun , tahniah buat United ! , 19 kali juara BPL ! Rekod baru ! Selamat Tinggal Loserpool! Rekod anda cuma tinggal sejarah!. Apapun , langkah United belum berakhir selepas merangkul Piala BPL. Masih ada satu lagi misi terbesar iaitu dalam Perlawanan Akhir UEFA menentang Barcalona , anak buah Guardiola. Monat tak sabar nak tunggu 28 May ni , dan Monat yakin , kalau SAF buat percaturan yang baik dan standard United punya game seperti menentang Chelsea , rasanya Barca bukanlah satu tentangan yang dirisaukan , bukan memandang enteng , harus waspada tapi United mempunyai kekuatan sendiri. All the best Unite! GGMU! We Retained The Premier League!

#p/s : Gol seri semalam dijaringkan oleh Wayne Rooney selepas Javier Hernandes dijatuhkan oleh penjaga gawang Blackburn Rovers di dalam kotak penalti. Lalang-lalang United mesti kata tu lakonan kan , alah , korang dah nampak sendiri dengan mata korang , gol Blackburn Rovers tu pun sebenarnya dah keluar (sepatutnya Goal Kick) tapi lines man buat dono jerk! hampeh!

"It was Liverpool's time in the '80s, it's our time now and we always expect them to challenge us and we also expect Manchester City to challenge us," he said. "The great thing about us is that we accept challenges. It doesn't matter where it comes from. - Sir Alex Ferguson





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...