Oh~ Ok! :) Salam semua readers Monat blog,harap-harap anda sihat dan bahagia sahaja.. Tidak lupa juga kepada silent reader yang selalu mengikuti cerita Monat di blog ni.. Kali ni Monat rasa excited pula nak post entry baru.. Ok,tengok title entry.. Indonesia dan Malaysia , oh ok,mungkin ramai yang dah tau , ketegangan dua negara ini yang selalu di propaganda kan oleh tabloid atau media masing-masing.
Dua-dua tak nak kalah , dan semua nak dialah yang terbaik , dialah terhebat , dialah yang mantap , dialah yang betul. Hinaan , cacian , dan makian .. Terutamanya dekat Facebook , tambahan lagi , apabila Malaysia menentang Indonesia di FINAL AFF Suzuki 2010 , banyak sangat kita lihatkan perkelahian dua saudara serantau ini , menghina dan memaki saudara serantau sendiri.Kita adalah saudara serumpun , sampai bila akan berakhir kalau dua-dua tak nak mengalah? Caci maki? Hina-menghina satu sama lain.. Siapa kata Malaysia dan Indonesia tidak boleh berdamai?.. Ini dia buktinya..
Tidak semua orang Indonesia mahupun Malaysia itu membenci satu sama lain , dalam kesibukan dan kekusutan propaganda / provokasi yang cuba memisahkan dua saudara ini , masih ada lagi yang cintakan kedamaian dan sememangnya , kita serumpun dan senusantara. Jika kita ingin dihormati , belajarlah menghormati orang lain , jika kita ini dilayan dengan baik , layan lah dengan baik orang lain.. Disini Monat tunjukkan perkongsian ilmu dan pendapat dengan rakan dari Indonesia iaitu saudara Phadeal :).. Siapa kata kita tidak boleh berbaik dengan jiran kita Indonesia?.
|
#1 |
|
#2 |
|
#3 |
|
#4 |
CLICK GAMBAR UTK TUMBESARAN TULANG TEMULANG.
p/s : Oh! Ok! cuba korang ushar page dekat facebook ni, mari kita hentikan persengkataan , mulakan keamanan di antara 2 saudara :) Dari MONAS ke PETRONAS , kita berganding bahu menentang persengkataan :) Salam damai buat saudara-saudara di Indonesia.. dari Monat (Malaysia).
http://www.facebook.com/MalaysiadanIndonesiaSahabatSelamanya