# "Safely Remove USB / HARDDISK" Penting atau tidak sebenarnya ?


  Dalam korang melakukan kerja dengan Pc/Laptop yang memerlukan korang mencucuh USB / Thumbdrive / Harddisk ke USB port korang , pernah tertanya apa sebenarnya kegunaan "Safely Remove Usb" yang selalu orang katakan kena buat sebelum cabut USB / Thumbdrive / Harddisk korang. Kadang-kadang , kawan pinjam laptop , lepas tu sambung thumbdrive , bila dah habis guna , terus cabut macam tu ja , macam laptop tu dia yang punya. hehe. Dekat sini aku kongsikan dengan korang , apa penting atau tidak? "Safely Remove Usb" dilakukan sebelum Thumbdrive / Harddisk dicabut dari port USB.



 Sebelum tu , suka aku berkongsi disini , mungkin ada lagi yang tak tahu kan , USB Thumbdrive adalah satu storage yang dibina khas untuk "Plug & Play" , maksudnya disini , ada boleh cucuh , dan cabut seberapa banyak kali anda gunakan dan tidak perlu install apa-apa software untuk menggunakannya. Persoalannya disini , adakah dengan tidak menggunakan "Safely Remove Usb" akan merosakkan Thumbdrive / Harddisk anda?

 Mencabut Usb Thumbdrive tanpa melakukan "Safely Remove Usb" , secara am-nya , tidak akan merosakkan Thumbdrive / storage anda , ataupun file anda yang disimpan didalam , tetapi IANYA BERKEMUNGKINAN boleh merosakkan Thumbdrive / storage anda. Sekurang-kurangnya 15 saat diperlukan bagi menghentikan segala proses yang berkaitan dengan Thumdrive yang anda sambungkan kepada Pc/Laptop anda. Tetapi , kerosakan yang berpotensi berlaku apabila anda mencabut Thumbdrive / Storage anda sewaktu proses perpindahan file dilakukan , tangan tiba-tiba gatal rasa nak cabut , sesetengah Thumbdrive telah dicipta sedemikian rupa dan tidak ada apa-apa masalah dengan hal tersebut dan tidak mendatangkan kerosakan kepada Thumbdrive / Storage anda.



 Sebenarnya , kegunaan "Safely Remove Usb" adalah untuk memastikan bahawa , "background program" tidak menggunakan thumbdrive / storage tersebut sebelum anda mencabutnya dan dengan melakukan S.R.U anda dapat mengetahui sekiranya thumbdrive / storage anda masih digunakan atau tidak. Korang cabut terus pun sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah kepada thumbdrive / storage anda. Sebenarnya , aku pun selalu terus cabut tanpa menggunakan S.R.U dan selama beberapa tahun ini alhamdulillah Thumbdrive / storage aku sihat walafiat seadanya.

Jadi terpulang dari korang untuk menilai , aku cuma berkongsi sesuatu yang mungkin menjadi tanda tanya korang samada S.R.U ini sesuatu yang diperlukan / wajib dilakukan / mendatangkan kerosakan sekiranya tidak dilakukan , ini adalah pengalaman aku sendiri dan lepas dah cari maklumat lanjut tentang hal ini , aku yakin , tiada sebarang kerosakan boleh dilakukan , ianya hanya BERKEMUNGKINAN.



TIPS : Bagi flash / storage device yg mempunyai switch on/off , lebih baik menggunakan Safely Remove Usb kerana , kemungkinan untuk mengalami kehilangan atau kerosakan folder itu agak tinggi berbanding dengan thumbdrive / flash / storage device pluh n play biasa.

Hmmmm : 15 saat jea pun nak tunggu Safely Remove Usb tu , takkan 15 saat pun nak kedekut , tapi kalau betul-betul dah kelam kabut nak terus cabut , tak pun tangan tu gatal sangat nak terus cabut , buatlah , tak jadi masalah sebenarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...