# Inilah namanya KEHIDUPAN


Hidup ni macam yang kita semua lalui lah , bermula daripada rahim ibu , lahir ke dunia , kemudian beranjak dewasa , alam persekolahan , kemudian masuk pula alam pekerjaan , lepas tu berkeluarga , mempunyai anak , isteri , suami , lepas tu menjadi tua dan akhirnya meninggal dunia.Semua orang , pada dasarnya akan melalui fasa yang sama dan lumrah nya sedemikian. INILAH KEHIDUPAN.

Setiap orang mempunyai masa 7 hari seminggu dan 24 jam sehari , tidak ada yang kurang dan tiada pula yang lebih.Apa yang membezakan setiap insan itu adalah personaliti dan perangai mereka sendiri. Usaha mereka untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan seharian. Masalah mahupun bukan masalah , kehidupan harian kita pasti akan bertemu dengan pelbagai ragam dan karenah yang perlu kita selesaikan , bagaimana caranya untuk mengharungi hari-hari yang mendatang , hari ini , esok , tulat , langkat dan seterusnya.


Berikut merupakan persepsi Aku dalam kehidupan yang mencabar :

1. Langit tidak selalunya cerah.
Dalam kehidupan korang seharian , tak selamanya hidup korang akan berjalan dengan indah tanpa sebarang masalah yang mendatang. Kadang-kadang , korang tengah bergembira ada pula masalah yang terjadi , contohnya , tengah gembira sakan dapat kereta baru , esok eksiden pula. Ada yang dapat terima masalah dengan cara bertenang dan mencari jalan penyelasaian , ada pula yang mengalah dengan masalah dan akur dengan memberikan penamat terhadap kehidupan. Singkatnya pemikiran.

2. Lari Dari Masalah.
Lari dari masalah bukanlah satu jalan penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah yang korang / aku hadapi. Face-off masalah tersebut dan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik dan sebaiknya , dan tidak pula bermaksud , jalan penyelesaian itu semestinya indah , kadang-kadang , untuk mencapai sesuatu yang indah dan sedap hati itu sakit dan perit terpaksa dilalui terlebih dahulu. Larilah ke hujung dunia mana pun , bersembunyilah ke lubang terpencil mana pun , masalah yang tidak diselesaikan akan menjadi begitu juga.

3. "When I'm right nobody cares , when I'm wrong everybody remember.."
Memang macam ni lah kehidupan dan rasanya aku dah terima hal ni lama dan memang betullah pepatah yang menyatakan "Lupakan kebaikan yang telah kita lakukan dan ingatilah kejahatan yang kita lakukan" , bila kita betul tiada siapa pun yang peduli tapi bila sedikit kita tersilap langkah , macam satu dunia nak BOM kita , "blame" sana sini. Ini lagi satu klise kehidupan bermasyarakat , dan terpulang dari diri kita sendiri macam mana nak tangani benda ni. Bagi aku , aku akan buat yang lebih baik untuk diri aku dan keluarga , tutup mulut mereka yang membenci itu.

4. Hidup itu indah dan mudah.
Memang betul hidup itu indah dan mudah , ada orang hidup KAYA RAYA tapi belum tentu dia bahagia , ada yang kita lihat hidup dia seakan-akan melarat , rumah macam nak roboh , tapi dia hidup bahagia dan senang , kenapa? Ni payah sikit nak jawab , apapun itulah berkah daripada Illahi yang diberikan kepada hamba-hambanya. Bila hidup kita ada musibah janganlah terlalu berduka kerana dalam kepayahan itu ada kemanisan dan sememangnya hidup itu indah dan mudah meskipun dalam masalah bukan ?. Masih ada keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita yang sentiasa memberikan sokongan dan panduan untuk meneruskan kehidupan.

#banyak lagi nak tulis tapi kalau tulis semua memang sampai 1000++ page la entry kali ni Monat tulis , apapun , kadang-kadang , kita mudah untuk menjatuhkan hukuman dan cuma tau cakap bila melihat seseorang ditimpa masalah , tak tahu lagi macam mana kalau kita berada di tempat orang yang ditimpa masalah dan macam mana pula ditempat orang yang melihat orang ditimpa masalah ?? Apapun , kehidupan ni penuh dengan cabaran , dan macam mana kita nak hadapi hari esok , lusa dan seterusnya , bergantung kepada kekuatan hati kita untuk meneruskan kehidupan kita di hari esok.. dan paling penting , menadah tangan memohon kepadaNYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...