Zaman sekarang ni budak-budak sekolah tak sama macam dulu lagi , budak-budak zaman sekarang makin bijak dan pintar-pintar belaka apa lagi kalau nak cerita tentang budak-budak sekolah zaman sekarang ni , banyak saja kes-kes lawan guru , tangkap khalwat dan macam-macam lagi.Tapi itu cerita lain , dan Monat percaya , tak semua macam tu.
Mereka cuma perlu dibimbing dan bukannya disisihkan daripada masyarakat dan dalam sekolah tu sendiri.Budak-budak zaman sekarang semua dah canggih , member Monat ada cerita hari tu , waktu dia join Pertandingan Debat dekat satu sekolah menengah ni tengah-tengah tunggu giliran tu , dia pun sibukla texting dengan phone dia , takdala secanggih Iphone 4 / Blackberry Torch korang , sekadar boleh mesej dan kol jer. Bukannya dia nak menunjuk pun dekat budak-budak sekolah tu , ahah , tetiba budak sekolah duduk sebelah dia yang jadi penonton (FORM 3) selamba gadak keluarkan IPAD2 dia , lepas tu gelak-gelak tengok member Monat macam tercengang melihat telatah mereka.
Ok! Snap! tengok? betapa canggihnya budak-budak sekolah zaman sekarang? Waktu zaman sekolah kita dulu , berbekal Rm2.00 sehari pergi sekolah , kalau hari sabtu ada plan nak keluar dengan kawan-kawan , selama seminggu tu lah sanggup tak pegi kantin makan , rasanya masih ada lagi tak yang bawa bekal pegi sekolah RM2.00 dengan zaman sekarang ni yang harga barang asyik naik. Entry kali ini memang agak panjang sedikit , jadi sila duduk dengan tenang dan tarik nafas dalam-dalam , ini adalah pandangan dan nasihat aku pada budak-budak sekolah zaman sekarang.
Sistem pendidikan di negara kita bermula daripada Kindergarden , kemudian sekolah rendah , di alam sekolah rendah kita akan menduduki peperiksaan UPSR , sebenarnya , pada pendapat Aku lah , benda ni tak penting sangat , cuma benda ini akan menentukan korang akan masuk ke Sekolah Menengah yang cemerlang atau sebaliknya , masuk Sekolah Menengah Berasrama atau tidak. Monat dulu UPSR takda la power mana pun keputusan , tapi alhamdulillah dapat masuk sekolah cemerlang dekat tempat Monat.
Bila dah masuk Sekolah Menengah ni la , sebenarnya yang akan mencorakkan masa depan seseorang BUDAK SEKOLAH itu , perangai dan attitudenya juga akan berubah berdasarkan kawan-kawan sekeliling , dan time ni jugalah budak-budak sekolah akan mula mengenali DUNIA , perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru , DARAH MUDA lah katakan.Masa dekat Sekolah Menengah jugakla korang mula kenal dengan CINTA kan? Cinta Monyet? cinta sekolah menengah , hah! Lu potong jari gua , kalau budak-budak sekolah menengah takda awek/cowok , lu memang outdated la.Waktu ni lah korang mula kenal dengan erti persahabatan dan macam-macam lagi , buat perangai , buat dajjal , budak skema , budak GP (Gila Pangkat) , Cikgu Disiplin dan macam-macan lagilah.
Dalam peringkat Sekolah menengah ni korang akan menduduki PMR atau Penilaian Menengah Rendah , dan sekali lagi , Monat rasa , benda ni belum lagi menjadi titik tolak korang untuk menentukan masa depan dan cita-cita , PMR bagi aku cuma akan mengasingkan budak-budak bodoh dan pandai , yang bodoh akan masuk ke kelas belakang dan budak-budak pandai akan masuk ke kelas depan atau masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Sekolah Menengah Sains (SMS). *Maaf kalau bahasa tu terlalu kasar , tapi itulah realitinya. PMR menentukan korang akan duduk di kelas mana dan meneruskan pembelajaran korang. Pada masa ni , kalau yang dah form 3 dah pandai "COUPLE" terpulanglah , untungla Boyfriend yang dapat awek pandai , sbb mungkin kau pun akan terikut pandai Girlfriend kau dan sama-sama masuk kelas pandai , kalau dah dua-dua bodoh , maklumlah kau nanti tingkatan 4 dan 5 terus bodoh dan kalau tak berubah , sama-sama bodoh sampai mati.
Bila dah lepas PMR ,tingkatan 4 dan 5 menyusul , dalam masa ni korang akan bersiap sedia dengan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan inilah PEPERIKSAAN YANG PALING PENTING! dengar sekali lagi , PEPERIKSAAN PALING PENTING yang korang kena buat bersungguh - sungguh dapatkan keputusan yang paling cemerlang korang boleh dapat. Percayalah , sampai kau nak sambung degree nanti pun , nak pilih course Minor , walau kau dah dalam Universiti , dia akan tanya juga keputusan SPM kau nanti.
Senang cerita , kau buat taik dengan keputusan SPM kau , memang taik jugakla masa depan kau.Sekali lagi , kalau masa SPM kau dapat girlfriend / boyfriend yang pandai , maka , sama-samalah korang berjaya , dan kalau dah dua-dua bebal taknak sedar , memang dua-dua gelap masa depan.Masa result SPM keluar , yang cemerlang dan dapat keputusan bagus , akan sambung pula pegi Matrik atau terus masuk Universiti , ambil DIPLOMA , atau masuk Maktab ataupun Politeknik. Kalau keputusan tak memuaskan , korang boleh pilih untuk pergi IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) atau Tingkatan Enam.
Sebelum kau fikir nak masuk IPTS , satu yang Monat nak cakap dekat sini , fikir lah masak-masak kerana rata2nya IPTS ni cuma nak duit kau saja , kau bodoh tahap cipan pun kalau kau ada duit untuk bayar yuran , kau boleh masuk, dan jangan sampai tertipu dan sijil diploma kau nanti tak dapat pengiktirafan atau MQA dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa yang Monat nak cakap disini , kalau diberi pilihan antara Tingkatan Enam dan IPTS , lebih baik kau teruskan pelajaran kau dekat Tingkatan Enam.
Ok! Well said , Tingkatan Enam , rata-rata budak lepasan SPM taknak masuk T6 sebab mereka dah malas nak sekolah , malas nak sarung baju sekolah , malas nak bangun awal pagi , malas nak gosok baju , cuci kasut dan beribu lagi alasan , yah Monat pun dulu macam tu juga , andaikata Monat tak masuk tingkatan Enam dahulu , mungkin sekarang masih lagi tak tahu mana arah nak dituju.Berbalik pada cerita T6. Ramai yang pandang rendah dengan tingkatan enam sebabnya , kawan-kawan lain dah masuk Universiti ambil diploma. Hey kawan , jangan rendah dirilah , korang teruskan Tingkatan Enam , takdelah hina manapun , percayalah , Tingkatan Enam adalah shortcut untuk korang terus ambil degree dan lebih mudah dapatkan degree daripada Matrik dan setaraf dengan Diploma.
Tingkatan Enam , mesti cikgu korang akan cakap "Sebelah kaki korang dah dekat universiti" , yah memang betul tapi nak masukkan sebelah kaki tu lagi dalam universiti bukan senang , namanya juga Tingkatan Enam ini adalah PRA-U , Pra-Universiti , bukan PERAYU ok.Standard pembelajaran pun takkan sama sewaktu korang tingkatan 5 dahulu.Bila dah tingkatan 6 korang akan menghadapi STPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan ini adalah last resort korang untuk menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi , MENARA GADING , kalau kau bebalkan keputusan STPM kau , punahlah harapan untuk melangkah ke Ijazah.
STPM adalah peperiksaan PALING susah di Asia Tenggara dan merupakan peperiksaan NO.3 TERSUSAH di DUNIA jadi jangan main-main dengan STPM dan Tingkatan 6 , tingkatan 6 Rendah merupakan tapak ilmu bagi tingkatan 6 atas , dan bila kau berbulan madu di tingkatan 6 rendah , kau tunggu lah nanti sewaktu 6 atas , macam mana susahnya kau nak kejar balik ilmu yang kau tertinggal tu.Bukan Monat nak takutkan korang yang mengambil tingkatan enam ni, tapi seriously , itu kenyataannya.
Kalau korang dah berjaya dekat STPM nanti , percayalah , hidung korang akan kembang tak kempis nanti , kawan-kawan yang dulu bongkak dengan korang sewaktu korang ditinggalkan diorang pegi masuk universiti ambil diploma dan korang tinggal dekat Tingkatan Enam , korang akan bangga sebab korang terus ambil Ijazah dan kawan-kawan korang masih lagi dekat diploma dan baru nak masuk Ijazah , time tu korang dah pun setahun pengajian dekat peringkat Ijazah , well said kan? Jadi janganlah anggap T6 itu rendah dan tak semangat nak masuk tingkatan enam , sebab korang tak tengok apa yang ada dalam tingkatan enam tu.
SPM/STPM adalah dua peperiksaan yang penting dan kalau korang masih belum ambil dua-dua peperiksaan ni , sila pegi belajar sekarang dan buat sehabis baik untuk masa depan korang , bukan mak bapak , datuk , nenek , jiran sebelah rumah , kakak , abang yang akan duduk exam tu untuk korang , tapi diri korang sendiri , dan kalau rasa-rasanya ada awek , adik , kakak , abang , jiran sebelah kiri rumah korang , sepupu-sepapat yang masih terumbang-ambing tak fikir masa depan , boleh share artikel ni dekat dorang.
Apapun , Monat minta maaf , sekiranya entry ni menggunakan sedikit bahasa kasar dan kalau-kalau ada yang terasa , harap dimaafkan , mungkin ini cara Aku menegur diri sendiri dan orang.Kalau tidak pun , ini adalah cerita aku bagaimana aku sampai ke tempat aku sekarang.Syukur alhamdulillah.. Well , I rest my case here , see you soon...
UPDATE - Ambik kesempatan nak buat ucapan Hari Guru buat semua insan yang pernah mendidik Monat , dan juga Ibu dan arwah Ayah yang menjadi GURU TERBAIK dalam hidup ini...
"Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar Guru , yang telah mendidik saya mengenal abjad "A" sampai "Z" , mengira nombor "1" hingga "infinity" , menerangkan simbol pelik " + - x = " , mengenalkan cantuman "H20 + Co2" , mendidik mengenai " PROSE FORM " , dan segalanya! Terima Kasih GURUku ! Ku mendoakan kesejahteraan buat mu dunia dan akhirat.."
UPDATE - Ambik kesempatan nak buat ucapan Hari Guru buat semua insan yang pernah mendidik Monat , dan juga Ibu dan arwah Ayah yang menjadi GURU TERBAIK dalam hidup ini...
"Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar Guru , yang telah mendidik saya mengenal abjad "A" sampai "Z" , mengira nombor "1" hingga "infinity" , menerangkan simbol pelik " + - x = " , mengenalkan cantuman "H20 + Co2" , mendidik mengenai " PROSE FORM " , dan segalanya! Terima Kasih GURUku ! Ku mendoakan kesejahteraan buat mu dunia dan akhirat.."