#Review - Kenapa Dengan PS3 ?


Dah masuk minggu ketiga bercuti semester , ada 112 hari lagi cuti semester untuk dihabiskan sebelum meninggalkan Tawau dan rumah yang tercinta. Waktu kuliah nak sangat balik pegi rumah , rindu dengan keluarga , waktu dekat rumah nak pula balik pegi UPM. Perangai...perangai.. Minggu ketiga ni masih lagi tak dapat nak cari kerja part time , jadi kalau korang-korang di luar sana ada tau mana ada kerja part time , contact lah Monat disini.

Sepanjang cuti ni , takda nak buat aktiviti apapun , selain lepak dengan member-member dari sekolah dan online / blogging memanjang , duduk rumah diam2 layan movie lah hari-hari , selagi matahari tak terbit , selagi itulah mata ni rasanya macam berat ja nak tertutup.Ah sudah , mana review tentang PS3 nya ? *hehehe... Ok,ok.. ni nak masuk review lah ni, sebelum cuti semester hari tu , abang ada khabar yang dekat rumah dah ada PS3 , wow! mahsyuk! semangat la nak balik rumah , layan PS3 , tak pernah layan kan.. PSone dengan PS2 pun tak da kat umah , kitorang adik beradik layan PSP ja. Nak cerita pasal PS3 ni bukannya nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi pengalaman ja , kalau ada yang rasa Monat menunjuk-nunjuk , well sorry to say that , you can always CLICK the X red button in the right corner of your browser , thank you.. hehe.. ok sambung cerita.


Bila dah balik dekat sini , barulah dapat pegang dan tengok sendiri PS3 (abang aku punya daaa..bukan aku punya , aku tumpang sekaki jer enjoy...) sebijik depan mata , dan 1st impression tengok PS3 memang WOW!. Dah rasa dan tahu macam mana PS3 ni barulah boleh bagi keluar entri cerita pengalaman kan , kongsi-kongsi maklumat , manatau ada korang yang berminat nak rembat sebijik PS3 ni , bolehlah Monat syorkan sesuatu dekat korang , baca review ni dan ambil keputusan sendiri.Apapun , sememangnya PS3 ni bukannya murah , dan cd game dia pun boleh tahan mahal , dan selepas Monat selidik dan ushar harga PS3 dekat sini , samada game mahupun aksesori dia , memang jauh beza lah harga dekat tempat Monat dengan KL , apa lagi Low Yatt.

Ok , fahamlah kalau ada caj kos penghantaran , ala tapi kau nak tipu sampai cekik darah untung 200% peratus tu apesal , hah korang taulah kalau orang **** beniaga macam mana kan.Monat bagi contoh lah , Monat beli cd game PS3 region 3 untuk FIFA 11 dekat THE MINES,Selangor baru 200 , dekat sini mak OI! RM300++ dia caj , mak kau kos penghantaran sampai 100..jadi nasihat Monat , dari korang membazir beli game dekat sini , baik contact member-member yang ada dekat semenanjung tu untuk tolong belikan , jauh lagi gila murah!.

Masuk pasal PS3 pulak , apa yang menarik sangat tentang PS3 ni? Kalau Monat diminta Monat berikan pandangan , pertama sekali Monat akan cakap , KUALITI GRAFIK bagi PS3 memang jauh meninggalkan keturunan-keturunan Playstation yang terdahulu , iaitu PSOne atau PS2 (PSone dah boleh buang masuk tong sampah...) , kenapa? Ya sekarang ni kan zaman semuanya nak "HIGH DEFINITION" sampai dekat TV pun korang boleh tengok BULU LOBANG HIDUNG dengan terang , dan PS3 hanya boleh dimainkan pada TV HD , harap maklum dan sila check TV anda adalah NTSC atau PAL , kerana PS3 juga menggunakan dua kabel yang berbeza iaitu NTSC atau PAL.

Satu lagi pembaharuan dalam PS3 adalah WIRELESS , maksudnya korang tak da tengok wayar-wayar JOYSTICK korang yang memeningkan kepala ittewwww** "ew word?!!" , kerana korang dengan bangganya boleh menggunakan WIRELESS control dan berbaring sambil layan PS3.. , Joystick korang juga akan disertakan wayar sekali , WAYAR USB pulak tu. :) DUAL SHOCK PS3 Joystick memang mahsyuk. Interface bagi PS3 juga telah berubah dan menggunakan interface PSP. Maksud Monat PS3 juga menggunakan Menu XMB seperti PSP , dan juga menggunakan FIRMWARE (ada can nak hack la macam ni boleh main game pirate...)



Cakap mengenai game PS3 , setakat ni , memang takde la game PIRATE untuk PS3 , dan korang cuma boleh gunakan game original / cd original untuk memainkan game PS3 tersebut dan silalah maklum game PS3 takde yang murah macam PS2 , dan paling murah pun cd game PS3 berharga RM150. Manalah tahan asal nak main game baru keluar ratus-ratus kan? jadi kalau ada member-member yang layan PS3 jugak , pandai-pandailah tukar-tukar game. Sebenarnya PS3 ni dah boleh di hack dan maen game PIRATE bagi masuk terus dekat Harddisk PS3 tu , tapi memandangkan PS3 ini bukannya Monat punya (abang punya daaaaa...) Monat tumpang main saja , kalau Monat punya , memang dah hack terus , mana tahan nak beli game ratus-ratus , maen game pirate sudah!

Lagi satu , banyak juga kelebihan dekat PS3 ni , kalau Monat cerita ni , korang yang ada PS3 terus boleh bakar DVD / VCD player korang , sebab PS3 juga memang tersedia untuk memainkan CD / VCD player , Picture viewer dan juga korang boleh surf internet dengan menggunakan browser tersedia dalam PS3 , hebat tak ? hebat tak? ok sila bakar vcd / dvd player anda sekarang..hahaha! , hehee, sepandai-pandai jurutera pacik SONY taknak hacker-hacker hack gadget diorang , pandai lagi hacker-hacker buat counter untuk hack benda alah ni..

Pandangan peribadi Monat , jika korang ada duit lebih dan tak tau nak buang dekat mana , apa kata rembat PS3 sebijik dan rasa sendiri macam mana pengalaman dengan PS3 dan Monat berani cakap , korang takkan rasa rugi... rasanya nak share itu sahaja untuk kali ni , kalau ada lagi Monat rasa perlu untuk bagi tahu korang , Monat cerita lagi ok..lagipun ni Monat cuma nak cerita pengalaman , review Monat tentang PS3 , korang boleh ushar lebih dekat PakCik google... Again , I rest my case and leave you with question mark , Will be there any PS 4??? with hologram screen? who knows right! :)

#nasib baek abang aku rock suka dengan gadget-gadget macam ni - takperla dia dah jadi cikgu so boleh lah dapat gadget-gadget macam ni , aku ni cuma sebatang kara tumpang sekaki enjoy benda ni! heheheeheheh!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...