# A day in Indonesia | Oh! What a view.

Pos kawalan Tentera Nasional Indonesia.
Takut juga dengan sentimen "Ganyang Malaysia" perhhh!!
Sehari ke Indonesia , bukan ke Jakarta atau bandar besar Surabaya , mahupun Jogjakarta :) Hanya ke sungai Nyamuk , Nunukan. Jiran kepada perairan Tawau , Malaysia. Mungkin beginilah keadaannya di antara Johor , Malaysia  dan Singapura. Sebenarnya , trip kali ni bukannya dirancang pun , pergi kesini atas urusan kawan aku. Yang nak beli kapal Titanic , haha. ok aku tak tipu sebenarnya. Bot lebih kurang "tongkang". Mengikut kata pakcik tu , kawasan ini masih menerima duit Malaysia dan tidak semestinya kamu mesti ada duit Rupiah. Tak nak banyak cakapla , dekat bawah ni aku sertakan beberapa gambar yang aku sempat snap waktu dekat sana :).



Keadaan waktu pagi di "Batu" , jeti persinggahan untuk keluar masuk dari
daerah Tawau. Orang dekat sini macam kuat-kuat semuanya , angkat barang
selamba gila.

Sementara menunggu "speed boat" sampai , berpanas-panas sekejap
di tempat menunggu bot.

Kalau di daerah Tawau menggunakan teksi atau bas sebagai pengangkutan awam
di Sei Nyamuk , Indonesia pula terkenal dengan"OJEK" iaitu motor yang
digunakan sebagai pengankutan awam , memandangkan panjang JETI
atau jambatan ke pondok kawalan / bot jauh , sekali naik Rp.10,000 yang bersamaan
dengan RM4.00 :)

Speed boat bagi POLISI Indonesia , yang mengawal perairan disitu

Aku tak tahu ni motor jenis apa , rata-rata dekat sini motor dia agak ganjil bagi aku
walaupun berdekatan area Tawau , ada jugak motor yang aku tak pernah
tengok. haha. jakun gila aku!

Kawasan pekan di Sei.Nyamuk , pintu masuk selepas turun di Jeti :)

Inilah kapal Titanic yang aku dengan kawan aku datang sampai sini
nak beli perahu ni.

Tengok live macam mana diorang buat perahu , tepi pantai yang indah ,
Sei Nyamuk , Nunukan , Indonesia.

Perahu ini amat besar , boleh main boling dalam perahu ni

Ini bukan perahu penumpang sebenarnya , lebih kepada perahu muatan
untuk mengangkut kelapa sawit , koko dan juga barang-barang keperluan.


Maaflah aku tak cerita lebih banyak kali ni , sebab waktu aku siapkan entri ni , dah masuk bulan ramadhan , perasaan nak buat entri untuk ramadhan tu membuak-buak :) Esok keluarlah entri bulan ramadhan pulak kan :)

Hmmm : Tak kira Indonesia ka Malaysia , rasa-rasanya propaganda dekat Tv tu jer yang lebih-lebih , internet pula jadi keyboard warrior :) MALAYSIA DAN INDONESIA bersahabat selamanya :) Serumpun dan Nusantara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...