# Salam Ramadhan | Info Puasa | Jadual Imsak & Berbuka Zon Tawau 2011.


 Ramadhan yang mulia datang menemui kita lagi pada tahun ini. Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menyambut ramadhan , yah , entri ringkas kali ini aku kongsikan info mengenai Puasa dan juga jadual bagi Imsak & berbuka bagi zon Tawau , yelah , manatau ada yang terlupa niat puasa / sahur / berbuka , harap-harap entri sebegini dapatlah membantu kan. :) Sekaligus , dalam bulan ramadhan ni , memperbanyakkan amalan dengan perkara-perkara yang baik. Amin. Ushar lah info-info dekat bawah tu :

INFO PUASA :


Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya :  “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


 Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

 Perkara makruh ketika berpuasa
a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian



Perkara yang membatalkan puasa
a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad



Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)  Musafir 
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua



---------------------------------------

JADUAL IMSAK & WAKTU BERBUKA BAGI ZON TAWAU 2011



Klik jadual ini untuk gambar yang lebih jelas.
Hmmm : Puasa jangan tak puasa tau. :) Semoga ramadhan pada kali ini lebih bermakna dan kita akan dapat menjalaninya dengan lebih ketaqwaan :) Amin. Selamat Berpuasa semua.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...