# Tumbang di negara Singa, 5-3 bukan penamat untuk Harimau Malaya !


  Tarikh 23 Julai 2011 , merupakan tarikh yang suram buat peminat bola sepak tanah air , skuad kebangsaan Harimau Malaya tumpas di kandang singa , yang bertempat di Stadium Jalan Besar , Singapura. Selepas menyaksikan perlawanan diantara Singapura mlwn. Malaysia sempena pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brasil semalam , banyak kritikan dan tak kurang juga yang melontarkan rasa tidak puas hati kepada skuad kebangsaan. Ok stop ! Come on guys , Come on Malaysians , kalau bukan kita yang memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan kita , siapa lagi yang nak bagi sokongan pada skuad kebangsaan kita ? 

 Masa skuad Harimau Malaya menang , wah , bukan main lagi , masing-masing nak akui dialah peminat setia skuad Harimau Malaya , pompang sana sini , tapi bila dah kalah , mulalah "Ahh..memangla Malaysia , tak hebat" , "Malaysia main lambatlah..." , "Malaysia tak cukup 'power' " , "Malaysia boleh jalanlah..." , salahkan situ , salahkan sini , salahkan pemain tu , salahkan pemain ni. Kalau dilihat corak permainan skuad HM (Harimau Malaya) semalam , nyata memang tidak menunjukkan keserasian yang mantap untuk menundukkan skuad Singa di kandang sendiri. Tolonglah jangan cakap pasal Singapore menggunakan pemain import dan disebabkan padang karpet.Malu kita sebagai penyokong skuad HM.


   Import atau tidak , itu hak mereka , dan kalau ianya tidak adil  masakan ianya dibenarkan FIFA bukan ? masalahnya bukan dari pemain import atau tidak , jika skuad HM kita sudah cukup mantap , untuk menentang skuad mana pun kita tidak perlu khuatir. Jangan nak cakap pemain import. Come on guys , ini baru Singapura , macam mana dengan pemain Jepun ? Korea ? Australia ? , import atau tidak bukan menjadi satu masalah. Apa yang penting KITA , sebagai penyokong , terus menyokong dan memberikan semangat buat skuad kebangsaan kita.

  Skuad HM pada perlawanan semalam seakan-akan hilang rentak permainan , walaupun perlawanan agak sengit , benteng pertahanan dan penjaga gol kita nampaknya amat mudah ditembusi oleh skuad Singa. Kalaulah K.Rajagopal atau sedara mara dia baca entry ni , tolonglah , ini bukannya masanya untuk MENCARI keserasian pemain , kita sudah jumpa momentum di AFC Suzuki , teruskan sedemikian , Safee Sali dan Hadi memang gandingan yang mantap di bahagian penyerang , benteng pertahanan pula , pada sayap kiri dan kanan lebih serasi bersama Khairul Fahmi , berbanding Sharbinee. Sekiranya Aidil sudah pulih , layaknya Sharbinee diberikan tugas menggalas menjaga gawang Harimau.

Orang luar pun Support Skuad HM kita , kita pulak ?
  28hb di Bukit Jalil nanti , ketiadaan Safiq Rahim merupakan satu kehilangan besar buat Skuad HM , diharapkan K.Rajagopal dapat membuat percaturan yang bijak dalam membentuk skuad negara untuk menjinakkan Singa di kandang Harimau nanti. Pendapat peribadi aku , aku betul-betul kecewa dengan permainan Sharbinee dan Muslim yang teruk pada perlawanan semalam. 5 gol bolos dengan mudah. Ada masa 5 hari lagi untuk menguatkan jentera HM menentang Singa di Bukit Jalil nanti. Ayuh rakyat Malaysia , pada yang dapat datang tu , banjirilah kandang HM dengan Ngauman Kuning , biar mereka lihat macam mana permainan HM di padang tulen dengan 100% anak tempatan. KERANAMU HATIKU MALAYSIA.Tumbang di negara Singa, 5-3 bukan penamat untuk Harimau Malaya !

Hmmm : Dekat Bukit Jalil nanti , tunjukkanlah permainan yang terbaik , dan sekiranya tidak berjaya juga , kita sebagai penyokong terima dengan mentaliti kesukanan dan teruskan berdoa untuk kejayaan Skuad kita. Tunjuk sikit dengan negara jiran tu , macam mana Harimau Malaya boleh jadi juara AFC Suzuki 2010.


Credit Gambar : HARIMAU MALAYA @ FACEBOOK

Highlight perlawanan Singapura mlwn. Malaysia / 23hb Julai 2011 :




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...