# Lagi OPS - KUIH MILO. Perutusan Salam Aidilfitri.

 InsyaAllah , dalam 2 hari saja lagi umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan , selepas tu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri , adei , kalau tengok entri "title" di atas tu , klllasss gitttewwww , macam perutusan mau buat pengumuman Hari Raya ja. Macam tahun yang sebelum ni , macam biasa , tiap tahun mesti ada kuih rasmi untuk Hari Raya , iaitu Kuih Milo. Kenapa namanya Kuih Milo? Sebab ianya diperbuat  daripada Milo. Wow! 

 Ini merupakan kuih rasmi bagi keturunan Hj.Said ni , nda sah kalau ndada ni kuih , hahaha. Sedap? Kalau nda sedap ndala tiap-tiap tahun dibuat kan , resepi rasmi untuk buat kuih Milo ini datang daripada Nenek aku sebenarnya , diperturunkan kepada anak-anaknya (mak aku lah tu..). Bahan yang perlu ada untuk mengadun kuih Milo ni , adalah , (Kelapa Parut [digoreng] , Susu lemak manis , Milo) ,  mudah kan ? 



     Mengenai macam mana cara mau adun tu , aku takla tau sangat sebab aku selalu terlibat waktu letak kuih ni dalam kertas-kertas dia ja , lepas da panaskan dalam oven , kalau nda diselamatkan , akan habislah kuih Milo yang tidak berdosa itu. Dekat bawah ni , aku kongsikan gambar rupa kuih Milo tersebut , jangan tengok waktu Puasa , nanti nda tahan iman kamu. hehe.




Hmmm : Salam Aidilfitri semua pembaca blog setia Monat :) , Berapa banyak tong kuih raya sudah kamu buat ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...