# Tabir 10 Malam Terakhir Ramadhan.

By : Liviazo.
Sedar tak sedar kita dah pun mendekati penghujung Ramadhan , 30 hari berpuasa , hanya tinggal 10 hari sahaja lagi kita akan bersama-sama Ramadhan sebelum ia meninggalkan kita. Entah bertemu lagi atau tidak dengan Ramadhan yang akan datang. Pergunakanlah Ramadhan kita dengan sebaiknya , dan kini , kita telah memasuki fasa yang paling penting dalam bulan Ramadhan , iaitu 10 malam terakhir dimana di dalamnya terdapat satu malam yang menyamai dengan seribu bulan. 

Dalam kita sibuk-sibuk mengejar / menyiapkan persiapan menyambut Lebaran , jangan lupa dengan kewajipan kita untuk menunaikan zakat , untuk kawasan Tawau , zakat RM7.00 sekepala. :) Kebelakangan ni aku pun sibuk dengan artwork yang perlu disiapkan , mana aku fikir nak pasang tema Raya untuk blog yang tak seberapa ini , tapi , aku tak suka meletakkan entri tanpa berkongsi sesuatu , jadi aku kongsikan untuk korang , koleksi lagu raya yang korang boleh download , aku supply link pada korang ok.

Sebelum download tu , cuba kita hayati bila kita nak tahu  10 malam terakhir Ramadhan (Lailatul Qadr) ni :

"MENGENALI WAKTU MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan dari Nabi Saw bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)

Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi saw menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169)

by : fiqh-sunnah.blogspot.com "

Dah baca? Ok. Meh sini , Download koleksi lagu Raya , pasang dekat rumah , biar rasa sikit semangat nak sambut Raya tahun ni.

Koleksi Lagu Raya : Download sini.

Hmmm : Macam mana dengan persiapan Raya korang? mesti dah sibuk ni kan? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...