# Baucer Buku RM200 untuk Mahasiswa / Matrikulasi / Tingkatan Enam

Dah diumumkan dalam Belanjawan 2012 kan? Baucer ini akan diterima oleh semua penuntut IPT , Matrikulasi dan Tingkatan Enam , best kan? best kan? haa , dan untuk pengetahuan lanjut , baucer ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai ok. Apapun , aku turut bergembira kerana Perdana Menteri kita turut meringankan beban mahasiswa dengan pemberian baucer buku sebanyak RM200 setiap orang ni , lepas ni dah tak ada alasan nak pakai buku photostat la kali? haha. Syukur alhamdulillah. love you PM!

Mengenai bila pemberian ini akan diterima oleh semua pelajar , masih belum ada detail lagi bagaimana pengagihan ini akan dijalankan. Apapun , we'll hear an update from time to time. :)

UPDATE : 4 Januari 2012


UNTUK SISWA / SISWI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Baucer Buku 1 Malaysia boleh dituntut mulai 4 Januari 2012 (Rabu) oleh semua pelajar warganegara Malaysia. Pengambilan baucer mesti dibuat oleh pelajar sendiri (tidak boleh diwakilkan) dengan mengemukakan kad matrik dan kad pengenalan dikaunter-kaunter edaran seperti dibawah :

a) Mulai Rabu, 4 Januari 2012 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di :
- Kaunter Khidmat Pelanggan, Pejabat Bendahari III
- Grand Season (Pelajar Perubatan)
b) Mulai Khamis, 5 Januari 2012 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di
- Zon Kewangan B, C, D, E & F
- Seksyen Kewangan F. Kejuruteraan
- Seksyen Kewangan F. Ekonomi & Pengurusan
- Seksyen Kewangan F. Sains & Teknologi Makanan
- Seksyen Kewangan F. Sains
- Seksyen Kewangan F. Bioteknologi & Sains Biomolekul
- Seksyen Kewangan F. Sains Komputer & Teknologi Maklumat
- Seksyen Kewangan F. Veterinar
- Seksyen Kewangan Kolej Kediaman
- Seksyen Kewangan GSM
- Seksyen Kewangan IBS

Baucer Buku 1 Malaysia adalah sah sehingga 31 Mac 2012. Pelajar-pelajar diminta untuk mengambil baucer tersebut dilokasi Zon Kewangan/Seksyen Kewangan berhampiran.

Bendahari
Universiti Putra Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...