# Hari malang sedunia. Terima kasih.

     Apa hari ini , memang hari malang sedunia ke apa? Asyik malang nasib diriku ini , apa kena mandi bunga 7 jenis ke untuk buang sial ni ? . Sabar ... sabar ... sabar ... mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku ni. Apa ada hal , be happy and do not be too stress of thing which had happened. Secara total nya , hari malang sedunia menimpa diriku walaupun sepengetahuan aku , hari malang sedunia adalah pada 13th April setiap tahun kan ? betul tak ni ? apa yang malang sangat tentang hari semalam ?

1. Micro SD untuk BbCurve secara tiba-tiba tidak berfungsi.
*gagal untuk diformat walau menggunakan memory card reader. Terima kasih. Tanda pertama , malang akan menyerang lagi. Ni semua sebab PC petugas meja kaunter cyberlab lah ni affect aku nyer memory dengan TrojanHorse backdoor shitty apa ntah.. haesh.Terima Kasih.

2. External HDD jatuh terhempas.
*bukan itu sahaja , siap tersimbah air , baguskan? inilah akibatnya bila terlalu banyak benda mau dipegang , betul lah kata pepatah , yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
*apa yang menarik sekali , semua file back-up , software langit ke-7 , movie tahap box office , semua ada di dalam tu dan gagal diselamatkan. Terima Kasih.

3. Bila aku meng"google" aku terjumpa tarikh ni.


* ntahlah , ni kira malang atau tak. kira malang jugakla aku , sebab bila dah teringat tetiba jumpa tarikh ni , memang terus ganggu mood aku. kenapa tarikh ni ? aish , jangan jadi penyibuk disini.

4. Nak pegi kelas , lecturer tak datang buat 2 minggu.
* Dengan penuh debaran , pegi kelas lewat , mesti kena sound lecturer , sekali sampai kelas , tengok classmate masih berdiri di luar kelas , ai? rupanya lecturer takda lagi... best kan? (ni bukan kira malang la , sebab semua student pun suka kan?!) erk , malang sebab nanti kena ada kelas ganti lah ni! damn!

lepas ni jumpa bomoh la , minta mandi air bunga 7 jenis dari setiap puncak gunung. :)

In conclusion , today I'm living my life so deeply =

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...