Menyaksikan perlawanan di kubu pertahanan Harimau Malaya semalam , Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan satu kenangan yang akan menjadi ingatan selamanya buat aku dan rakan-rakan lain , (Akram , Farhan & Hamzi). Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 , pusingan ke dua , Malaysia menentang Bahrain mengharapkan kemenangan selepas 2 kali tewas sebelum ini , (Jepun 1 - 0 Malaysia) , (Syria 2 - 0 Malaysia) , dan perlawanan semalam berakhir dengan keputusan (Malaysia 2 - 3 Bahrain).
Usah kita mencari dimana silapnya pemain atau menuding jari dan mengutuk mengeji pasukan kita sendiri , mereka telah pun berusaha untuk mengenggam kemenangan malam semalam. Serius aku katakan , ya , memang satu negara terkejut dengan keputusan kalah 3-2 di tempat sendiri , mana tidaknya kita telah mendahului dan menguasai perlawanan dengan jaringan 2-0. Babak kedua perlawanan nyata menunjukkan corak permainan skuad HM yang ternyata berubah (mungkin disebabkan kehilangan pemain tengah ? Nazmi Faiz? )
Bahrain bermain dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah oleh Pengadil perlawanan. Mungkin pemain kita terleka dengan menguasai 2 gol di hadapan Bahrain , manakala Bahrain pula terus berusaha mengejar skuad kita dan hasilnya , 3 gol bolos dalam masa 6 minit , berbaki 10 minit perlawanan. Memang satu kejutan yang mendiamkan kita satu negara. Siapa yang harus dipersalahkan ? Pemain ? Ong Kim Swee dengan percaturannya ? Jawapannya , tiada , terima kekalahan ini sebagai satu pengajan untuk kita beraksi di pentas Asia.
Mungkin di Asia Tenggara kita gah dengan menumpaskan lawan yang lain , tetapi untuk beraksi di kejohanan seperti ini , pada pandangan aku , masih banyak yang perlu kita perbaiki untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi , dan kita sebagai penyokong skuad Harimau Malaya , janganlah berputus asa. Jangan sekali kita bersikap 'lalang' terhadap skuad HM kita. Daripada sokongan dan doa yang padu penyokong kepada skuad / pemain , lahirnya semangat kemenangan untuk negara.
Ong Kim Swee selepas perlawanan semalam , mengeluarkan kenyataan :
"Inilah harga yang harus dibayar..." - Ong Kim Swee
Bila kita dengar kenyataan Ong Kim Swee ini , fahamlah kita bahawa inilah harga yang harus dibayar , selepas kita menurunkan 100% kekuatan Skuad Muda kita untuk mempertahankan medal emas di kejohanan Sukan Sea , Jakarta yang lalu. Sebenarnya , skuad kita sudah mencapai satu tahap yang memberangsangkan dan bertambah baik semenjak 2007 lagi. Kita semakin baik dalam bola sepak dan aku boleh katakan "Bola Sepak kita tidak bodoh lagi..."
Persoalan besar disini selepas kekalahan semalam yang sepatutnya menjadi pintu pembuka untuk skuad kita menyinarkan harapan untuk beraksi di Olimpik 2012 London , nampaknya semakin sempit dan mendesak skuad negara kita. Adakah kita telah tersingkir daripada Olimpik 2012 ? Sekarang kita berkedudukan akhir di dalam kumpulan dengan mata 0 , tewas ketiga-tiga perlawanan. Sekiranya skuad Muda kita mampu bangkit dan memenangi 3 perlawanan timbal balas selepas ini , berkemungkinan kita masih lagi layak ke Olimpik 2012 London , pernyataan "Selamat Tinggal Olimpik 2012" masih lagi belum layak diungkapkan bagi aku.
Aku masih percaya kebangkitan selepas kekalahan. Pada bulan februari tahun depan , 22 Feb 2012 , Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi akan menyaksikan skuad HM berdepan pasukan matahari terbit , Jepun , mendengar perlawanan ini ibarat mustahil untuk menang , siapa kata ? (Barcalona semalam tewas dengan Getafe) , apa-apa boleh jadi , bola itu bulat , apa yang penting , kita sebagai penyokong , berikan semangat yang jitu. Jangan jadi lalang dan jangan serik datang Stadium , daripada habiskan nafas meniup vuvuzela , baik lontarkan suara beri semangat kepada pemain. Salam Malaya untuk semua. Akhir kata , Kosmo! sampah , bila menang bersorak , bila jatuh mengeji , boleh berambus !
p/s : Kau dan aku bersaudara , Selamanya Harimau Malaya.