# Review - Sony NWZ-E463 Portable Audio

Sony E463 + Beats = Perfect Match
Salam semua pembaca setia blog monat.com , kali ni nak buat entri review gadget pulak. Cer tengok gambar dekat atas tu ? Yang comel-comel kaler merah dekat atas tu adalah Walkman terbaru keluaran Sony daripada keluarga E Series , iaitu E463 (4GB). Baru-baru ini aku baru bertandang ke Sony Centre di MidValley , untuk mendapatkan satu set E463 yang baru memandangkan Walkman (bukan walkman pun sebenarnya , Sony G705) phone ni merupakan phone spare untuk dengar lagu sahaja. 

Jadi kualiti untuk dengar lagu menggunakan phone memanglah kualiti dia tak sama , alhamdulillah , dengan  sedikit rezeki dari freelance monat.com , dapat juga rembat sebiji portable audio keluaran terbaru Sony ni. Earphone dah  Beats Tour ( sini... ) , tapi tak capai tahap nirvana lagi bila dengar lagu sebab portable yang aku gunakan selama ini bukanlah khas untuk tujuan itu , jadi dapatkan juga sebiji E463. Apa yang best dengan benda ni ? Baca sampai habis.. Review tentang gajet ni.



Bagi anda yang sentiasa ingin mendengar muzik dalam perjalanan  ke kelas / kuliah , tunggu bas , jogging atau tengah duduk tunggu awek , Sony E463 adalah satu gajet yang menarik untuk berada di tangan anda. Keluaran terbaru Sony untuk memberi satu taraf baru kepada pasaran portable MP3 yang semakin malap dengan memperkenalkan NWZ-E463, 4GB kapasiti yang berharga  £70 euro (RM299).
 
Gajet terbaru ini juga bukan sesuatu yang boleh dikatakan murah daripada keluaran Sony, dengan kritikan harga nya yang agak mahal , Sony cuba menarik perhatian dengan memperkenalkan portable yang berwarna warni dengan pelbagai kemasan berwarna-warni.Kemasan ini dilapisi dengan lapisan plastik telus, memberikan kesan yang elegan terhadap reka bentuk portable NWZ-E463. Navigator depan dan butang play juga disaluti dengan warna asas yang sama dilihat di dalam badan utama.

 
NWZ-E463 adalah portable yang menarik untuk dimiliki - ( lebih baik daripada Cowon J3 sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih funky dan menarik.) . Jujur pada pandangan aku , lapisan portable ini diperbuat daripada High-Class plastic , namun begitu , ianya masih mudah untuk tercalar sekiranya anda tidak menggunakan protecting case. Jika iany dibuat daripada logam yang sebenar, NWZ-E463 akan mempunyai kualiti Classic iPod atau iPod Touch.

Dengan harga RM299 , bagi aku ianya sesuatu yang berbaloi dan menetapi cita rasa anda yang inginkan kualiti muzik yang terbaik untuk mendengar lagu anda. Pada waktu tu , kebetulan ada promosi bagi E463 ni , akan dapat free gift apabila korang mendapatkan satu set E463 , apa yang akan korang dapat ? Korang akan dapat , 1 Protective Silicon Case , 1 Screen Protector Case , 1 rechargeable USB for E463 dan 1 Sony Music free CD. Untuk RM299 dan anda akan dapat semua benda ini , memang lebih jauh murah berbanding jika korang beli berasingan , yang jumlah keseluruhan bagi free + gift tersebut adalah RM159. Tapi waktu beli portable ni , kedai tu kehabisan stok untuk Rechargeable USB , so kena order baru dan diorang akan hantarkan.


Best kan ? Ok tambahan lagi , sekiranya anda menambah RM20 anda akan mendapat sebuah Arm Band untuk Sony E463 bagi anda yang lasak dan rasa nak bawa walkman pegi jogging , tak ada masalah , Arm - Band yang washable ini adalah khas untuk anda , pun aku dapatkan juga , sebab boleh digunakan untuk diletakkan di bahagian pinggang mahupun gantung di beg anda. Memang menarik!

Ok , apa yang menjadi kekuatan bagi portable ini adalah longlasting bateri portable ini iaitu mampu bertahan selama 50 jam tanpa mematikan portable anda. Jadi bagi anda yang memang tahap nirvana bila mendengar muzik , portable ini merupakan pilihan no.1 anda. 


Selesai mengenai itu , jom kita lihat spesifikasi portable ini pula :



Best tak best ? Bagi aku , memang best. Dekat bawah ni , aku berikan gambar-gambar Lady Red aku , dan apa yang paling penting , Beats Tour + E463 , merupakan satu perfect match yang menarik sekali. Bedesum telinga mendengarkan bunyi bass daripada kedua gajet ini.





Portable ini juga datang dengan pelbagai warna yang menarik macam dalam gambar dekat bawah ni , tapi aku pilih merah untuk matchkan dengan Mr.Beats Tour , dia dah kawin dengan Lady Red E463 , hehehe.

Amacam ? Menarik ? Bagi korang yang meminati portable ringkas , funky , cheery dan mudah , E463 adalah pilihan anda dan mempunyai kelas yang tersendiri. Adios. Jumpa lagi.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...