# Tiada Jalan Pintas untuk Berjaya.

    Setiap insan dalam kehidupan dia mesti nak berjaya , hidup senang dunia dan akhirat. Bercerita tentang hal ini , semestinya kita semua pernah mengalami susah payah untuk berjaya dalam kehidupan. Tak kiralah berjaya dalam pelajaran , rumah tangga , atau kehidupan. Dalam apa yang kita lakukan seharian , kerja , atau pelajaran,  kita mahukan yang terbaik dan kita mahukan ianya berjaya. 

   Bergantung pada diri masing-masing , ada yang suka mengambil jalan pintas / mudah untuk berjaya , ada yang bersusah-payah untuk mencapai kejayaan. Bagi aku , tidak ada jalan pintas / mudah untuk berjaya , apa lagi untuk mengecapi kesenangan hidup.Betul kata pepatah "berakit-rakit dahulu , berenang-renang kemudian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian." , sebelum mengecapi kejayaan , kita kadang-kadang terpaksa jatuh dahulu , dan bangun semula dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan.


 Untuk berjaya dalam kehidupan , dalam apa bidang sekalipun , sebenarnya , yang paling penting adalah diri kita sendiri , daripada apa yang kita usahakan untuk mencapai matlamat atau target yang kita tetapkan , tanpa usaha , memang jauh lah daripada perkataan BERJAYA tu.Tanpa usaha , kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Secara ringkasnya untuk berjaya dalam hidup , aku berpegang dengan prinsip ni, disamping mendekatkan diri denganNya :

1. Restu dari ibu
Dalam apa bidang sekalipun , restu daripada ibu dan ayah yang paling penting , berkat kita nak buat sesuatu pekerjaan tu , bila dah dapat restu daripada ibu dan ayah lah sebenarnya pintu yang membuka kepada langkah kita untuk berjaya dalam sesuatu perkara.
 
2. Bekerja keras
Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan / berusaha . Berusahalah bersungguh-sungguh kerana itu yang kita inginkan. Biasanya , bila kita inginkan sesuatu kita akan berusaha tahap gila gaban untuk mencapai apa yang kita hajati , begitu juga aku. Untuk mencapai apa yang aku inginkan , bila aku dah mulakan sesuatu kerja , " works important , anything else is rubbish. " 

3. Jangan endahkan orang lain yang berhasad dengki
Kadang - kadang , bila kita berusaha dalam kerja yang kita lakukan , tak semua yang akan menyokong kita , ada sahaja suara-suara sumbang yang mengkritik itu dan ini untuk menjatuhkan kita , bukannya mengkritik kita untuk membina.. tetapi lebih kepada menjatuhkan kita. Tapi apa yang perlu kita kisahkan , kita lebih megenali kemampuan diri kita , bila kita yakin apa yang kita lakukan itu betul dan kita mampu , terus berusaha dan pedulikan keadaan sekeliling yang berhasad dengki !

4. Fokus dan jujur dalam apa yang dilakukan.
Dalam point ni aku lebih suka bercakap tentang kerja , Bila kita menerima kepercayaan seseorang dalam melakukan apa yang kita diamanahkan , pastikan kita lakukan kerja kita dengan sebaik mungkin dan jujurlah dalam kerja yang kita lakukan ,mungkin kadangkala kita terpaksa menerimanya dengan keterpaksaan , tetapi , "make it fun" dan cuba terima dengan sebaik mungkin dan jangan lupa , JUJUR. (aku boleh katakan , pengalaman lampau mengajar aku banyak erti tentang point ni.)


= Berjaya.



Tapi apa yang kita lihat hari ini ? rata-ratanya orang kita sebenarnya lebih suka mengambil jalan pintas untuk berjaya , nak senang , cari jalan mudah , bukan maksud aku disini , untuk berjaya , kita mesti susah dahulu , tetapi realiti kehidupan , untuk mencapai kejayaan ianya sukar , selalunya , kegagalan akan datang menemui kita terlebih dahulu sebelum kejayaan datang bertandang.

Nak senang , kenalah berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kesenangan , tiada jalan mudah untuk hidup senang , aku amat tidak percaya dengan apa-apa skim , plan , rancangan , perniagaan yang selalu sangat kita tengok dengan berleluasanya , Skim cepat kaya , dalam sebulan dapat puluh-puluh ribu , MLM , Internet Marketing , bla..bla..bla.. tapi sebenarnya adalah scam. Ini pun usaha juga , usaha menipu orang lain , tapi apalah gunanya ? kejayaan yang dikecapi dengan cara yang tidak berkat pasti tidak akan berkekalan.



bersambung... -  PART I

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...