Bagi korang yang ada baca surat khabar baru-baru ini , mesti ada terpampang mengenai berita seorang ayah yang mencari anak nya yang telah hilang , belajar di luar negara. Sejak dari tahun 2009 , anaknya gagal dihubungi dan apa yang lebih malang , pelajar tajaan Petronas yang mengambil jurusan medik di Dublin ini , tidak menghabiskan pelajarannya , dan ayahnya pula yang terpaksa menanggung beban hutang tajaan pembiayaan pembelajarannya , kerana ayahnya merupakan penjamin bagi Ariff Alfian ni.
Bukan niat aku untuk mengeji mahu pun menghina golongan sebegini , tapi apa kah perasaan mak dan ayah si Ariff Alfian , aku bersimpati dengan keluarga nya , bagi kita , jangan terus menuding jari begitu sahaja , mungkin terlalu lama di negara orang , membuatkan si Ariff Alfian ini lupa terus akan asal usulnya dan terlalu terpengaruh dan terjerat dengan budaya barat yang memang kita ketahui tersongsang sana sini.
Apapun alasannya , berkahwin dengan kaum sejenis tidak dapat diterima , dan nyatanya hukumnya HARAM , apatah lagi kita di Malaysia , memang terkenal dengan adat dan budaya yang memang sedari kecil dididik sedemikian. Kalau ada sesiapa yang kenal degan Ariff Alfian ni , bantulah dia , tunjukkan jalan yang betul. Bagi golongan-golongan ini , tolonglah jangan cakap "Memang dilahirkan untuk menjadi GAY/PONDAN .." tolonglah! , benda tu korang boleh fikir sendiri baik dan buruknya kan.
Moga si Ariff Alfian ni mendapat hidayah , nauzubillahminzalik.
Sumber gambar : Rotikaya.com