Semalam , aku berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil , kerana terlibat dengan Program bersama Rumah Anak Yatim Taman Baiduri , di SMK Dengkil , anjuran Kursus Bola Baling , UPM yang aku sertai. Macam gambar yang korang dapat tengok dekat atas , Program ni adalah program sehari bersama adik-adik dari rumah anak yatim Taman Baiduri , Dengkil.
Aku sebenarnya agak teruja untuk pergi ke sini , bukan berniat untuk tunjuk baik , tapi , program khidmat masyarakat sebegini , sebenarnya yang perlu dibanyakkan oleh IPTA / IPTS , berbanding program-program lain (pada pendapat aku lah..) , di samping tu , aku rasa aku mungkin memahami perasaan adik-adik yang bergelar anak yatim piatu ni , memandangkan aku juga anak yatim ( al-fatihah untuk ayah yang disayangi..).
"Abang,..abang ni Zizan eh?" hahaha. aku cuma tergelak.. |
Aku rasa , aku macam rapat dengan diorang , walaupun tak jumpa lagi , aku cuba ceriakan diorang sebanyak yang aku mampu dengan buat 'havoc' masa program tu , untuk kawan-kawan lain yang turut serta , maaf lah kalau aku terlebih aktif semalam , tapi tak salah kan kita usaha untuk buat adik-adik semua tu gembira , walau cuma sehari. dan untuk adik-adik dalam kumpulan aku (nama kumpulan kitorang Crows Zero , sebab dia minat Genji & Serizawa lah! hehe..) , korang memang best!. Rata-rata mereka ni adalah daripada darjah 4,5,6 dan agak aktif disitu yah!.
Walau pada mulanya , adik-adik ni macam malu-malu dan segan nak jumpa kakak / abang diorang ni , tapi akhirnya dah happy siap menang bawak balik hamper lagi tau. :) Aku sebenarnya seronok tengok diorang gembira. Telematch paling best sekali bagi aku bila main futsal antara kumpulan lawan adik-adik ni. Ada yang hebat macam David Villa (dia minat D.V) , ada juga yang macam adik kembar Aidil Zafuan / Zaquan. Aku siap kena Oleyy!! oleh adik Villa ni! haha.
Tak perlu aku ceritakan sedetail mungkin , cuma , aku kongsikan sedikit pengalaman aku secara bertulis mengenai apa yang aku rasakan. Aku rasa satu kepuasan , kegembiraan , jauh disudut hati aku , aku PUAS! bila tengok adik-adik ni gembira dan tersenyum. Waktu nak balik tu , siap salam cium tangan lagi , adik-adik semua jangan sedih-sedih , ada masa nanti kita jumpa lagi , belajar rajin-rajin :). Korang tengoklah sedikit gambar yang aku upload dekat bawah ni. :)
p/s : Nak pegi lagi boleh ? Terima kasih bagi sesiapa yang turut menyumbang hari tu untuk pungutan derma untuk adik-adik kita ni. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik kalian :) Amin.