# Halatuju selepas SPM - Tingkatan 6 / Matrikulasi / Diploma ?


Entri kali ini , aku tujukan khas untuk adik-adik yang dah menjawab soalan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) , sebelum tu , nak ucap Tahniah kerana telah menghabiskan zaman persekolahan anda dengan menjawab soalan SPM. Amacam ? Aku doakan adik-adik kita di luar tu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM lah ya. Amin.

Mengenai entri kali ini , aku banyak mendapat pertanyaan daripada adik-adik ( junior la senang cerita.. ) , mengenai hala tuju selepas SPM , rata-ratanya , masih tidak mengetahui akan hala tuju mereka , samada meneruskan pembelajaran di peringkat Diploma ? Matrikulasi ? ataupun Tingkatan 6 ? , justeru , dalam entri kali ini , aku compile kan kesemua soalan tersebut dan jadikan entri untuk menjawab semua pertanyaan adik-adik kita ni.

Untuk memudahkan  adik-adik kita yang masih kabur lagi tentang bagaimana keadaannya di Tingkatan 6 / Diploma / Matrikulasi , harapnya info dalam entri ini akan dapat membantu anda. Sit tight , we're going to have a long issue here :) ,

Kita mulakan dengan :

TINGKATAN 6 
Selalunya , menyambung pelajaran ke tingkatan 6 adalah 'last-choice' bagi pelajar-pelajar , lepasan SPM. Mengapa ? Salah satu sebabnya adalah kerana , bila masuk ke tingkatan 6 , anda akan kembali ke sekolah (saya juga lepasan Tingkatan 6 sebelum masuk ke UPM ) , disebabkan inilah , ramai adik-adik yang telah habis SPM , rasanya , jelak untuk kembali ke sekolah , kena bangun awal pagi , seterika baju sekolah , cuci kasut sekolah , pakai baju uniform sekolah. Bila lepas SPM , adik-adik rasa ingin beralih ke persekitaran yang baru.

Ramai pelajar-pelajar yang ingin keluar dari kongkongan ibu bapa (rasa macam dah bebaslah konon.. ) , jadi Tingkatan 6 bukanlah popular choice dalam kalangan pelajar lepasan SPM , ditambah lagi , "STPM... , kawan-kawan semua dah sambung Matrik / Dip.. tapi aku masih STPM.. :( " , ok berhenti dekat situ , jom kita lihat , jangka pembelajaran Tingkatan 6 :

Jangka waktu : 1 tahun setengah

 Belajar di tingkatan 6 , cara pembelajaran nya , meskipun masih di tahap sekolah kerajaan dengan guru-guru terlatih , tetapi nyata berbeza dengan pembelajaran di Tingkatan 5 , Tingkatan 6 adalah penyediaan kepada Pra-Universiti (bukan perayu...). Bila adik-adik tamat persekolahan di tingkatan 6,adik-adik akan mendapat Sijil STPM. Sekarang ini , sijil STPM juga boleh digunakan untuk memohon belajar di luar negara , dengan keputusan yang cemerlang , juga digunakan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selain itu , Sijil STPM juga boleh digunakan untuk memasuki pasaran kerjaya , terutamanya di dalam kerjaya di badan Kerajaan yang mengambil lepasan STPM. 

Tetapi , STPM / Tingkatan 6 tidak menyediakan graduan / lepasan pelajar dengan kemahiran untuk memasuki bidang kerjaya , hanya teori dan berbekalkan ilmu , jadi disini tingkat gaji bagi STPM dan Diploma itu nyata berbeza. Selepas mendapat sijil STPM , adik-adik boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda , bergantung kepada minat adik-adik. Lepasan STPM juga setaraf dengan lepasan Matrikulasi.

DIPLOMA


Diploma bertujuan untuk menyediakan para graduan untuk tenaga kerja separa professional , seperti Penolong Pengurus , Penolong Pegawai Pertanian , Penolong Jurutera dan sebagainya. Pembelajaran di Diploma nyata lebih berbeza dengan di sekolah , kerana di alam Diploma , adik-adik akan mengalami satu fasa baru iaitu fasa / alam Universiti yang jauh lebih mencabar daripada zaman persekolahan.

Pembelajarannya juga berbeza dan tempoh pengajian Diploma adalah lebih lama , kerana Diploma lebih kearah penyediaan graduan kepada tenaga kerja separa professional seperti yang aku nyatakan di atas tadi. Bergantung kepada kursus yang adik-adik ambil dalam pengajian Diploma nanti , iaitu 3 tahun ,berbanding STPM 1 tahun setengah. Namun , begitu , adik-adik juga berpeluang ditawarkan untuk lompat ke semester dua IJAZAH Sarjana Muda / Degree sekiranya adik-adik mengekalkan 'pointer' / keputusan yang cemerlang semasa pengajian di Diploma , jadi adik-adik dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan segulung Ijazah / Degree.

#Update - bagi graduan Diploma yang menyambung Degree , juga diberikan kemudahan "transfer-credit-hour" kan ? Pun satu kelebihan bagi mereka yang telah mengambil Diploma / Matrikulasi bila berada di peringkat Ijazah nanti.

Jangka waktu : 3 tahun

MATRIKULASI

Bagi Matrikulasi pula / Matrik , ianya lebih kepada penyediaan pelajar yang cemerlang dalam SPM untuk memasuki program pengajian tertentu dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda , disebabkan itu terdapatnya ,  Matrikulasi Sains Hayat untuk mereka yang bercita-cita mengikuti pengajian perubatan, farmasi, pergigiran. Matrikulasi Sains Fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seperti Kejuruteraan. Sekarang ini , ada pula Matrikulasi Sains Perakaunan , ada juga beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai Matrikulasi tersendiri untuk tujuan tertentu.Melalui Matrik , adik-adik dah dapat tetapkan haluan pengajian adik-adik , hanya perlu ikut guideline yang telah tersedia sebaik adik-adik melangkah keluar daripada Matrik dan ke peringkat Ijazah.

Namun dalam zaman serba bijak sekarang , Matrikulasi bukan lagi tiket untuk jaminan masuk ke Ijazah seperti zaman dahulu. Hal ini kerana , mereka terpaksa bersaing dengan lepasan STPM dan juga Diploma (vice versa). Berbeza dengan Diploma dan STPM , Sijil Matrikulasi tidak diterima dalam pasaran kerja dan mahu atau tidak , anda perlu cemerlang dalam Matrikulasi anda. Disebabkan Matrikulasi hanya mempersiapkan graduan untuk memasuki program Ijazah , pembelajarannya sama seperti di sekolah dan berbeza daripada Diploma.

Sekiranya adik-adik tidak perform dengan keputusan cemerlang di Matrikulasi , adik-adik tidak boleh menyambung ke Ijazah (sama juga di STPM atau Diploma , tetapi sijil STPM / Diploma boleh digunakan dalam pasaran kerja.). Jangan takut , InsyaAllah , Matrikulasi juga membawa adik-adik ke peringkat Ijazah (ramai kawan-kawan daripada Matrik :) )

Jangka waktu : 1 tahun / 2 tahun


KESIMPULANNYA

Setiap satu daripada yang aku nyatakan diatas ada pro dan kontranya , pilihlah yang terbaik bagi diri anda , sekiranya masih lagi tidak dapat mendapat jawapan yang memuaskan hati , cubalah bermunajat dengan solat istikharah pula. Jangan dikira sangat setiap masa dan sen yang diluangkan untuk berjaya dalam kehidupan. Untuk berjaya , kadangkala kita terpaksa bersusah dahulu sebelum dapat menikmati kemanisan kejayaan.

Aku setuju, ketakutan terhadap Tingkatan Enam sebenarnya tidak patut wujud, Tingkatan 6 tidak kemana-mana , tingkatan 6 tidak ada pasaran , Itu hanya momokan daripada orang yang tidak berjaya sahaja.Jika kita benar-benar mempunyai kemahuan dan kesungguhan , insyaAllah kita boleh. Oleh itu, bertanyalah kepada orang yang berjaya, bukan kepada orang yang gagal. Banyak lagi abang-abang , kakak-kakak diluar sana yang rasanya sudi membantu adik-adik yang masih lagi tercari-cari hala tuju mereka selepas SPM.

Tidak ada kejayaan tanpa usaha , dan janganlah difikirkan sangat perjalanan untuk berjaya , tetapi fikirkan destinasi anda , cepat atau lambat , jika berusaha , kejayaan pasti mendatang. Entri ni sebenarnya bukan untuk adik-adik sahaja , tetapi untuk diri aku sendiri juga yang kadang-kadang terlupa bagaimana aku boleh berada di mana aku berada sekarang , dengan adanya entri sebegini , menginsafi diri yang kadang-kadang / mungkin telah terpesong dari tujuan asal datang ke tanah suci ilmu di UPM ni.

Apapun adik-adik , yang penting, ada kemahuan dan kesungguhan. Lambat atau cepat mencapai cita-cita, bergantung kepada kesungguhan dan usaha kita. Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya ok , insyaAllah , kalau ada yang bertanya lagi , nanti aku jawablah mana yang aku tahu , kalau aku tak tahu , kita post-poned dan cari mereka yang lebih arif ok ?.


Disini aku sertakan beberapa jadual / syarat bagi Diploma / Matrikulasi dan STPM , hanya perlu Klik dan download :

  1. SYARAT MASUK BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  2. SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM LEPASAN MATRIKULASI 

  3. SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM

     

    SELAMAT BERJAYA !

 p/s : Entri ni ditulis tanpa berat sebelah ke arah , Tingkatan 6 , Diploma , Matrikulasi , semuanya bergantung kepada empunya diri dik , adik-adik sendiri tentukan , mengenai perjalanan hidup adik-adik :) Semoga Berjaya ya! Sekiranya ada tersilap , mohon yang arif perbetulkan :) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...