Manchester United telah pun tersingkir daripada persaingan merebut kejuaraan Champions League bagi tahun ini , semua peminat Chelsea , Arsenal , Liverpool (team cap ayam YNWA yang langsung tak masuk Champions League) dan City (jangan nak bersorak sangat lah , korang pun terkeluar ). Tewas kepada Basel 2-1 dalam perlawanan timbal balas menyingkirkan United daripada Champions League. Tak apa , terima hakikat kita tidak akan beraksi di Champions League dan teruskan di Europa League.
Menyaksikan prestasi Manchester United di awal musim ini yang bermula dengan baik (membelasah Arsenal 8-2 ) memberikan gambaran bahawa United akan beraksi dengan baik di sepanjang musim , namun ibarat kata bermadah " Ku sangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari..." , prestasi United mula terganggu bermula dengan kekalahan mengejut kepada City ( 6-1 di kubu sendiri..).
Tersingkir daripada Champions League meletakkan United untuk beraksid dalam kejohanan Europa League , yang mana 7 pasukan yang berada dalam tangga ke-tiga dalam kumpulan Champions League secara automatik akan beraksi dalam Europa League , 7 pasukan yang tersingkir daripada Champions League tersebut adalah Manchester City (England), Trabzonspor (Turkey), Manchester United (England), Ajax (Holland), Valencia (Spain), Olympiacos (Greece), Porto (Portugal) and Viktoria Plzen (Czech Republic),
United perlu bangkit semula selepas kekalahan dan kemerosotan prestasi yang merundum ini , mengapa Manchester United yang memulakan musim ini dengan baik tiba-tiba berhadapan dengan masalah prestasi dalam setiap perlawanan yang dilalui ? Prestasi United bagi aku agak terumbang-ambing semenjak tewas 6-1 di tangan Manchester City , dan setelah meneliti sebab tersebut , bagi pandangan aku , ada 2 sebab utama kenapa Manchester United mengalami kemerosotan prestasi. Jom kita lihat :
Percaya atau tidak ? Selepas Paul Scholes bersara daripada Manchester United , masalah pemain pada bahagian tengah "playmaker" sememangnya masalah yang sepatutnya boleh diduga oleh Sir Alex Ferguson , Cleverley dilihat sebagai pengganti kepada Paul Scholes dan nyatanya corak permainan yang ditunjukkan oleh Cleverley memperlihatkan ciri-ciri seorang Midfielder United yang boleh menggantikan Paul Scholes.
He's Legend , He's Smart , He's Scholes. |
Selepas tersingkir daripada Champions League , mungkinkah Sir Alex Ferguson akan bertukar fikiran untuk membeli pemain baru dalam "transfer window" pada bulan Januari nanti ?. Selepas United mengalami kehilangan Cleverley yang disebabkan oleh kecederaan , bahagian tengah United tidak berfungsi dengan baik , dimana Wayne Rooney seringkali dilihat menggalas posisi ini.United perlu mendapatkan seorang midfielder yang berkualiti menggantikan Scholes. !
Ini merupakan masalah kritikal bagi mana-mana pasukan bola sepak sekalipun , apa lagi bila kecederaan pemain menimpa pemain kesebelasan utama pasukan. Inilah yang dihadapi United. Seorang demi seorang pemain United mengalami kecederaan , apa yang lebih teruk adalah , pemain-pemain utama dalam pasukan yang mengalami kecederaan yang memaksa United untuk menurunkan pasukan "sub" mereka menentang pasukan lain di Champions League dan English Premier League.
Vidic yang akan bercuti panjang selepas kecederaan dalam pertemuan menentang Basel. |
Nemanja Vidic yang menambah senarai kecederaan pemain dalam Manchester United memperlihatkan Sir Alex Ferguson menurunkan Johny Evans untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vidic. Dibawah ini adalah senarai pemain United yang mengalami kecederaan dan tarikh mereka dijangka pulih sepenuhnya :
Paul Scholes admits United “didn’t deserve to go through” to the Champions League knockout stages, but insists Sir Alex’s men won’t dwell on the disappointment.
United perlu segera bangkit dan perlu bersedia menghadapi cabaran yang lebih sukar dengan pemain-pemain utama yang masih mengalami kecederaan. Sir Alex Ferguson dan pasukan United semakin dihimpit dengan tekanan untuk memastikan United sentiasa berada rapat dengan pendahulu liga pada ketika ini (Manchester City) dengan jurang 5 mata. Bagi aku , United pasti bangkit biar pun dikekang dengan masalah yang menghimpit ini , lagi pun Sir Alex Ferguson kan ada ? Aku percaya , United tidak akan jatuh dengan lebih teruk. Bayangan kejuaraan kali ke-20 EPL semakin kabur ? Anda sendiri jawab.
p/s : aku suka dengan ayat ni , "