# MASA DEPAN BOLA SEPAK KITA : Warkah untuk FAM.

Terbaca satu komen dari page Info Dan Ranking Bola Sepak Malaysia (IDRBSM) , bagi anda yang selalu mengikuti perkembangan bola sepak tempatan kita , mesti tahu akan kewujudan page facebook IDRBSM ni kan ? , meskipun aku jarang meninggalkan sebarang komen / note dalam page itu , tapi aku selalu ikuti perkembangan dan info yang admin page tersebut update. Tahniah. 

Mengenai komen yang aku katakan , adalah mengenai luahan / pendapat yang bijak bernas daripada salah seorang fanpage IDRBSM yang mengutarakan pendapat nya terhadap FAM , baca hasil penulisan saudara Abd Rahim Khamis




" Bak kata Dato Azzudin Ahmad iaitu Setiausaha Agung FAM, tahun 2012 adalah tahun untuk pasukan bola sepak Malaysia memperbaiki ranking dan meningkatkan prestasi.. 

Saya bukan lah berjawatan besar dalam FAM, tapi kalau betul itu sasaran FAM, sepatutnya jadual persahabatan pasukan kebangsaan sudah penuh hingga JUN.. 

Lawan yg akan ditentang mestilah yg setaraf atau lebih kuat..tapi perancangan FAM dalam masa 6 bulan yg sudah pasti adalah kehadiran QPR untuk perlawanan persahabatan... 

Dato rasa, lawan QPR nanti, ranking kita boleh tak potong Vietnam..? ataupun sekurang2 nya pasukan Malaysia akan merasai perlawanan dengan kelab2 yang diminati oleh pemegang jawatan dlm FAM.. dan mereka akan tersenyum bangga apabila di sidang media, wakil kelab2 terbabit memberi penghargaan berupa jersey yang disemai indah di dalam frame serta tertulis nama si PENERIMA..

Manakala si pemain perlu kuatkan mental 2 kali ganda untuk berdepan cemuhan dan makian jika melakukan kesilapan.. ke mana arah untuk mereka raikan apabila menjaringkan gol dikala kiri kanan depan dan belakang semuanya apa??? 

Dan apakah mereka akan terus ditandatangani oleh kelab tersebut jika bermain cemerlang? tidak sama sekali.. tetapi, demi menjaga AIR MUKA FAM maka, dijemputnya pemain berbakat kita untuk menjalani latihan walaupun sudah tahu kail hanya panjang sejengkal, tapi masih berani hendak menduga lautan yg dalam. Peminat disini pula tertanya berjaya atau tidak, dapat atau tidak.. 

Kalau FAM benar2 ikhlas untuk memberi pendedahan atau menimba ilmu..kenapa harus ENGLAND? oh..saya terlupa, Presiden FAM melancarkan dasar pandang ke ENGLAND sebaik saja Allan Harris berjaya menghadiahkan seluruh rakyat Malaysia pingat perak sukan sea 2001... 

sejak dari itu, saban tahun, perlawanan persahabatan yg sepatutnya diadakan digantikan dengan perlawanan hiburan.. ada yang kata itu adalah medan mereka timba pengalaman? itu hanya ayat FAM sejak 10 tahun dahulu.. 

Apakah VALUE EPL tanpa pemain import? bilakah kali terakhir ENGLAND julang piala dunia.. atau saya ingin sedikit biadap untuk tnya bilakah kali terakhir ENGLAND ke separuh akhir Piala Dunia.. atau ingin lebih biadap lagi saya akan tanya BILAKAH KALI PERTAMA ENGLAND JULANG KEJUARAAN EURO????? bila? ada tertulis sejarahnya...??

Tetapi FA mereka angkuh kononya untuk menjaga kualiti liga tersebut.. saya ingin tanya sekali lagi, apakah kualiti EPL jika hanya pemain England saja didalamnya..? tapi saya terlupa, FAM dan FA England pandang reputasi, bukan prestasi.. jadi mereka terus memeterai usahasama yang tidak ada faedahnya..

Jepun sudah boleh bermain tap dan one touch..kerana apa? kerana pemain mereka memilih Germany.. pasukan yg sentiasa konsisten dan liga mereka kompetitif... tidak ada sekatan atau birokrasi... 

Tapi FAM kenal siapa Germany? sudah tentu tidak!! kerana mereka masih utuh dengan DASAR MEREKA.. pemain yg ingin ke luar negara, mestilah WAJIB singgah di Kepulauan British..

Apakah FAM bertidak tegas bila Safee Sali sudah ada 60% peluang untuk bermain bersama Cardiff City.. Apa FAM lakukan? Rayuan?? bertegas? cuba menghapuskan DASAR?? tidak sama sekali. .mereka duduk bersilang kaki dan hanya memanggil media dan memberi jawapan " kita akan berunding"..

Yang kecewa bukan saja Safee, peminat setia juga turut kecewa.. dan jika begitu tindakan FAM, kenapa harus teruskan lagi negara yg penuh dgn biokrasi ? 

Apa kurang Germany? Belgium? Portugal? Australia? mahupun Sepanyol dimana Espanyol sudahpun mengikat pemain remaja Indonesia.. sekali lagi sy ulang MENGIKAT.. bukan LATIHAN 2 MINGGU....

Jika posting sy ini akan menyebabkan peminat kelab2 EPL marah.. saya tidak kisah.. tapi mesti berhujah kenapa mesti mempertahankan mereka? (saya persoalkan disini adalah tentang kewajaran kelab EPL dtg lagi ke sini dan terus menjanjikan harapan palsu, bukan tentang sokongan anda terhadap kelab pilihan masing2.. itu adalah minat.. tidak salah.. jgn ada yang salah faham).. 

Saya membesar dengan rembatan Arwah Supermokh.. saya begitu cinta kepada bola sepak Malaysia sejak kali pertama menjejak kaki ke Stadium Merdeka pada 1974...  Abd Rahim Khamis "
Apa yang diperkatakan oleh Saudara Abd Rahim Khamis ada benarnya, dan secara jujurnya , fikiran aku dan persepsi aku tentang bola sepak tempatan kita juga turut berubah. Aku memang tak banyak pengalaman sangat dalam bola sepak tempatan kita , malah , aku juga umur setahun jagung yang turut sama meminati dan menyokong setulus hati pasukan bola sepak kita.
Penyokong pasukan mana yang tidak dahagakan pasukannya untuk meraih kejayaan ? Penyokong pasukan mana yang tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka untuk beraksi dengan lebih baik? Kalau hanya di peringkat bawahan yang cuba merubah keadaan , tetapi pada peringkat atasan masih lagi golongan yang sama , pada pendapat aku , memang tak akan jalanlah perubahan yang cuba kita , selaku penyokong lakukan.
 
IDRBSM ada mencadangkan untuk menyerahkan memorandum kepada FAM , dan aku menyokong 100% tindakan ini , memandangkan ianya bertujuan membawa / revolusi dalam arena Bola Sepak tempatan. Yah , Bola Sepak kita sudah tidak bodoh lagi , tapi kita harus keluar dari kepompong JUARA ASIA TENGGARA sahaja , dan mula fokus untuk mengetuk kembali pintu ASIA.  
Aku lahir di dalam zaman Bola Sepak Malaysia dilanda kemurungan dan rasuah berleluasa , dan membaca kembali kenangan kegemilangan zaman Bola Sepak kita yang dahulu ,ternyata , ruginya (seorang peminat bola sepak tempatan) untuk tidak lahir di zaman kegemilangan itu. Untuk FAM , dengarkanlah pendapat dari kami , rakyat Malaysia , penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berdiri teguh menyokong dan ingin melihat pasukan kesayangan kami menjadi lebih baik dari sekarang dan tidak hanya di takuk yang sama. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk arena Bola Sepak kita berevolusi ? Kebangkitan sebagai satu kuasa bola sepak Asia yang baru ? Kita sebagai penyokong tentukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...