Untuk korang semua , entri kali ini , sekali lagi aku akan review mengenai produk daripada Dr.Dre , produk apa lagi selain daripada produk Beats ? , sebelum ini aku telah menukilkan sebuah entri mengenai produk Beats ni , iaitu Beats Tour , earphone yang memang berbaloi untuk anda miliki. Jadi untuk kali ini , sekali lagi aku review mengenai satu lagi produk Beats by Dr.Dre iaitu Beats Studio.
Mungkin ada di antara anda yang mungkin mengatakan , "alamak , kerek lah budak ni nak tayang itu , ini.." sebelum , tu aku nak minta maaf dekat korang kalau anda rasa macam tu , sebab aku langsung tidak berniat nak tunjuk lagak atau yang sewaktu dengannya.Tujuan utama aku keluarkan entri review sebenarnya adalah untuk berkongsi maklumat mengenai barangan / software / gadget yang aku ada atau gunakan. Lebih-lebih , review ini aku buat dalam bahasa Melayu. Kenapa? Sebab aku rasa , review dalam bahasa ibunda sendiri amat kurang dan susah nak dapat. Jadi aku buat entri review ini dalam bahasa Melayu.Selesai , jom masuk review mengenai Beats Studio.
untuk review Beats™ Tour pula , boleh baca dekat sini.
Dalam review kali ini , aku menggunakan set local (not original) , untuk set Beats Studio seperti ini , harga yang anda boleh dapat (untuk studio adalah RM280 - 399) (original authorised dealer price RM1199), jadi anda kena pandai cari tempat mana yang menawarkan harga murah dengan kualiti yang terbaik. Kenapa aku buat review dalam set local ni? Sebab tentu ramai yang nak beli kan ? Tapi masih tak tahu mengenai kualiti dan juga adakah ianya sama dengan standard authorised dealer dan original yang jauh lebih mahal , adakah ianya berbaloi ? Kalau itu yang menjadi pertanyaan anda. Ikuti review ini.
Perkara penting yang akan aku ceritakan dalam review kali ini adalah mengenai kualiti , fizikal , kelebihan dan kekurangan Beats Studio ini.
Beats Studio yang berharga RM399 datang dengan warna merah. untuk pengetahuan anda , Beats Studio datang dengan warna Hitam , Merah , Putih (yang terbaru , Pink , Hijau Muda , Biru , Orange). Beats Studio dicipta khas untuk anda mendengar muzik yang berkualiti Studio , sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti muzik di dalam Mp3 player , Ipod , Iphone , telefon anda , Beats Studio adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya anda mahukan sesuatu yang lebih kecil dan mudah dibawa , anda boleh mencuba Beats Solo (headphone) , dan jika anda mahukan sesuatu yang lebih kecil dan ringan , anda boleh dapatkan Beats Tour (earphone) yang jauh lebih funky dan eary.
Untuk Beats Studio , seperti namanya juga , ianya lebih kepada anda yang gemar travel dan mahukan kepuasan maksima *capai tahap nirvana lah kiranya dalam mendengar muzik. Beats Studio memberikan anda kepuasan bass yang maksima dalam mendengar muzik.Mengenai kualiti muzik diantara Beats Studio ini berbanding dengan Beats Studio original , beza RM399 vs RM1199. Jujur , aku katakan , kualiti muzik adalah hampir sama , jika mempunyai perbezaan , dalam peratusan aku akan berikan RM399 - 98% , Rm1199 - 99.9% . Bagaimana aku membandingkan perbezaan ini ? , aku melakukan perbandingan ini melalui :
1. Review semasa yang berlambak di internet melalui pembacaan.
2. Rasai sendiri beza di antara kedua ini , kalau anda pergi ke Authorised dealer Apple , untuk trial Ipod anda boleh cuba Beats Studio secara percuma (original) dan dari sini aku dapat kesan persamaan kedua-dua ini.
Jadi untuk berkata mengenai kualiti bunyi , aku boleh katakan , RM399 berbaloi dan memang terbaik. Tapi anda harus ingat , anda pembeli , anda yang tentukan kemahuan anda , sekiranya tak puas hati , jangan beli , cuba dahulu Beats Studio yang anda inginkan.Betul-betul puas hati , baru beli.Terus terang aku katakan , bila korang dah lekap Beats Studio dekat telinga , anda tidak akan mendengar apa-apa bunyi daripada persekitaran anda , kerana Beats Studio ,seperti Beats Pro juga , memerangkap bunyi dan anda mendengar muzik semaksima nya. (hati-hati telinga boleh pekak..)
seperti gambar dibawah , kualiti rekaan / design pada Beats Studio bersesuaian dengan anda yang funky dan extreme , lagi ranggi untuk digantung di leher (dah sama dengan DSLR kan? haha ) ,apa yang menarik tentang Beats Studio / Pro , adalah anda boleh cabut cable yang menyambungkan Mp3 / Ipod / Iphone / telefon anda dengan Beats Studio anda apabila anda tidak menggunakannya , bijak ? Ya memang bijak , sebelum ini , kebanyakan headhphone yang sering dikeluarkan oleh pengeluar headphone mempunyai masalah dengan cable yang digunakan , sekiranya cable tersebut rosak , headphone sekali terpaksa buang , kerana cable tak boleh tukar. Tetapi untuk Beats Studio , anda boleh menukar cable tersebut sekiranya ia rosak.
Rekaan pelekap telinga yang diperbuat daripada "leather" pada bahagian pelekap telinga dan juga bahagian atas , sememangnya direka untuk keselesaan anda menggunakannya , bermaksud kepala dan telinga anda tidak sakit biarpun seharian menggunakan headphone ini. Sekiranya anda mahu mencuci pelekap telinga tersebut , anda cuma perlu memusing pelekap telinga "leather" tersebut dan membasuhnya , kemudian melekapkannya kembali. Inilah mengapa Beats jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.
Satu-satunya kelemahan yang aku jumpa (bagi pandangan aku lah..) , adalah Beats Studio memerlukan Bateri AAA untuk berfungsi , bermaksud anda kena masukkan bateri pada headphone ini sebelum anda boleh menggunakannya. Inilah satu kunci utama kelemahan Beat Studio. Penggunaan bateri AAA amat menyusahkan dan menjengkelkan jikalau anda mungkin perlu menukar bateri anda setiap kali hendak menggunakan Beats Studio untuk jangka masa yang lama (aku gunakan bateri AAA energizer yang nyata memang tahan lebih lama.. , tak ada bateri Duracell dekat Malaysia ni.)
Untuk review produk ni , daripada 5 aku berikan 4.5/5 , aku cukup berpuas hati dengan kualiti dan bagi aku ianya sememangnya berbaloi untuk dimiliki , dan untuk sesuatu gadget jangka masa panjang , ianya memang satu gadget yang terbaik untuk dimiliki. Anda yang menggunakannya jadi anda seharusnya tahu keperluan tersebut. sekiranya ada sebarang pertanyaan. Anda bolehlah terus tanya dekat aku. InsyaAllah , apa yang aku dapat bantu aku bantu. Adios! Selamat Ber-Beats yaw!!
product sponsored : themonat.com