Terbaca surat khabar Kosmo! pagi tadi , dan ternampak tajuk dekat atas tu , memang terbeliak biji mata aku (metafora melebih-lebih ni) , Yusry & Lisa Surihani telah pun mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di salah sebuah Hotel di Putrajaya semalam (Marriot Putrajaya Resort & Spa). Siap buat sidang akhbar lagi tau nak umum tarikh perkahwinan. Kelas Gittew!
Apapun , benda baik ni haruslah disambut dengan hati gembira (walaupun sedih , pujaan hatiku Lisa Surihani akan berkahwin.. haha) , dari blog themonat.com , mengucapkan tahniah! dan semoga perancangan Yusry & Lisa Surihani berjalan dengan lancar. (kot-kot dapat siaran / gambar eksklusif perkahwinan nanti kan?)
Dalam sidang media semalam , Yusry mendedahkan , bahawa permulaan perkenalan antara dia dan Lisa bermula daripada BBM , dan Lisa pula mengatakan , bahawa sejak dari awal perkenalan mereka , Yusry tidak "flirting" dan hubungan mereka bermula dengan bercerita berkisarkan kerja (matang).
Tarikh perkahwinan yang dipilih adalah 23 Februari 2012 seperti yang telah diumumkan , sehari selepas selepas rombongan Yusry bertandang ke rumah Lisa Surihani , lapor surat khabar Kosmo!. Takde tunang-tunang , terus kahwin. :) Bagi peminat bola sepak Harimau Malaya , jangan lupa 22 Februari 2012 pulak , pasukan negara kita akan berhadapan skuad matahari terbit di Stadium Bukit Jalil!
Ada dua event penting yang berdekatan lah ni (bagi aku lah) , untuk fans-fans Lisa Surihani / Yusry , tak nak jemput ke fans-fans datang majlis perkahwinan nanti ? :) hehe.Apapun , sekali lagi diucapkan tahniah buat kedua-dua mereka. Aiyai!