# Info - GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia untuk mahasiswa dan mahasiswi telah pun mula di edarkan , maka timbulnya banyak persoalan , mengenai penggunaan baucar buku ni. Dimana kedai-kedai yang boleh digunakan baucar ini ? , boleh tak kalau nak beli selain dari buku ? , boleh tunaikan tak ? dan banyak lagi soalan-soalan pelik.

Disini aku kongsikan GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) , yang telah dikeluarkan oleh MOHE dalam laman mereka , baca dan insyaAllah , segala pertanyaan pelik dan tidak terjawab anda bagi Baucar Buku 1 Malaysia ini insyaAllah terjawab.



  • Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
  •  Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

a)Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b)Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c)Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e)Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g)Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h)Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;



p/s : harap info ni membantu kawan-kawan sekalian. Gunakan dengan sebaiknya pemberian BB1M tu ok :) Terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang baik hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...