#Manchester United - Kemenangan 3-2 singkirkan City dari perebutan F.A Cup. (MATCH REVIEW)


Perlawanan F.A Cup 3rd Round akhrinya tamat dengan United menang ke atas City dengan jaringan 3-2 , dan kalau korang ada  baca prediksi aku mengenai game ini , nampaknya prediksi aku mengenai game ini betul-betul terjadi. (baca sini).

Tiap fans ada pandangan dan pendapat mereka mengenai perlawanan malam tadi , ini pula pandangan aku , dan korang tak semestinya perlu bersetuju dengan aku , aku cuma nyatakan apa yang aku nampak melalui game semalam.

Aku review sikit pasal beberapa key-point dalam match pada kali ini :
11st eleven KICK OFF :
Lindegaard, 
Jones,  Ferdinand, Smalling,  Evra, 
Valencia, Carrick, Nani, Giggs, 
Welbeck, Rooney.

 United bermula dengan baik pada malam tadi , United bermain dengan cekap dan "tap" bola , jaringan pertama menyusul hasil assist daripada Valencia yang di tanduk ke penjuru gawang gol oleh Rooney. United membuka jaringan seawal minit ke 10.

Tidak lama selepas jaringan pembukaan oleh Rooney , Kompany , defender City dilayangkan kad merah oleh pengadil atas "sliding-tackle" yang dikenakan ke atas Nani. Bermula dengan insiden ini , pembenci-pembenci kelab United diluar sana (gabungan Chelshit , Loserpool , Arsengal , dan setahun jagung MakSiti) , mula mengatakan , pengadil diberi RASUAH. (gelak nak mampus..)

Sliding macam tu , hulur dua kaki , walau bersih , memang kena KAD MERAH ,
Rules tetap rules , ini bukan kontroversi , sliding daripada Kompany memang bersih , dan Nani tak jatuh (Nani bukan player Barca asyik nak jatuh...) , tapi Kompany , sliding dengan menghulur kedua-dua kaki nya , dan aim pada kaki , tambahan pula dia adalah defend terakhir pada ketika itu. Memang referee berikan kad merah , dan bagi aku ini bukan kontroversi.

Welbeck meletakkan United selesa di hadapan dengan jaringan kedua pada masa pertama (minit ke 30) , dan pada ketika ini , dengan kelebihan bermain 11 orang , United seakan-akan membalas dendam terhadap kekalahan 6-1 di Old Trafford pada awal musim.

United menambah jaringan melalui sepakan penalti , selepas Welbeck dikasari , dan Rooney hampir tidak menjaringkan penalti tersebut tetapi berjaya menanduk bola yang ditampan Pantimillon (3rd keeper City) , menjadikan kedudukan 3-0 pada masa pertama.

 Paul Scholes yang kembali daripada persaraannya untuk membantu United sepanjang musim ini sememangnya satu berita yang menggembirakan buat semua peminat United. Lebih-lebih lagi United sedang dilanda masalah ketiadaan pemain tengah yang dapat mengatur rentak perlawanan.

Melihat kepada permainan Scholes pada malam tadi (walaupun dimasukkan pada masa kedua , menggantikan Nani) , ada juga penyokong yang mengatakan bahawa membawa kembali Scholes ke United adalah satu masalah , kerana Scholes telah tua dan dengan sedikit kesilapan Scholes yang membawa kepada gol kedua City menyebabkan Scholes dikatakan tidak patut bermain semula.

Ini fakta yang harus mereka terima :  
71 Passes - 97% Successful Passing Rate - More than any City player - Scholes came on after the 60th Minute.

Sedar ataupun tidak , Scholes bermain dengan baik semalam , dan nyata , Scholes masih tidak kehilangan bisa dengan hantaran yang cantik serta tendangan "rocket" dari luar kotak penalti dapat kita lihat dalam perlawanan semalam. Scholes adalah satu masalah ? You must be watching United  starting this season mate.
Sedar atau tidak , Lindergaard adalah Hero yang juga membantu kepada kemenangan United semalam , meskipun bolos kepada 2 jaringan , tapi bolos pada jaringan pertama merupakan sesuatu yang mana bagi aku , keeper handal macam mana pun tidak akan dapat menyelamatkan bola tersebut.

De Gea atau Lindergaard bukan jadi satu topik disini , kerana kedua-dua keeper United ini memiliki kemahiran mereka tersendiri , dan pada malam ini Lindergaard beraksi dengan cemerlang. Aku tak kisah samada De Gea atau Lindergaard , yang penting mereka berdua adalah United dan cekap dalam memastikan gawang United tidak dibolosi dengan sewenang-wenangnya. KUDOS LINDERGAARD!

Ini lagi satu isu yang sedang hangat diperkatakan selepas United menang 3-2 keatas City yang bermain 10 orang (selepas Kompany dikenakan kad merah). Sekiranya City bermain 11 orang pemain , Manchester United akan kalah. Jawapan aku ? . Menang Nasib MY ASS!

Masih lagi dengan kemegahan menang 6-1 ? Jangan lupa United juga bermain dengan 10 orang pemain , begitu juga dengan perlawanan semalam. Tapi kenapa United hanya menang 3-2 ? menang 6-1 , atau 3-2 , atau 10-0 sekalipun , bukan menentukan pasukan tersebut KUAT , GAGAH , akan julang EPL pada musim ini , bola itu bulat dan dalam bola sepak , apa-apa boleh terjadi.

United sebenarnya tidak bermain menentang 10 orang pemain City , tetapi 11 - 11 , kenapa ? 10 orang City ditambah 1 semangat untuk bangkit (itu kenyataan , kudos untuk mereka yang tidak berputus asa). United memperlahankan rentak permainan mereka pada separuh masa kedua dan nyaris mengakhiri permainan dengan keputusan seri.


United bermain dengan baik sebenarnya pada malam tadi , dan selepas ini , dengan kehadiran Scholes , United pasti lagi baik. Korang tak perlu bersetuju dengan apa yang aku nyatakan ni , macam yang aku cakap , ini cuma pandangan aku.

Mengenai kontroversi "hand-ball" Phil Jones tu , aku malas nak cakap banyak , dalam bola sepak ni , semua boleh jadi , patut Off-Side , tak Off-Side , patut gol , tak gol.. Jadi aku hurai macam mana pun , benda dah jadi , pengadil tak tiup wisel , teruskan permainan. Nak kata referee bias ? , Lantak kau lah. Dalam barclays kita akan berentap sekali lagi MAKSITI!

p/s : terima kasih sebab sudi baca review agak panjang dan mungkin tak kena dekat hati korang tapi , ini pandangan aku bagi perlawanan semalam. United lebih baik lepas ini. Percayalah. dekat bawah ni adalah review semua Goal pada perlawanan malam tadi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...