Masih lagi isu diantara Suarez dan Evra yang terjadi semasa perlawanan di Old Trafford , di antara Manchester United vs Liverpool yang berakhir dengan keputusan 2-1. Kontroversi Suarez yang menolak tanda perdamaian daripada Evra apabila enggan bersalaman sebelum permainan bermula menjadi kontroversi yang hangat dikatakan pada perlawanan semalam.
Kedegilan sang Suarez ni boleh jadi penyebab kepada berakhirnya karier nya sebagai pemain bola sepak professional di Liga Perdana Inggeris , dan sejurus selepas perlawanan berakhir , isu ini hangat diperkatakan dan sememangnya hal ini menjejaskan imej Suarez dan bukan saja dirinya , malah pasukan Liverpool itu sendiri . Memang meluat tengok perangai Suarez ni.
"I have spoken with the manager since the game at Old Trafford and I realise I got things wrong.
"I've not only let him down, but also the Club and what it stands for and I'm sorry. I made a mistake and I regret what happened."I should have shaken Patrice Evra's hand before the game and I want to apologise for my actions."I would like to put this whole issue behind me and concentrate on playing football." - Luis Suarez
24 jam selepas perlawanan tersebut tamat , Luis Suarez akhirnya mengeluarkan satu statement / keterangan di laman official Liverpool yang memohon maaf atas tindakan kurang ajar nya di Old Trafford malam semalam. Bagi aku , aku harap isu ini tamat disini saja , dan manalah tahu , kalau-kalau Patrice Evra terbaca blog aku , hahahah , ada translator kan ? , terima lah maaf si Suarez ni.
Dia dah dapat hukuman dia sebelum ini , dan dia sendiri yang memburukkan lagi keadaan , akhirnya dia akur dan sememangnya dia yang patut memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya. Hingga saat ini , belum ada statement yang dikeluarkan daripada Evra berkenaan isu ini. Harap-harap tak berpanjangan lagi lah. Lama-lama dah jadi English Wrestling League pulak. :)
IF FIGHTING RACISM than we must UNITE.