"In this country football has come a long way from the days when John Barnes had bananas thrown at him, to where we are today, and we can’t go back. We have to go forward in a positive way and ban it altogether."
- Sir Alex Ferguson
Kehangatan perlawan Manchester United vs Liverpool kali ini sememangnya , panas gila-gila. 2 match United menentang Liverpool sebelum ini berakhir dengan Seri (BPL) , dan kalah (F.A Cup). Tak cukup dengan itu , isu Suarez vs Evra berkenaan isu perkauman menghangatkan lagi pertemuan diantara dua kelab ini.
Sehinggalah pertemuan pada match malam semalam , memang adalah kemuncak kepada ketegangan diantara dua kelab dan pemain ini , iaitu Suarez dan Evra. Jangan tipu lah , korang mesti nak tengok apa yang akan terjadi masa permulaan match malam semalam.
Aku agak Suarez akan bersalaman dengan Evra , memandangkan Suarez dah pun menerima hukuman daripada di-banned 8 perlawanan sebelum ini. Tapi reaksi yang mengejutkan diperlihatkan oleh Suarez selaku pemain bola sepak professional (dah tak professional pada aku sekarang). Dia langsung tak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Evra yang menghulurkan tangannya untuk bersalaman , tanda untuk berdamai , hinggakan Evra menarik tangan Suarez untuk bersalaman , tapi Suarez enggan.
Apa masalah Arnab ni sebenarnya ? Dia sakit hati sebab kerana Evra dia digantung perlawanan ? Dah terbukti salah dan dah jalani hukuman , masih tak nak minta maaf ? Mungkin Evra tak perlu dan tak mahu pun dengar ungkapan "SORRY" dari mulut Suarez , mungkin bersalaman sudah memadai , tapi Arnab ni tak reti nak bersalaman. Dah salah , bongkak dan sombong. Padan lah muka kalah 2-1.
Untuk peminat-peminat Liverpool yang baca ni , ok tak perlu nak berhujah , simpan hujah mengenai kes TERRY (Chelsea) kamu tu , dua-dua pun rasis bastard , memang padanlah Ferdinand pun tak nak salam dengan orang rasis macam ni. Bila game dah tamat , semua pulak nak salah kan Evra yang meraikan kemenangan dia , kerana dia dikatakan TERKINJA-KINJA di depan Suarez.
Apa masalah dengan dia berlari kesana kemari nak meraikan kemenangan dia ? Kenapa Suarez nak terasa sangat , lebih-lebih lagi fans Liverpool yang terasa gila-gila dengan tindakan Evra. Evra tak buat signal , gesture atau bersuara pun , dia cuma angkat tangan dan meraikan kemenangan dia. Jangan nak rasa bersalah lah , sebab memang Suarez yang mula dulu.
Ada juga yang katakan , kalau Evra professional , lepas game dia pergilah salam Suarez , oh bebal apa macam ni? Awal match dia dah tarik tangan dari Evra , lepas tu nak kena kali kedua ? Oh no , padanlah muka Suarez kena macam tu ,Tapi macam biasalah , team-team History Channel (liverpool) ni kan suka ungkit sejarah , mulalah keluar isu Cantona yang tendang penonton berapa tahun dulu pun dah keluar , disamakan dengan kurang ajar nya Suarez. Booo! dah takda point. naik muak aku dengan Suarez ni.
Seteruk-teruk perangai Balotelli yang buat aku meluat tu , aku lagi meluat sekarang ni dengan perangai Arnab ni , geram gila dengan bongkaknya Suarez ni. Untuk fans Liverpool , memang sakit hatila baca entri aku ni , tapi dah tau ni zone United , nak baca jugak lantak kau lah. Memang Suarez tu bebal nak mampus , aku anti gila dia ni.
Lain kali , bila pergi HOME pasukan lawan , bawak-bawakla beradab masuk padang tu. Kan dah kena 2-1 , memang pembalasan dendam lah. Bagi yang nak kata menang malam ni macam dah menang cup , yah memang tak menang Cup lagi , tapi VALUE kemenangan malam ini amat besar , bukan bagi kau , tapi bagi aku yah.
Tak kiralah team apa sekalipun , bila mengenai isu perkauman , memang tak boleh bertolak ansur. Walaupun dia player United , kalau dia bersikap macam Suarez ni , aku akan benci jugak. Kau yang duduk di Malaysia , mesti tahu sakit hati perkauman tu macam mana kan.
SUAREZ , DISGRACE go and walk alone !
Untuk match malam tadi , memang puas hati dengan permainan United , sub pun tak digunakan , full time 90 minit main macam tu , memang stylo United :)
KING WAZZA !
UPDATE # UPDATE # UPDATE #:
Ada yang timbulkan isu , kenapa sekarang baru Evra nak berdamai dengan Suarez , selepas match dekat Anfield hari tu , Suarez dah hulurkan tangan untuk berdamai , tapi Evra enggan. Bagi aku , korang yang duduk dekat Malaysia ni , mesti tahu tentang isu perkauman amatlah sensitif untuk dimainkan , silap-silap boleh tumpah darah nanti. ni komen dan soal jawab aku dengan mereka-mereka yang sejati dengan Liverpool Rasis KONONNYA lah :
Komen dibawah ni berkenaan post yang mengatakan Suarez enggan bersalaman dengan Evra , tup-tup , Evra pula dikatakan enggan bersalaman dengan Suarez , katanya , Kamera Angle yang lain bagi tengok benda lain , magik gila ! fans dan player sama , berdalih lebih !
Liverpool A : Ko dah tgk ke belum camera angle dari pelbagai sudut? Kalu satu sudut aje then ko terus buat conclusion dia racist sbb takmau salam, then judgement ko tak fair. Kalu judgement hanya berdasarkan popularity, maka sbg cthnya memang betul la mat metal semua sembah setan mcm media ckp. Kalau aku ni melayu, then org cina panggil aku melayu, aku patut marah? Kalu itu cina, aku panggil dia cina, dia patut marah? So, aku bukan melayu? So, itu cina bukan cina? Abis apa mau panggil?
Liverpool A : Ko dah tgk ke belum camera angle dari pelbagai sudut? Kalu satu sudut aje then ko terus buat conclusion dia racist sbb takmau salam, then judgement ko tak fair. Kalu judgement hanya berdasarkan popularity, maka sbg cthnya memang betul la mat metal semua sembah setan mcm media ckp. Kalau aku ni melayu, then org cina panggil aku melayu, aku patut marah? Kalu itu cina, aku panggil dia cina, dia patut marah? So, aku bukan melayu? So, itu cina bukan cina? Abis apa mau panggil?
Jawapan Aku : adat dan budaya diorang dengan CINA / MELAYU disini samakah ? , the word NEGRO / Nigger , tu badi bagi orang kulit hitam dan memang whole world tau.... habih tu Suarez pandai sangat nak guna "terms" tu apa kejadah ?ni tengok ke match tadi tak ni ? angle kamera betol2 depan muka player nak bersalaman , nak rewind2 balik pon boleh... nak decide betul atau tak , bkn tengok video tu je , cuba dengar sendiri apa komen KingD lepas game. kalau dekat negara kita ni , cubalah panggil kaum india , "weh keling.." hah... tengok apa jadi....
tak cukup dengan tu , aku tambah hujah dekat video ni , siap analisis supaya golongan rasis ni bukak mata :
Analisis aku :
Analisis aku :
1 ) dari minit 0.15 - 0.18 tengok macam mana Evra angkat tangan dia nak salam , tapi Suarez hanya lalu atas tangan Evra... come on la..
2) tengok gesture Evra dan Suarez , Evra , suarez lalu , dia tengok Suarez + hulur tangan ,
Suarez , hulur tangan + buat dunno... depan mata , hurts tapi truth guys... adeii... dah terang2 camera angle tu bagi tengok. masih evra salah ? :)
3) dekat video atas , minit 0.16-0.18 , tengom macam mana Suarez LALUKAN saja tangan dia di ATAS... sapa yang tak nak salam siapa ?Kalau betul Evra nak tarik tangan , dia tak angkat langsung tangan dia dekat Suarez tu....