# Demonstrasi MAHAsiswa mansuhkan PTPTN , wajarkah ?


Nampaknya , Mahasiswa sekali lagi jadi topik hangat dalam negara kita , selepas isu malam tahun baru yang terjadi di UPSI. Selepas keredaan isu Adam Adli , kini isu Mansuhkan PTPTN pula menjadi slogan bagi Student Power yang berhimpun pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka. Sebelum pergi lebih lanjut , ingin aku noktahkan disini , bahawa aku tidak menyebelahi mana-mana pihak , bukan tak mahu ambil "port" , dan bukan juga sebagai pemerhati yang tidak berbuat apa-apa, mengenai siapa yang aku sokong atau tidak , itu adalah privasi.

Ini adalah respon dan pandangan aku terhadap MAHAsiswa yang melakukan demo sana dan sini , dan yang terbaru ini , di Dataran Merdeka , berkenaan Demo Mansuhkan PTPTN.


Kenapa berDEMO ? Idea asal untuk demonstrasi ini adalah untuk menuntut PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) , Pendidikan percuma dan Adam Adli & the gang tekad berkumpul di dataran merdeka untuk menzahirkan rasa ketidak puasan hati terhadap PTPTN yang dikatakan menekan mahasiswa dan membebankan.

Selepas membaca dan menonton video selama 22 minit 15 saat tersebut , aku tak tahu nak rasa apa ? terkedu ? bangga ? terhina ? semua pun ada rasanya. Tak perlu bersetuju dengan apa yang akan aku katakan , dan aku tak paksa pun , ini cuma pandangan aku.

1. MEREKA TIDAK FAHAM PERLEMBAGAAN SEBENARNYA ? 

Apa sebenarnya yang MEREKA ini fikirkan ? Adakah dengan berkelakuan seperti ini mereka dapat capai apa yang mereka mahukan ? Mungkin ya , *dengan alasan BERHIMPUN secara aman , * Ya aku tahu , termaktub dalam perlembagaan yang mengatakan : 

Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan 
memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan. Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil.

Ya , anda benar , anda ada HAK untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata , dan perlembagaan menjamin hak anda , dan dalam video selama 22 minit itu , ada seorang Pakcik yang aku tidak kenali siapa dia yang asyik dengan keluhuran perlembagaan , mengatakan hak berhimpun , dan juga ketiada-kuasaan undang-undang DBKL untuk menghalang mereka berhimpun. 

Sememangnya PERLEMBAGAAN adalah undang-undang tertinggi di Malaysia , dan apa yang Pegawai DBKL tu katakan ada juga betulnya , secara logik akal dan pemikiran IQ tinggi anda yang bergelar MAHAsiswa. Berhimpun secara aman itu boleh , tetapi di sesetengah tempat , perlulah dapatkan kebenaran bukan ? , atau anda ingin mengatakan , bahawa perlembagaan tak kata perlu minta kebenaran ?

Kalau begitu , cuba pula situasi ini , apa kata , orang lain pula berhimpun pasang khemah depan rumah anda semua ? , itu juga termaktub dalam perlembagaan bukan ? berhimpun secara AMAN , tapi tiada kebenaran dari anda , sebab mereka berkhemah depan rumah anda ? , tapi mereka berkeras mengatakan ITU HAK mereka. Logik dan rasional tak ? Itulah yang cuba disampaikan pegawai DBKL tu , nak berhimpun boleh , tetapi tiada permit daripada pihak DBKL , sebab anda berada di kawasan jagaan DBKL. 

Lagi satu , bukan kah ada AUKU ? yang memperuntukkan :

Akta Universiti & Kolej Universiti 1974,
                Bahagian II (Tatatertib Am)
                Kegiatan Pelajar Luar Kampus
13. (1)  Tiada Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti.


Jadi anda yang bergelar MAHAsiswa faham tak dengan akta di atas ?


2. Anda melaungkan STUDENT POWER dan hak anda sebagai MAHAsiswa, neutral , tapi masalah utama yang aku nampak adalah anda dibayangi oleh parti POLITIK . Sepatutnya , gerakan ini tidak boleh sama sekali dibayangi atau dicemari dengan mana-mana parti POLITIK , dan terus terang aku katakan , nampak seakan-akan anda semua ini adalah golongan kiri yang menentang golongan kanan , padahal anda patut berada di tengah-tengah. 

Bukankah MAHASISWA yang anda perjuangkan ? , mengapa perlu adanya sentimen dan cacian pada parti-parti POLITIK ? Seperti laungan : “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.” .

Apa kaitan ROSMAH dengan PTPTN ? Apa pula kaitan ALTANTUYA dengan PTPTN ? , persepsi terhadap golongan Mahasiswa perlu lah dibersihkan dari mana-mana parti politik kalau anda mahu masyarakat melihat anda sebagai pejuang dan layak diberikan mandat JURUBICARA rakyat. 



3. MANSUH PTPTN ? PENDIDIKAN PERCUMA ?

Hutang itu wajib dibayar , kerana kita sendiri lah yang MEMOHON untuk meminjam , kerajaan tak paksa untuk pinjam PTPTN. Aku juga penghutang PTPTN , pun aku tahu aku kena bayar semula , ya.. sejajar dengan slogan demo MAHAsiswa , PENDIDIKAN PERCUMA ! , MANSUH PTPTN !.

Mansuh PTPTN ? selepas anda meminjam dan berhutang ? tidak malukah ? , dah pinjam tak nak bayar , lepas ni ada yang kata aku bodoh , sebab pendidikan percuma dah tak perlukan PTPTN , ya aku tahu.. pada tahun 1960 , negara kita pendidikan percuma bukan ? sehinggalah pada tahun 1994 , ianya biasiswa dan selepas itu PTPTN.

Beginilah , jangan kata mansuhkan PTPTN , kepala dia , cuba dulu mansuhkan yuran-yuran UNISEL , KUIN dan lain-lain yang yurannya amat mencekik darah , apa respon nya ? Mansuhkan PTPTN ? mungkin tidak pada aku , tetapi untuk meneliti semula struktur PTPTN agar tidak membebankan peminjam adalah wajar. Aku nak tanyalah , yang 300 orang turun berdemo ini , berapa pointer anda ? sekiranya 3.75 , aku berani kata , korang pun tak ada mood nak turun berdemo , sebab PTPTN boleh convert ke biasiswa kalau korang cemerlang kan ? tapi kenapa ? semua pointer nyawa-nyawa ikan? itu sebabnya mengapa beriya-iya jadi pak turut turun berdemo ?

Aku pun tak tahu gelagat-gelagat korang ni, dan tengok video dan dengan mata kepala sendiri perangai-perangai waktu berdemo ni , seakan-akan menanti provokasi daripada pihak satu lagi , dan serius aku katakan , nampak bangang sangat bila anda-anda berkelakuan sebegini.

Lebih-lebih lagi berkenaan video Demonstrasi ni , tak tahu lah nak kata apa , sibuk laungkan mengenai HAK , Perlembagaan , Undang-undang , tapi satu makhluk yang berdemo tu tak tahu erti RESPEK kepada orang yang lebih tua. Aku tak nampak pegawai  tu cuba berkasar atau cuba timbulkan provokasi melainkan PAKCIK baju biru yang agak LASER mulutnya , dan timbul kemusykilan , siapa DIA ? kenapa dia yang sibuk dalam demonstrasi MAHASISWA ? adakah dia MAHASISWA ? 

LIHAT sendiri video di bawah , gunakanlah kewarasan dan keterbukaan minda , jangan disebabkan ikutkan hati dan taksubkan perjuangan yang belum tentu kebenarannya , mata anda BUTA. "ada juga yang sanggup mati untuk MANSUHKAN PTPTN , dalam video tu dok laungkan.. hmm.. sedih ! "


Rasanya korang faham dengan erti "HORMAT" pada mereka yang lebih tua , elok bahasa Pegawai DBKL tu gunakan , tapi aku tak tahulah apa mental PAKCIK PERLEMBAGAAN dan pendemo dalam video ni , asyik nak provoke saja , teruk tahu tak ? memalukan..


Untuk pakcik perlembagaan yang asyik provoke saja dalam video ni , kalau pakcik baca artikel saya ni , saya nak kata ni je :



KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
tak guna kalau ada perlembagaan tanpa undang2 . tak guna belajar tinggi2 tapi takde ciri yang ke-5 . tak guna sibuk heboh tentang perlembagaan, tapi lupa setiap perlembagaan itu berserta dengan undang2 . adat meminjam, mesti bayar balik .






p/s : tak berpihak pada mana - mana dan artikel ini tidak menyebelahi mana-mana , cuma luahan dan pandangan mengenai demo yang entah apa-apa ni. Berani pinjam , berani bayar. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...