BBM3401 : Gejala Kelunturan Bahasa Melayu dalam kalangan Masyarakat

 Salam kepada semua pembaca-pembaca dan "follower" yang masih lagi setia membaca blog saya yang agak-agak suam kuku ini.Penulisan saya pada kali ini mungkin agak formal,hal ini disebabkan topik yg akan saya keutarakan dalam artikel kali ini.8 minggu yang lalu,Professor Dr.Hasnah telah menyerahkan tugasan bagi kursus Bahasa Melayu Tinggi (BBM3401), untuk disiapkan.Siswa diberi kebebasan untuk memilih tajuk (terdapat 12 tajuk untuk dipilih),dan saya telah memilih tajuk "Gejala Kelunturan Bahasa Melayu dalam Kalangan masyarakat."

   Tugasan yang agak mencabar pada saya,memandangkan saya bukanlah seorang siswa yang boleh berbahasa baku dengan baik,tapi ini merupakan satu cabaran yang wajib dilaksanakan.Justeru,pada artikel kali ini,saya akan menulis mengenai tajuk yang telah saya pilih seperti yang telah saya terangkan diatas tadi.Hanya rangka jawapan sahaja yang akan saya masukkan dalam artikel saya pada kali ini,sekiranya pembaca-pembaca mempunyai kritikan,cadangan,pendapat yang anda rasa perlu anda keutarakan,anda amat dialu-alukan untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Input-input anda,seperti kajian/penyeledikan , temu-ramah , mahupun apa sahaja input yang berguna amat saya alu-alukan.


GEJALA KELUNTURAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT.


Mengikut pengertian daripada Kamus Dewan Bahasa edisi ke-empat , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , Gejala membawa erti tanda-tanda , alamat atau petanda . Kelunturan pula bermaksud turun , berubah (luntur). Bahasa pula bererti sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai satu alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia , manakala Melayu pula membawa maksud nama suatu bangsa dan bahasa.

 Terdapat beberapa faktor yang telah saya kenal pasti menjadi sebab musabab kepada kelunturan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat negara kita pada hari.

*Penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian (tidak dipraktikkan)
-Penggunaan Bahasa Inggeris yang diberi penekanan dalam kehidupan seharian,misalnya Pekerjaan/Pendidikan/Ekonomi.

*Isu "Bahasa Rojak" dalam kalangan masyarakat.
-Penggunaan Bahasa Rojak yang berleluasa dalam kalangan masyarakat merupakan salah satu faktor kelunturan penggunaan Bahasa Melayu.
-Penggunaan Bahasa Melayu baku dianggap janggal sekiranya digunakan dalam pertuturan seharian.
- "Bahasa Rojak" seperti gua/lu/cibai/gampang merosakkan Bahasa Melayu baku itu sendiri.
- Komik/Majalah memberi pengaruh kepada penggunaan "bahasa rojak/slanga" ,
hal ini dapat dilihat melalui perkataan atau frasa teks yang ditebalkan untuk memboleh pembaca mengenal pasti bahasa rojak/slanga dan bahasa melayu asli.

* Saingan Bahasa Inggeris menenggelamkan penggunaan Bahasa Melayu.
- Kedudukan Bahasa Inggeris dalam pelbagai sektor pada hari ini mengancam kedudukan bahasa melayu dalam negara kita.Misalnya,dalam sektor perindustrian (pekerjaan) , penekanan lebih diutamakan kepada calon yang menguasai Bahasa Inggeris berbanding calon berbahasa Melayu.
- Penekanan pembelajaran bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian juga menjadi faktor kepada berlakunya hal ini,hinggakan nilai komersial pada Bahasa Melayu itu kian lusuh.

* Kempen / Penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang kurang.
- Kempen-kempen yang dilaksanakan seperti "Cintailah Bahasa Kita" , "Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita" tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan bermusim,serta kurang berkesan.
- Kurangnya penglibatan dari pelbagai pihak.Meskipun kerajaan menyediakan platform,tetapi sokongan yang kurang dari pelbagai pihak menjejaskan pelaksaan program/kempen ini untuk mencapai objektifnya.


SEJARAH BAHASA MELAYU.


Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.


By : Monat 2010 ©

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...