#Harimau Muda dilamar Kelab di Liga Slovakia.


   Seperti yang diketahui ramai tentang pasukan bola sepak kebangsaan kita , Harimau Muda yang telah mengadakan perlawanan persahabatan di Slovakia dan menunjukkan prestasi yang baik disana , telah membuka mata kelab-kelab di Slovakia bahawa Malaysia juga mempunyai pemain berbakat untuk diserap bermain untuk sebuah kelab disana , Kelab yang memberikan 3 bulan percubaan kepada 3 orang pemain Harimau Muda ini adalah Kelab Vion Zlate Moravce (FC VION).

    Ketiga-tiga pemain yang diberikan tawaran tersebut adalah , Wan Zack Haikal Wan Noor (FW) , Mohd Irfan Fazail (MF) dan Mohd Fadhli Mohd Shas (DF) . Ketiga-tiga pemain ini diberikan percubaan 3 bulan bermain bersama Kelab tersebut sehingga November ini. Wah! Ini memang berita yang menggembirakan sekaligus satu peluang untuk meningkatkan lagi martabat Bola Sepak kebangsaan kita yang sekarang ni tengah panas dengan prestasi yang baik. Hal ini bukan lagi khabar angin , mengikut sumber Wikipedia , nama ketiga-tiga pemain ini telah pun disenaraikan dalam skuad kelab FC Zion bagi musim ini.




   Inilah yang kita perlukan , skuad Muda kita diberikan pendedahan mengenai corak permainan selain daripada menimba pengalaman dengan corak permainan dari benua yang lain. Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa pemain / hero kita , Safee Sali untuk dibawa masuk ke Liga Jerman , kesahihannya tidak dipastikan , tambahan lagi , Tony Fernandes telah pun berjaya memiliki Kelab Liga Perdana Inggeris iaitu QPR (Queens Park Rangers) dan dikatakan Safee Sali & Khairul Fahmi Che Mat akan dibawa ke sana , untuk percubaan.

    Ini merupakan satu penanda aras bahawa , skuad kebangsaan kita tidak lagi lenyap dari arena Bola Sepak di nusantara , tetapi kini Harimau Malaya telah bangkit untuk mengaum. Tahniah! Tahniah! Tahniah! aku ucapkan buat seluruh pasukan Harimau Malaya , senior team , junior team , penyokong. Mungkin inilah saat kebangkitan seperti zaman SuperMokh dahulu ? Siapa yang tahu kan.

Wan Zack Haikal Wan Noor (19)

Mohd Irfan Fazail

Mohd Fadhli Mohd Shas
 Memang baguslah kalau pemain kita dapat beraksi bersama kelab luar , sekurang-kurangnya , dapat menimba pengalaman bermain di tempat yang asing. Tambahan dapat meningkatkan mutu bola sepak negara kita sendiri. Secara tak langsung , Liga di negara kita sendiri pasti meningkat dengan adanya pemain-pemain berbakat dan di latih dengan betul. Apa kata , bawa pemain muda kita ke QPR , betul tak Tony ? , bukan tak sokong untuk bawa Safee Sali & Khairul tapi , kalau berikan peluang kepada pemain muda , khidmat dia lebih lama dan boleh dibentuk sedari awal lagi. Youth Academy ke apa? HARIMAU MALAYA! TETAP DIHATI!

Kalau dah main untuk Zion , aku dah sokong Zion jugakla selain United :P!

Hmmm : Harap jangan lupa dengan kewajipan untuk mewakili negara yea :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...