OSCAR bin MOHD NAJIB

Salam... Rasanya dah lama sangat Monat tak post entry baru untuk blog Monat ni,almaklum la.. Semenjak cuti semester UPM bermula dan dah balik di kampung halaman,rasa best sangat... sibuk dengan itu...sibuk dengan ini... Tiap masa dihabiskan dengan family dan kawan-kawan :) facebook itu sudah pasti :). Selama 1 bulan bercuti , banyak kenangan yang baru untuk aku ceritakan di blog ini.. (kalau sempat nak cerita semua...) 


  Begitu juga dengan masalah , makin juga bertambah-tambah..yela memang salah aku pun.. tapi apapun sekarang yang pasti.. Monat lebih suka bersolo-soloan.. Tenangkan diri dan fokus untuk masa depan Monat sendiri.Jadi entry kali ni nak cerita pasal apa pulak ni? nyum! nyum! nyum! :) Sebenarnya nak khabar~ Monat ada hubby baru dan dia baru saja jadi family terbaru dalam family Monat ni...Tu la nak perkenalkan dengan korang semua ni! Siapa dia? Apa dia? hah?!..

 Memperkenalkan kepada anda semua.. OSCAR bin MOHD NAJIB .. Ni adalah BMX baru Monat.. yang akan ditunggang di jalan-jalan dan liku UPM sana.. :) Hobi baru yang dijinak-jinakkan selepas melihat site http://kayuhbmx.com .. BMX ni bukan untuk xtreme games pun~ cuma memudahkan pergerakan Monat di kampus saja nanti... Jom! Jom! Tunggang BMX!!!Sebenarnya dah lama juga terniat nak angkat BMX sebiji~ kalau korang perasan dalam post entry Monat awal-awal dulu~ Monat ada post yg katakan nak angkat BMX sebiji~ ushar kat sini~http://akumonat.blogspot.com/2010/08/jomkayuh-bmx.html


BMX ni adalah hadiah dari ibu kesayangan Monat :) memandangkan Monat taknak bagi keluar motor dekat UPM (ianya akan membuat Monat lebih kuat berjalan...) BMX sudah memadai untuk Monat tunggang disana..Happy sangat dengan Oscar nie... dah test drive semalam dengan member.. dan dah packing balik masuk kotak..Nak tambahkan sticker TAWAU pulak dekat handle dia... huwm..huwm~ Tak sabar rasanya nak test drive liku-liku UPM tu dengan Oscar ni :)









Hobi baru :) OSCAR! OSCAR! OSCAR BMX!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...