KEM KAIZEN , KPZ - Fikiran di Luar Kotak.

Perjalanan beribu batu.


Oh! Salam semua reader-reader setia Monat blog ni , tak lupa juga dengan korang silent reader... :)Ok! Mesti korang tunggu-tunggukan cerita ni (angkat bakul pulak Monat ni!),hm.. tak tahu macam mana nak mula cerita.. Rasanya lebih baik Monat mulakan dengan hari berangkatnya batalion peserta kem ni...


Hari Jumaat bersamaan dengan 14 Januari 2011 , tepat pada pukul 3.00 petang,peserta kem berkumpul di hadapan pintu masuk kolej kediaman (Kolej Pendeta Za'Ba),oh..Monat sampai tepat pada masanya dan kelihatan ramai peserta kem yang lain sudah bersedia untuk bertolak , selepas sesi pendaftaran peserta tanpa membuang masa , kesemua peserta menaiki bas UPM yang telah disediakan untuk bertolak ke lokasi kem , iaitu Kem Kaizen , Gunung Pulai , Johor. Seramai 47 orang peserta , dan fasilitator a.k.a MTM KPZ dan 4 orang pegawai tadbir KPZ turut mengiringi peserta kem ini (paling sempoi sekali..Pengetua KPZ yang lebih dikenali dengan panggilan "Bonda",turut serta sekali memberi sokongan kepada peserta Kem ini...terima kasih bonda!)............ Kem ni.. 



Tak banyak cerita sepanjang perjalanan ke lokasi Kem , tak tahula mungkin sebab peserta-peserta ni masih lagi MOOD nak bercuti.Monat pula cuma layan cik PSP2006 di sepanjang perjalanan..sambil ditemani oleh cik No.One-11 (thanks to you...rindu plak! heeee...Oh! Ok,perjalanan ni agak-agak mengambil masa 5 jam dari UPM ke lokasi kem.. 2 bas yang bertolak dari UPM selamat tiba ke lokasi kem pada pukul 9.30 malam.. dan tanpa berlengah semua peserta diarahkan berkumpul di padang KEM dan diarahkan berangkat ke dataran Kem Kaizen untuk sesi pengenalan. (ok..cerita kita bermula...)


sewaktu nak bergerak...

Permulaan yg agak menarik sekali~ sesi pengenalan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Kem Komandan dan pengenalan di dalam Dewan Kaizen kepada Jurulatih dan fasilitator Kem Kepimpinan pada kali ini. Arahan pertama "Sila keluarkan barang yang mengeluarkan cahaya.. SEMUA BARANG YANG MENGELUARKAN CAHAYA..." - Oh! Tidak..nampaknya handphone turut tersenarai dalam kategori mengeluarkan cahaya ini -.-" Nokia , tolongla produce fon yang tidak mengeluarkan cahaya lain kali.... Waktu ni jangan cakap la -.-" semua peserta bagaikan tercabut nyawanya bila fon kena rampas dan penggunaan fon sama sekali diharamkan. Menyerahkan fon dengan hati yang tidak rela.Oh! amat tragis sekali.korang faham2lah kenapa Monat kurang gambar di sepanjang kem,gambar yang Monat ada pun waktu tiba dan waktu balik ja..yang lain Monat ambil dari Abg Dydye... (ahhh...macam mana mau survive 3 hari tanpa fon nie..mcm orang gila la nie... -.-").. Tanpa banyak buang masa,aktiviti pertama yang kitorang kena adalah~ BERENDAM DI DALAM KOLAM AIR pada pukul 11.00 malam~ YEAH! memang menarik dan jgn banyak cakap,semua peserta memang menggigil tahap dewa.. 47 orang peserta yang berendam pada malam itu dengan wajah comel dan kiut mengharapkan simpati dari Kem Komandan (hahahaha...)


happy jer Monat pegang logo kitorang tu kan









Monat sebenarnya tak tahu nak cerita mana-mana peristiwa yang Monat ingat,sbb terlalu banyak peristiwa menarik terjadi sepanjang kem ni,walau kena dera mental dengan teruk , tapi kem ni memang terbaik , selain dapat pengalaman baru dan ilmu baru mengajar erti kehidupan untuk dipraktikkan bila dah keluar dari Kem Kaizen ni. Selepas direndam dalam kolam yang indah tu , pembahagian kumpulan kepada peserta-peserta.. (mcm yg korang nampak benda yang berikat dekat kepala kitorang tu...). Kumpulan Monat,namanya adalah BITARA .. well,peserta-peserta yg lain tentu tahu kan cheers kumpulan BITARA macam mana? (macam ritual penyembahan pun ada jugak kali kan? hahahahaa...). Oh yeah~ pertama kalinya Monat ikut kem , kumpulan tidak bersaing untuk mendapat MARKAH tetapi DUIT :),setiap ganjaran akan diberikan DUIT yang dipanggil wang AK (wang AKADEMI KAIZEN),yang terendah adalah 1 AK dan tertinggi 50 AK.. malam tu kitorang diberitahu,untuk masuk tidur di dorm , bayarannya adalah 35 AK (oh korang ingat senang ker nak dapat AK tu?!), syukurla kumpulan Monat dapat jugak kumpul 35 AK untuk masuk tidur,kalau tak? tidur dekat kolam berendam tu la jawabnya.. Apa yang menarik adalah, kumpulan-kumpulan yang diberikan (acah-acah nak competition antara group la ni...) tapi nampaknya semangat setiakawan tu memang wujud antara kumpulan ni,bila ada group yang jatuh,kitorang sama2 bagi support,ada yang tak cukup AK untuk masuk tidur,kumpulan2 lain akan kumpul baki duit AK untuk tambah AK kumpulan lain... 




En Hafiz,antara salah seorang pengiring peserta.. juga merangkap
FELO BLOK PINTAR!!! 

Oh! yeah~ lupa plak nak sebutkan nama-nama kumpulan yang ada, memang sempoi lah semua kumpulan dan cheers2 mereka.. BITARA group Monat , NINE WARRIORS (peserta terbaik datang dari group ni tau! lelaki dan perempuan..)..Tahniah..! , SEMUT - adila,kau memang awesome! hahaa OSF!. , BUTTERFLY - ni adalah satu2nya kumpulan GIRL POWER , semua perempuan..dan Monat berani cakap,korang MEMANG silap kalau korang ingat group ni lemah.. DIORANG TAK MENGALAH TAU.. dan last but not least..group FIREWORK - kebabom! maen mercun~ hehe.. Kesemua group ni masing-masing ada orang kuat dia (memang semua kuat pun..

Lagi satu aktiviti dalam aktiviti ni adalah Night Owl , dalam aktiviti ni,kitorang diarahkan untuk berjalan masuk ke hutan pada waktu malam yang gelap gelita itu.. hanya berlandaskan tali yg kitorang pegang sewaktu berjalan masuk ke dalam hutan , di pertengahan jalan , kitorang di arahkan untuk menulis nama penuh , no kad pengenalan , tandatangan dan no.id (pelik jugak,apasal nak mintak nama pnuh dengan nombor ic tengah-tengah hutan ni?~ korang tau la sekejap lagi..)ada 47 orang peserta kesemuanya dilepaskan seorang demi seorang ke dalam hutan Kaizen tu, selang 15 minit , mulalah dengar jeritan.. OMK! apa yang terjadi dekat dalam tu... (korang taula,mestilah perempuan yang jerit kan...hahaa..).. Sampai giliran Monat , dengan tabah hati dan cuba bertenang , Monat berjalan lah dengan selamba dan cuba tidak menakutkan diri Monat disamping membaca zikir-zikir yang Monat hafal.. Memang cuak jugala sepanjang perjalanan tu,Hutan kan? lagi-lagi dah dekat pkul 1 pagi!.. Syukurla sebelum sampai pertengahan jalan,Monat terjumpa dengan seorang kawan Monat.. kitorang pun bergerak la bersama-sama sehingga la sampai ke pertengahan jalan.. ni la part paling DAJAL sekali.. di tempat nak tulis NAMA PENUH , NO.IC , TANDATANGAN dan NO ID tu , ada satu mayat melentang besebelahan pen dan kertas yang disediakan , berkain kapan memang sah itu POCONG!.. walau korang tau itu cuma permainan , mustahil korang tak cuak nampak benda tu kan? ~ hah~ Kawan Monat memulakan menulis nama.. dah lepas giliran dia.. Monat pulak... oh jangan cakap la time tu~ Dahla nak kelam kabut tulis nama , kawan Monat ni ntah letak pen tu dekat mana , nak mencari pen satu hal , pocong depan mata satu hal..dah tu pocong tu pandai bercakap pulak... (oiiii siapa nama kau??? aku lemasss...? bkak ikatan akuuuuu....tolongggg.....) hahaha~ cuak tak cuak?.. akhirnya Monat lepas jugak halangan tu dan sampai ke penghujung dengan selamat...lepas aktiviti ni,kitorang dilepaskan untuk ke dorm berehat..

Hari kedua pun banyak juga aktiviti,tapi Monat story yg betul-betul Monat rasa mencabar saja ok,nak entry ni panjang berjela , korang tak baca pulak nanti kan.. Hari kedua yang paling mencabar adalah SUNGAI ACID , dimana kitorang perlu menyeberang dari satu tempat ke satu tempat lagi dengan hanya memijak 5 tikar bersaiz A4,lebih kurangla... setiap kumpulan ada 10 orang , jadi? pandai2la nak buat macam mana kan,dengar memang senang , tapi korang sendiri rasa baru korang tau betapa perlunya korang fokus untuk mencapai apa yang korang inginkan,walau anda dalam keadaan tertekan macam mana pun!!!! itu yang penting , berhujan , berpanas , semua kumpulan tida berputus asa walau di ganggu oleh buaya-buaya yang cuba menggagalkan kumpulan-kumpulan ini menyeberang.. Memang lah sakit hati bila dah nak sampai,terus gagal,disuruh ulang semula.. OMK! tapi syukurlah , tiada kumpulan yang berputus asa dan semuanya saling mendukung antara satu sama lain... TAHNIAH!!! ~ 

Malam hari kedua pun~ aktiviti memang mencabar~ bermula pukul 9 malam kitorang diarahkan untuk berkumpul dan aktiviti pada kali ini adalah sama seperti si BUTA dan si PEKAK , ketua kumpulan diarahkan mengumpulkan anak buahnya yang berpecah ke satu tempat dengan memberikan arahan , tapi ketua kumpulan tidak boleh mengeluarkan sebarang bunyi dari mulut , pandai2la guna tiupan ka,tepuk tangan ka.. dari pukul 9 malam hingga 6 pagi Monat duduk atas jalan raya tu bersama peserta-peserta lain , sampaikan punggung Monat ni dah sama rata dengan jalan raya tu... (siap tidur dengan tidak menghiraukan kesejukan tu...)...Lepas aktiviti yang tamat pada pukul 6 pagi tu~ kitorang dilepaskan untuk berehat sbelum berkumpul semula pkul 9 pagi hari Ahad (hari nak balik...) 

Hari ketiga pula,aktiviti yang memang menarik! Aktivit larian berhalangan.. Oh! yeah! memang best! Lumpur + keringat + tak mandi + penat + tak cukup tidur , semua bercampur aduk , tapi siapa peduli? yang penting ilmu yang didapat!.. Mandi lumpur,berbasah adalah yang menyeronokkan di hari ketiga.. BANTU-MEMBANTU antara satu sama lain tak kira dari kumpulan mana~ memang berhasil dan objektif setiakawan tercapai!. Lepas dah dilumur dengan lumpur dalam sesi perkenalan dengan Bonda KPZ , ramai-ramai pulak terjun dekat kolam~ memang best saat ni! Bonda KPZ turut serta terjun dekat KOLAM~ Sporting kan? Terima Kasih bonda! :) masa ni lah pembalasan sipitung kepada fasi-fasi dan KETUA KOMANDAN dijalankan! tangkap mereka dan humban ke kolam! HAHAHAHAHAH!!! PUAS HATI KAMI!!!!!!! 

Lepas dah mandi,kitorang diarahkan bersiap dan berpakaian untuk sesi penutupan.. time nie memang relieve sangat sebab dah nak balik dan juga rasa sayu nak tinggalkan kem kaizen,banyak pengalaman dan cerita yang terjadi di kem ini (rasa relieve sebab FON DIBAGI BALIK betulkan?.... Kami semua berangkat balik ke UPM pada pkul 3 petang dan alhamdulillah selamat tiba di KPZ pada pukul 10.30 malam..


Kesimpulannya , Kem Kepimpinan KPZ 2011 ni,memang banyak mengajar / mendidik sifat kepimpinan seseorang itu , tidak rugi dan berbaloi dengan penat dan lelah , lumpur mumpur , sakit makit,semuala.. Bagi Monat pula , kem ni banyak mengajar / memberikan Monat pengalaman baru dan pandangan yang baru mengenai hidup Monat sendiri , rasa bertuah sangat dapat memasuki Kem kali ini.. Minta maaf pada korang semua kerana entry Monat seperti tak cukup detail , bukan apa, sebab susah nak cerita pengalaman tu melainkan korang rasa sendiri.. Kalau ada lagi kem seperti ini,jangan segan dan takut untuk sertai , korang akan dapat pengalaman yang akan korang gunakan sehingga ke akhir hayat korang. Disini juga Monat mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang begitu hebat sekali sepanjang kem ini , kepada para MTM KPZ yang turut serta memberikan semangat kepada kami semua , Pegawai-pegawai tadbir KPZ yang turut memberikan sokongan , Pakcik driver BUS UPM yang membawa kami pergi dan balik , Bonda , Pengetua KPZ , Makcik Kantin Kaizen yang menyediakan makanan untuk kami , Abang Amir (ketua kem) dan konco-konconya..~

akhir kata Monat mengenai Kem Kaizen ni adalah : Me and you , We are not alone , You and me , we are together now! Thru my window I can see , Theres MORE THAN YOU AND MORE THAN ME! Different View , we are together now .. Our wildest dream could be so real! :) IM PROUD WITH ALL OF YOU MY COMRADE!!!!

Nie adalah sedutan-sedutan gambar sepanjang perjalanan kitorang.



Bincang bisnes juta-juta sewaktu berenti rehat..

Abd Madnor a.k.a PRESIDEN KPZ .

Kedai souvenir di perhentian di Melaka , Monat lupa nama tempat ni...sorry!

Abg Dydye yang sporting dan memang best!

Bas UPM!

Wajah-wajah kepuasan selepas dari KEM KAIZEN!

Oh! Happynya korang!

Walau kami hitam tapi kami tetap ensem dan cantek! hahahaha!!

Peace beramai2!!!!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...