#Review - Lanun di Laut Caribbean | On Stranger Tides


Lanun di Laut Caribbean (Pirates of Caribbean) dalam trilogy yang dikatakan telah pun berpenghujung oleh Tuan pengarah Jerry Bruckheimer sebelum tayangan perdana At World's End , akhirnya menyambung lagi siri Pirate Of Caribbean selepas kejayaan filem ketiga dalam trilogy cerita lanun ini.

Dalam filem ke-4 Lanun Caribbean, iaitu On Stranger Tides , lokasi penggambaran bagi filem ini juga turut berubah dimana , 3 filem lanun caribbean sebelum OST (On Stranger Tides) sememangnya dirakamkan di Laut Caribbean , tetapi tidak bagi filem On Strangers Tide , dimana babak-babak dalam filem OST , banyak difilemkan di Hawaii (patut dah tukar jadi Pirate of Hawaii. Apapun , ini adalah review Monat tentang filem Pirate Of Caribbean | On Stranger Tides , Monat dah nonton dengan family lagi... jangan jeles... review Monat , enjoy!




Pandangan Sadis : Meskipun Monat ni kaki Pirate of Caribbean dan dah layan semua trilogy Lanun Caribbean , Bagi Monat secara peribadi, OST ini adalah siri yang paling buruk berbanding ketiga-tiga filem Pirates of Caribbean. Kenapa ? , watak baru muncul dan banyak watak yang kita dah kenal dari siri yang pertama iaitu The Cursed of the Black Pearl sampailah ke At Worlds End. Watak Gibbs , Captain Barbarossa dan Monyet di kapal Black Pearl sahaja yang muncul dalam On Stranger Tides , jadi pada pandangan Monat , macam tengok filem Pirate Of Caribbean versi baru pula (memang pun..). Rasanya itu sahaja , takde la SADIS mana pun kan?

Review : Untuk pengetahuan korang , sebenarnya filem Pirates of Caribbean | On Stranger Tides tidak ada dalam siri Pirates of Caribbean , dan sememangnya siri Pirates of Caribbean berakhir dalam filem At Worlds End , On Stranger Tides (1987) adalah sebuah novel karya Tim Powers. Memandangkan Johny Depp yang masih berminat untuk menggalas watak Captain Jack Sparrow dan kejayaan filem At Worlds End , menyebabkan produser Jerry Bruckheimer menyambung lagi trilogy ini , justeru Novel On Stranger Tides dijadikan cerita Pirate Of Caribbean , korang boleh usyar cerita asal On Stranger Tides dekat sini


Filem kali ni Monat berikan rating 7.7/10 , dimana cerita OST bermula apabila dua orang nelayan menemukan seorang lelaki di dalam Jala Ikan mereka , yang mengaku bahawa dia adalah salah seorang ahli kapal Juan Ponce de León (ushar dekat sini siapa mamat ni) , yang sepatutnya telah mati 200 tahun yang lalu. Mamat yang mengaku ahli kapal Juan Ponce de León ni dibawa menghadap Raja Sepanyol pada ketika itu iaitu King Ferdinand , dan mamat ni menceritakan kisahnya berlayar dan menemui Telaga Awet Muda (Fountain of Youth) , Raja Ferdinand mengarahkan Perkhidmatan Rahsianya (The Spaniard) untuk mencari Telaga tersebut dan menghapuskannya , tetapi dalam masa yang sama , di London , King Goerge II juga mahukan Telaga Awet Muda tersebut dan cerita  berkembang dari sini , dimana Captain Barbarossa mengetuai Armada British dalam misi mencari Fountain Of Youth.

Dalam pelayaran mencari Telaga Awet Muda juga, Captain Jack Sparrow bersama Captain Blackbeard turut mencari Fountain of Youth atas kepentingan masing - masing , masa ni jugak korang akan tengok duyung-duyung yang super power cantik sampai lanun-lanun tersebut terpesona , Syrena si Duyung yang bercinta dengan seorang yang kuat agama yang ditangkap oleh Captain Blackbeard , sampailah diorang..err, well..well , Monat taknak cerita detail sangat buat sinopsis panjang dekat sini , nanti korang tak nak tengok dah pulak.. Apapun , bagi korang yang memang Kipas Susah mati Pirates of Caribbean , rasanya tak rugi untuk pergi panggung dan layan movie ke-4 ni , sebab memang lawak disebabkan Captain Jack Sparrow ni.

Oh yah , nak khabar , Tuan pengarah Jerry Bruckheimer juga dah umumkan akan keluarkan Pirates of Caribbean yang ke - 5 dan yang ke - 6 , dan katanya filem yang kelima merupakan filem STAND ALONE , dan watak Jack Sparrow masih dikekalkan , macam mana lah tu yea ? huwm... Apapun , korang enjoy dulu On Stranger Tide.. harap yang akan datang lagi gempak dari yang sekarang ni.. Monat tak rasa rugi cuma tak dapat kalahkan At Worlds End. Overall , On Stranger Tides and Captain Jack Sparrow , tahniah anda buat saya enjoy!

#p/s - harga tiket dekat sini StarCineplex , RM10 , takde GST.. :P!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...